Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen yang disayangi. Hari ini Amie ingin jamu rakan-rakan pengunjung dengan hidangan Nasi Lemak Buah Bidara. Sebelum itu kita nyanyi dulu lagu dendangan Datin Rafeah Buang seperti di bawah ini...... (tak ingat tajuknya laaa)
Nasilah lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Tinggallah emak tinggal saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.....
Pernikahanku tak direstu ayah dan ibu
Teguhkanlah janjimu
Dari hidup sampai ke mati....... waduh waduh Tijah!!!!! Apa pulak kaitan lagu ini dengan nasi lemak yang Amie hidangkan kali ini? Ha... yang penting hari ini hidangan Amie cukup lengkap nasi lemak dengan buah epal bidaranya sekali. Epal bidara ni baru dipetik dari pokok pagi tadi... masih segar bugar!
Sebenarnya Nasi Lemak Buah Bidara merupakan tajuk cerpen yang Amie hasilkan pada Oktober 2003 dan diterbitkan di Majalah Tunas Cipta, Dewan Bahasa dan Pustaka pada Januari 2004. Itulah cerpen terakhir, dan selepas itu Amie tidak menulis sehinggalah ke hari ini. Kebetulan pula, majalah tersebut memang tidak dipasarkan di Lahad Datu. Ketika menerima cek sebanyak RM200 dari DBP, barulah Amie kelam kabut menelefon rakan di Kota Kinabalu dan adik di Kuala Lumpur untuk mencari majalah tersebut kalau masih ada di pasaran memandangkan ketika itu sudah pertengahan bulan Mac. Akhirnya sewaktu berkursus di Grand Blue Wave Hotel di Shah Alam, Amie dapat juga menatap cerpen tersebut yang dibawa terbang bersama dari Kota Kinabalu oleh seorang pegawai pelajaran yang merupakan rakan satu kursus dari Jabatan Pelajaran Sabah. Terima kasih yang tidak terhingga buat Encik Daniel Jebon Janaun kerana sanggup mencari majalah tersebut!
Jom makan Nasi Lemak Buah Bidara!
Jom baca perenggan pertama cerpen Nasi Lemak Buah Bidara:
.......Semenjak Restoran Bidara dibuka, ramai pelanggan yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan swasta di sekitar kawasan itu datang untuk menjamu selera. Hidangan pagi yang menyelerakan dengan nasi lemak beraroma daun pandan, berlauk sambal tumis ikan bilis, telur rebus dan hirisan timun muda cukup menambat selera. Tambah melazatkan dengan pelbagai pilihan lauk seperti ayam goreng rempah kampung atau rendang daging dan sotong goreng rangup bersalut tepung jagung......
Oh... sesungguhnya Amie sudah terlalu lama menjauhkan diri dari dunia penulisan! Semuanya hanya tinggal kenangan, dan entah bila akan mendekatkan diri kembali ke dunia ini kerana sesungguhnya ia menuntut disiplin diri yang amat tinggi!
Wokey... ada cerita lagi untuk hari Ahad yang ceria ini. Di bawah ini bujang tengah dengan kek kecilnya yang dibelikan oleh Encik Suami. Sebenarnya bujang tengah menyambut ulang tahun ke 14 pada 14 September, dua hari lepas tetapi kami tidak sempat menyambutnya. Hari ini Amie penuhi permintaannya untuk masak nasi lemak.
Besar panjang sudah bujang tengah kami. Amie alahan teruk sewaktu mengandungkannya dulu. Apa sahaja makanan yang ditelan pasti termuntah semula sehinggalah terpaksa mendapat rawatan di hospital untuk menghentikan muntah tersebut sebab muntah Amie sudah bercampur darah akibat luka muntah yang keterlaluan. Syukurlah, akhirnya Amie temui juga makanan yang boleh masuk melintasi tekak hingga ke perut. Buah tembikai! Setiap hari Encik Suami akan membeli setengah biji buah tembikai merah. Buah itulah yang Amie makan sehingga usia kandungan masuk bulan keempat. Bujang tengah lahir bersama air, bonda kata kembar air. Amie tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk melahirkannya. Setelah dipotong tali pusat, jururawat terus meletakkan bujang tengah kami di atas dada Amie. Tubuhnya bersih, rambutnya tebal hitam! Di hati Amie sempat berbisik... inilah anak tembikai! Kami namakan bujang tengah kami Mohd. Fuad. Sesekali kami memanggilnya anak tembikai!
Sebenarnya resepi Nasi Lemak Buah Bidara ni resepi biasa-biasa saja. Bahan yang digunakan pun semuanya bahan asas. Tapi, Amie nak abadikan di sini untuk kenang-kenangan dan tatapan anak cucu serta generasi akan datang... he he he macam berwasiatlah pulak ye!
Resepi : Nasi Lemak Buah Bidara
Sumber : Amie's Little Kitchen
4 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
600ml santan (terpulang pekat atau cair - kalau pekat hasilnya sangat lemak)
3 cm halia (dihiris atau diketuk pun boleh)
3 biji bawang putih (dihiris atau diketuk pun boleh juga)
2 kuntum bunga lawang
5 cm kulit kayu manis
sehelai daun pandan (disiat-siat dan disimpul)
sedikit garam
Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Didihkan santan bersama halia, bawang putih, bunga lawang, kayu manis dan daun pandan.
3. Masukkan beras dan sedikit garam. Kacau sekali - sekala sehingga beras kembang dan santan kering.
4. Masukkan dalam periuk pengukus.
5. Kukus 20-25 minit atau sehingga nasi benar-benar masak.
Bahan untuk sambal:
300 gram ikan bilis - bersihkan, cuci dan tos
1 batang serai - dititik
1 labu bawang besar - hiris kasar
1 sudu pati asam jawa (bancuh dengan sedikit air)
garam dan gula secukup rasa
minyak
Bahan kisar:
20 biji cili kering
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1.5 cm belacan
Cara:
1. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan bancuhan pati asam jawa, garam dan gula.
