Pages

Ahad, 4 November 2012

Ikan Jenahak Masak Masam Manis

Assalamualaikum.
Seronoknya melayan kedinginan! Musim hujan begini walaupun sudah menjelang tengahari tetapi tak terasa kerana matahari melindungkan diri di balik awan kelabu. Kalau tak ingat perut mula berkeroncong, rasanya ingin terus bermalas-malas di depan televisyen. Malas macamana pun, masak tetap masak! Banyak perut sedang menunggu dan perlu diisi. Oleh kerana anak-anak bujang pagi ini sibuk membantu Encik Suami mengemas mana yang patut, jadi Amie fikir baiklah masaklah satu hidangan yang menjadi kegemaran anak-anak. Agak lama juga Amie tidak masak ikan bersos masam manis. Memandangkan ada kepingan-kepingan ikan jenahak bersaiz besar dan lebar, eloklah Amie masak untuk hidangan tengahari. 


Resepi : Ikan Jenahak Masak Masam Manis
Idea dan Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 keping ikan jenahak - bersihkan, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng hingga masak - ketepikan
3 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - cincang
2cm halia - cincang
1/2 labu bawang besar - hiris kasar
1/2 biji capsicum merah - potong dadu
1/2 biji capsicum kuning - potong dadu
1/2 biji timun - buang biji, potong dadu
2 sudu makan taucu manis
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh pati asam jawa
3/4 cawan Sos Cili Thai
1 sudu makan gula
100ml air
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang besar cincang dan halia hingga naik bau dan layu.
2. Masukkan taucu manis, sos tomato, sos tiram dan Sos Cili Thai. Gaul sebati.
3. Tambahkan gula dan pati asam jawa.
4. Masukkan air dan biarkan mendidih serta memekat.
5. masukkan bawang besar yang dihiris kasar, capsicum merah dan kuning serta timun. Kacau seketika.
6. Masukkan ikan jenahak yang telah digoreng tadi dan balik-balikkan sehingga tersalut dengan kuah sos.
7. Tutup api dapur.
8. Ikan Jenahak Masak Masam Manis sedia untuk dihidangkan.



Habis licin anak-anak makan Ikan Jenahak Masak Masam Manis yang sangat mudah cara penyediaannya tetapi amat lazat bagi mereka. Yang tinggal hanyalah aksesorinya bersama tulang... yang katanya untuk kucing! Kuahnya? Melihat anak-anak teruja dengan hidangan ini, Amie pun makan lambat-lambat... terasalah lama benar tak masak begini kerana anak-anak mencar lebihan kuah kalau-kalau masih ada yang tertinggal dalam kuali di atas dapur!


Nak jemput makan.... tapi dah habis licin! Lain kali Amie buat lagi ye!

25 ulasan:

  1. salam Amie..kak Ros sebenarnya lapar ni..tadi makan cheese kek je..ingat tak nak makan banyak sebab malam ni nak gi dinner,tapi tengok ikan amie ni rasa lapar pulak

    BalasPadam
  2. akak nak yg ni utk makan malam kejab lagi dah nak dinner ni Mie lah sikittttt

    BalasPadam
  3. jamu mata kat dapur kak amie.....kepingin nak makan ikan masak masam manis,tp en hubby pulak tak suka masakan yg manis2....

    BalasPadam
  4. Salam Amie..ikan jenahak mmg sedap sbb byk isinya :D
    Arini xder masak tghari la Amie...mkn2 kat umah org kenduri jer ngan Encik HB.

    BalasPadam
  5. Selagi nama anak2 sampai bila pun dia akan suka ikan masak mcm ni, sama lah kalo kat rumah kita pun suka buat berkuah2. Dapnya meriah nampak

    BalasPadam
  6. Ikan jenahak ni, kalau nani sure goreng garing.. just mcm tu makan ngan nasi panas2.. nani suka kalau ikan besar2 goreng je.. :) tambah2 bahagian ekor.. mmg sedap.. Tapi kalau anak2 request nak sweet sour, biasanya beli ikan siakap.. diorangnye fev.. :D hikhikhik

    BalasPadam
  7. dengan cuaca mendung cmpur sejuk2 ckit nih...hidang plk nasi panas ngn lauk K.Amie ni mmg tersandar kenyang la kt meja makan nanti..

