Assalamualaikum.
Sesekali makan tengahari bersama hidangan ringkas Tenggiri Masak Asam Rebus memang sungguh menyelerakan! Untuk menjimatkan masa dan tenaga, serta untuk segera melayan perut yang sedang berkeroncong, cukuplah dengan hidangan sepinggan nasi panas dengan sekeping ikan tenggiri serta kuahnya yang sedikit masam, siap dengan kacang bendinya sebagai sayuran. Cukup ringkas bukan? Tapi..... ada tapinya! Nasi sepinggan tak cukup tau..... itu pun setelah picit-picit cili padi yang kecil menyengat, dengan rasa kuahnya yang panas menyegarkan itu...alahai....... tambah nasilah sesenduk lagi!
Resepi : Tenggiri Masak Asam Rebus
Idea & Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
3 keping ikan tenggiri
3 ulas bawang putih - pecahkan
5 ulas bawang merah - pecahkan
2 keping asam gelugur
4 helai daun limau purut
1 batang serai - dititik
1/2 sudu teh serbuk kunyit
10 biji cili padi
10 biji kacang bendi
1 biji tomato - belah 6
1 sudu makan serbuk pati ayam Maggie
3 cawan air
Cara:
1. Masukkan air di dalam periuk dan hidupkan api dapur. Masukkan bawang putih, bawang merah, asam gelugur, cili padi dan serai serta serbuk kunyit.
2. Setelah air mendidih, masukkan ikan tenggiri, bersama daun limau purut. Biarkan selama 3 minit.
3. Masukkan kacang bendi dan tomato serta serbuk pati ayam Maggie.
4. Jangan masak terlalu lama kerana isi ikan tenggiri mudah hancur. Setelah kacang bendi bertukar warna, tutup api dapur.
5. Tenggiri Masak Asam Rebus sedia untuk dihidangkan.
Salam kak.....hari nie ikan kita sama la...tp sy masak taucu je.....hehe....
BalasPadamperghhhhhhh.. amie... lapar la bila amie cakap camtu... sib baik dah dekat nak kul 1 ni.. kalau tidak jenuh nak nunggu lunch time... uwaaaaa.. :)
BalasPadamKakcik suka tenggiri masak taucu. :)
BalasPadamsedapnya ikan tenggiri, isi dia mewah :)
BalasPadampehh kecurr..org tgh lapar nie kak:))
BalasPadamdah lama dok makn menu yg terlebih sihat ni MIe hari ni biarlah bersihat2 pulak,kdg2 menu gini boleh tmbah nasi jugak ni camno tu Mie
BalasPadamwaduh.... kalau dapat lauk camni memang tak ingat yang lain dah kak amie...
BalasPadamAmie, kenapa tak ajak ummi sekali makan,teringin juga ni.
BalasPadambetul2 sihat ni kak...mmg selalu buat, segerrrr je hirup kuahnya..seb baik anak2 sy pun boleh terima menu yg cukup2 simple tapi ada nilai kesihatan ni..
BalasPadamkita nak mintak semangkuk boleh? boleh gantung periuk mlm ni... hehe..
BalasPadamya allah amie..laparnya perut Cm ni bila baca cerita ikan tenggiri asam rebus ni..dapat bayangkan..ada sambal belacan lagi best..
BalasPadam