Assalamualaikum.
Hari ini sempat sediakan Puding Coklat Berlaici Yummeh walaupun hasilnya tak seberapa menjadi dan cantik seperti yang dihasilkan oleh tuan punya resepi asal, siapa lagi kalau bukan Shahriah Abdullah. Agaknya sebab kelam-kabut nak pergi ke sekolah, lepas tu sambung aktiviti Jejak Kasih pada sebelah petangnya pula. Sepanjang bulan September ini memang terpaksa berada 6 hari seminggu di sekolah. Petang nanti tak tahu sampai pukul berapa kami menjejaki rumah-rumah anak murid yang rajin ponteng sekolah untuk berbincang bersama ibu bapa mereka. Kami sentiasa menurut perintah (biarpun hati terluka dan tercalar) kerana akhir-akhir ini profession kami semakin dipandang hina oleh segelintir insan yang tak akan faham sampai bila-bila pun tentang bidang tugas kami ini kerana mereka hanya tahu memandang dan mengutuk sahaja! Macam melepas gerammmm.... he he he ehhh... apa boleh buat, kami pun ada hati dan perasaan macam orang lain juga. Iyelah.... 99% yang elok tak dipandang, tapi 1% yang dipandang buruk itulah yang diperbesar-besarkan seolah-olahnya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!
Bolehlah klik di dapur Shahriah DI SINI untuk mengetahui resepinya dengan lebih lanjut.
Apa pun, hasilnya memang sedap, manis laici, masam manis hiasan buah strawberry & lemak puding coklatnya tu buat kita tak cukup makan segelas!
Jumpa lagi!
wahhhh terliur la kak...time laki tak der umah ni boleh la memudingkan diri..laki mieza bukan suka pun makan puding...mieza dgn anak2 je laaa
BalasPadamMemuding Mieza...sekali-sekali memuding memang best! JOm slurrppp sluurrpppp!
BalasPadamAssalammualaikum... Kak Amie cayangg... tq so much kerana sudi cuba puding coklat berlaici sha yang tak seberapa tu yaa.. pada sha dah cukup menggiurkan! kecur tak sudah dah ni hehehe.. tahniah Kak Amie siap dengan gelas berkaki lagi... wahh siapalah yang dapat makan tu yaa..
BalasPadamKak Amie adatlah Kak Amie sebagai pendidik ni banyak dugaan yang terpaksa di tempuhi. Sha pulak dari dulu sehingga kini memang menyanjung insan yang bergelar 'guru dan pendidik' dari merekalah kami semua belajar tiap perkara... setiap hari kesekolah dari pagi ke petang semua didikan A-Z dari guru... tanpa guru siapalah kami.. jasa guru akan kami kenang sampai bila-bila.. i luv guru! ;)
Waalaikumussalam Sha,
BalasPadamhe he he heh resepi yang Sha paparkan memang mudah dan ringkas, sama juga yang ada dalam buku resepi tu, tapi hasilnya tetap sedap, membuka selera...
hmmm.. entahlah Sha, agaknya dah sampai tahap 'kecewa' tu sebab rasa semacam aje, memang kami yang satu profession seakan-akan sudah fobia dengan gelaran ini sehingga dari pengetua sendiri sepakat tidak mahu anak-anak kami ikut jejak kami... he he heh terharu baca tulisan Sha tu.
cantiknya decorate, mmg terus terliur..dap ni :)
BalasPadamassalam amie..kalau dimakan masa sejuk..mesti sedap sangat ni kan
BalasPadamnampak cantik and must be yummy too!
BalasPadamAmie..pasti sedap puding tu, menarik pulak hiasannya, ummi suka tengok, suka makan juga hehe..
BalasPadamBetullah kan, ada juga terbaca kt fb yang mengutuk guru berlebihan, agaknya orang macam tu lahir je terus pandai, jadi dia takde guru yang perlu dihargai.
Sabar ye Amie..insyaAllah besar ganjarannya disisi Allah SWT.
kak amie..mau seger nih buat melly yg lagi susah hati..huhuhu
BalasPadamaihhh kalo kak amie cikgu nya anak anak,sengaja melly suruh ponteng biar kak amie dtg rumah bawa makanan sedapa..sedap..heee
Assalamualaikum wbt,
BalasPadamAmieeeeeee....dr jauh dh jerit nama Amie, aku rindu padamuuuuu....hehehe. Selamat hari raya, maafkan daku zahir dan batin ya Amie sayang (masih terasa pelukan Amie yang sungguh erat itewww) Maaf kerana lama tak singgah ke dapur Amie, dah ujung2 syawal baru nak sampai, hehehe. Lepas projek biskut raya hari tu, sambung pula projek kek raya dsbnya, ni pun baru lepas godek kek. Sebenarnya takla banyak manapun tapi disebabkan penyakit M dah melanda maka begitulah kejadiannya.
Tkasih juga kerana sudi mendoakan akak, semuga dgn berkat doa Amie dan teman2 semua, dpt akak menghasilkan yg lebih baik, insyaAllah. Pssst, puding tu nampak sungguh gojessss, menyelerakan gitu, lately ni hasil airtangan Amie tambah mengancam, kalah kita kat sini......huhuhu.....
Biasalah tu Amieeee, adat manusia, lebih suka mengingati keburukan daripada kebaikan. Sabar jer laaaaa dik nonnnn...
puding ni klau dimkn time sejuk..fuhhhhhhh
BalasPadamAssalam Amie.
BalasPadamCantik dan nampak sungguh sedap puding ni.Akak pun suka mencuba resepi Sha senang dan ringkas yg penting rasanya sedap sekali.
semalam baru nampak kak sha tayang,skrg nie nampak lak kt dapur kak amie...saya nie bila lah nk try..heheheh...
BalasPadamAdoiii K.Amie terasa di tekak nih menelan puding..tp apakan daya ku hanya boleh pandang ngn kedua2 anak mata..kihkih..klu bab puding ni mmg peberet adda lah...mmg xkan cukup nya kalau dlm gelas tuh...
BalasPadamaduhai kak amie...sedapnya..!!!!telan air liurr jerlah.. hehehe...
BalasPadamsemenjak raya ni kita asyik teringin makan puding je kak..nampak kat sini pulak..ni tadi berangan nak buat, tp malassss..Tapi, tapi, tapi nak makan..macam mana tuu!!??
BalasPadamcantik dan nampak sedap kak amie..zila suka mkn tp ank n huby kurg tu yg malas jew nk buat :)
BalasPadamsuka le .. cantik le..siapa ambil gambar .. sangat kreatif dan nampak professional ..bangga :)
BalasPadam