    BalasPadam
  8. Kak Amie.. sedapnya jenahak ,asak sweet sour.. kegemaran Ani sekeluarga.. haaa nanti bila semua dah balik cuti kat rumah ni.. pasti Ani masak.. suka nya rasa ikan jenahak.. isi nya yang putih.. adusss terliurrr ;)

    BalasPadam
  9. sedapnya dah lama tak makan ikan jenahak masak kicap pon dah sedap kan... slurppp

    BalasPadam
  10. Wahhh...sukaaaaa.... Sedapnya ikan jenahak.. Buat masak sweet sour lagi best.. Suka banyak perkakas kat dalam kuah tu..

    BalasPadam
  11. salam kak amie,
    btul tue.klu ikutkn hati mmg nk baring jew..tp byk perut yg menunggu kan kak..nampak sedap lauk tu kak:) dh lama x buat.

    BalasPadam
  12. wah kak, sesuai betul makan lauk ni time cuaca mendung, nasi pulak panas2..

    BalasPadam
  13. mas suka... ikan tu kalo dimasak sup pun sedap, masak kicap pun sedap, masak mcm akk masak lg la sedap! suka..suka..suka... hihihi

    BalasPadam
  14. Keccur air;iur tengah2 malam ni, klu tak singgah dapur Amie, tak lena tido rasanya, teringat2kan masakan Amie yang selalu menggoda selera.

    BalasPadam
  15. semalam ada mieza beli isi ikan merah..mak haiii mahal nyer kak satu slice rm10..haaaa hambik ko! terkujat encik suami masa nak bayor hahahha...suami kata len kali kita makan ikan bilis je la hahahha...dok terpikir2 nak masak apa dgn sepotong ikan tu..buat cenggini sedap ni kan kak..bila akak nak manjakan mieza ni? nakkkk

    BalasPadam
  16. Kak Ros,
    jemput Kak Ros... Amie pun kena hadiri annual dinner gak..samalah kita!

    Kak Noor,
    bolehkah... tunggu depan pintu ye, nanti Ami sampai bawa sepotong e he heheh

    Myda,
    selera masing-masing ye Myda...

    BalasPadam
  17. Atie,
    betul Atie... isinya lembut je...

    Rosa,
    memang lauk beginilah yang anak-anak terkam dulu ye Rosa.

    Jassnani,
    memng sedap goreng garing makan dengan nasi panas!

    BalasPadam
  18. Adda,
    memang kalau cuaca dingin, sedap betul makan yang panas2 ye Adda.

    Choco Ani,
    masak, jangan tak masak... gerenti menjilat jari!

    Aeinio,
    kami pun sekali-sekala saja makan ikan jenahak...

    BalasPadam
  19. Naz,
    perkakasnya banyak, tapi yang licin ikan dengan kuahnya saja he he he ehhh

    Zila,
    lepas makan bolehlah baring tidor ye Zila... ha ha hah jadilah mak labu!

    Rohah,
    ayok Rohah... batiri mangan!

    BalasPadam
  20. Mas Sani,
    betul tu... masak sup memang sedap, bubuh lada putih sikit.. adeeehhhh!

    Ummiross,
    Terima kasih Ummi sentiasa sudi singgah... selagi Ummi belum sampai, terjengok2 Amie mencari mana Ummi pergi....

    Mieza,
    tak apalah Mieza, sesekali penuhi selera apa salahnya ye... he he he hh... tunggu Mieza datang ni!

    BalasPadam
  21. Salam Amie,
    Yang ada masam manis macam ni la favourite akak sekeluarga, gerenti habisssss.....kalau ada baki kuah buat cicah ngan roti.....hehehe

    BalasPadam
  22. Sweet Sour? Perhhh kalu sampai jilat tangan dan jilat pinggan tu memang patut sangatlah...

    Tahniah Amie..!

    BalasPadam
  23. Assalam,

    Nama resipi pun dah sodappp..

    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/11/bersama-biduanita-negara-datuk-sharifah.html

    BalasPadam