3. Masukkan ikan bilis serta bawang besar dan masak dengan api perlahan sehingga kuahnya pekat.
Bahan-bahan lain:
telur dadar - potong ikut suka
7 biji telur rebus - belah 2
1 biji timun - hiris
kacang gajus
Nampaknya hari ini meleret-leret cerita Amie. Satu tajuk, tapi banyak cerita pula. Wokey... jumpa lagi dan selamat menyambut Hari Malaysia!
Baru tahu kak Amie ialah seorang penulis, pandainya. Saya suka nasi lemak simple macam ini , yummy!
BalasPadamSonia,
BalasPadampenulis ikan bilis aje Sonia... tak prolifik dalam berkarya, sudah tenggelam ke dasar laut he he he heh
baru jer buat nasi lemak minggu lepas..sedap ni..
BalasPadamwaw nasik lemak akak mewah lah :)
BalasPadamnasi lemak mmg fav anak2....buatlah pedas mcm mane sambalnya,tetap sukakan nasi lemak...
BalasPadampagi tadi buat nasik lemak beras basmathi jugak. Bundo jamah sikit je. Dah takut nak makan yang berlemak2 ni.
BalasPadamHappy birtday wish walaupun terlambat buat sibujang...
Jikalau bertemu ingin rasanya masak memasak bersama Ibunda Amie,,satukan Ide pasti seru,hahaha
BalasPadamNasi lemak mu itu lho mbak...menggoda imanku...kehkehkeh.....
BalasPadamsedapnya nis lemak Amie tu tergoda dan terancam jiwa dan raga akak jugak ni
BalasPadamAmie..penulis rupanya, nanti kalau Amie menulis lagi, insyaAllah ummi akan beli buku Amie..
BalasPadamSelamat hari lahir buat anak bujang Amie, semoga dipanjangkan umur dan dalam perlindungan Allah sentiasa, semoga menjadi anak soleh.
Nasi lemak ada lagi?
Salam kak amie! Dtg mlm2 :D perut kita tgh lapo niiii kak nmpk pulak nasik lemak bidara kat dapo akak alahaiiii nak jugak lah kak :D
BalasPadamRupanya kita sealiran, minat yang sama. ~Penulisan itu jiwaku, Amie...
BalasPadamSALAM KAK AMIE ..ooo baru pecah rahsia .. penulis juga rupanya... ada bakat tu kak amie... agak2 bila nak keluar cerpen lagi..hihi.. memang unik resepi ni kak amie.. dah lama tul wani x pekena buah bidara..
BalasPadamserius, teringin nak makan buah bidara tu...cam mana lah rasa dia ya amie....
BalasPadamserius, teringin nak makan buah bidara tu...cam mana lah rasa dia ya amie....
BalasPadamAssalamualaikum Amie :D
BalasPadamSiap berpantun2 lagi...perhhhh sedap nasi lemak yg Amie buat ni...tapi tadi baru jer makan nasi lemak...bukan buat tapi beli jer...he3
Kak Amie..melly mau ikutan nyanyi juga tapi tak pandai..hehe
BalasPadammau lah kak nasi lemak nya,pasti sudah abis yah..
Happy belated bday yah for ur son. wishing him all the best.. ;)
Whitecappucino,
BalasPadamAmie buat nasi lemak time cuti sekolah...
Tihara,
he he heh apanya yang mewah Tihara.
Myda,
ooo boleh makan sambal yang pedas ye anak-anak Myda,
Ibundo,
BalasPadambetul Bundo... kesihatan memang perlu diutamakan... terima kasih atas ucapan buat si bujang.
Dede Thea,
inilah uniknya masakan kita... ada kesinambungan budaya Nusantara.
Rahel,
ayoh dong... jangan malu-malu deh, makan jak
Kak Noor,
BalasPadamaduh duh Kak Noor... nak buat macamana ni kalau jiwa & raga Kak Noor dah terancam ha ha ha ahhh...
Ummiross,
lama dah tak menulis Ummi, novel terakhir pun terbit tahun 2007 & uangcetak 2009..tu aje,
terima kasih ucapan buat si bujang.
Nasi lemak dah habis Ummi... nanti Amie masak lagi ye...
Ika,
bahaya ni kalau tengahmalam perut lapar.... ha ha ha ahh
Kamariah,
BalasPadamteruskan menulis Ma, penulis itu jurubina bangsa... Amie ni entahlah... menulis tu jadinya macam hidup sean mati tak mau aje he he he heh
Wani,
dah bertahun dah dunia itu Kak Amie tinggalkan Wani.. nak mulakan semula tu yang sukarnya...
Wana,
buah bidara kalau muda rasanya kelat, kalau dah tua dan matang rasanya manis & rangup.
Lin Rosly,
BalasPadamwaalaikumussalam... beli pun sodap Kak Lin....
Melly,
suka2 nyanyi Melly...hiburkan hati...
terima kasih ucapan itu yea..
assalam amie..happy birthday buat bujang amie
BalasPadamacik teruja sungguh tengok buah yang sedap tu..acik beli kat sini sampai rm15.00 sekilo
Acik Erna,
BalasPadamwaalaikumussalam... terima kasih ucapan itu...
wah! mahal banget ye Acik... kalau tanam sendiri buahnya lebat sangat!
bestnyer.. boleh cuba ni... :)
BalasPadamKata "nasi lemak buah bidara". Mana dia buah bidaranya??
BalasPadamKata "nasi lemak buah bidara". Mana dia buah bidaranya??
BalasPadam