Pages

Jumaat, 14 September 2012

Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Assalamualaikum.
Ini kali kedua Amie buat Kek Lapis Kukus Cream Cheese versi Yatie Memories - Sinar Kehidupanku. Anak-anak dan Encik Suami cukup suka makan kek kukus yang ringkas tetapi lazat rasanya seperti ini! Terima kasih Yatie kerana berkongsi resepi yang akhirnya menjadi kegemaran kami sekeluarga. Boleh klik DI SINI untuk melihat Kek Lapis Kukus Cream Cheese Amie yang pertama.


Kek begini memang tak panjang umurnya di dapur kami. Sebaik sahaja Amie potong, hidang... memang terus licin! Alhamdulillah. Kepada sesiapa yang belum mencubanya, dipersilakan teliti resepinya di bawah ini. 

Resepi : Kek Lapis Kukus Cream Cheese
             ( Yatie gunakan loyang 8X8X3 inci)
Sumber : Yatie Memories

BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tepung gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dengan gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sudu kecil vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air panas didih
  • 1/2 cawan cwn susu segar/cair
  • 1/2 cawan minyak jagung/masak
  • 1 cawan tpng gandum*
  • 3 sudu besar serbuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan-bahan perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pukal telur di dalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi kepada 2 bahagian. 
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar-benar sejuk, boleh potong dan hidangkan.



Jom cicipi hasil air tangan Amie!


Lemak berkrim. Disukai ramai!

24 ulasan:

  1. Amie... sedapnya coklat chesse kukus ni.. nampak kemas lah.. pandai wat..

    BalasPadam
  2. Assalam Amie..cantik kek amie..acik pernah buat..tapi tak cantik..rasa memang sedap.Tapi acik bakar dalam oven je

    BalasPadam
  3. coklat dan cheese memang kegilaan ummi , hehe..ni tak tahan tengok ni Amie, kecur air liur

    BalasPadam
  4. sedapnya kak..nnt turn zila pulak nk menerai..he hehe :)klu mkn sure x leh brhenti nie.

    BalasPadam
  5. Jassnani,
    sedap Jass... tak dinafikan... jom makan.

    Acik Erna,
    cara kukus ajelah Amie boleh buat Acik... kalau bakar memang hangus hangit he he hehh tak berapa lulus guna oven!

    Ummiross,
    jom makan Ummi... memng sedap sangat!

    Zila,
    silakan Zila... jangan tunggu lama2 nak buatnya, ringkas dan cepat, tapi dijamin sedap1

    BalasPadam
  6. kt dlm petiais tu ada cheese cream....lama dh belinya,tp x dikacau2 lg...maybe next time nk gak try cm gini...

    BalasPadam
  7. Myda,
    silakan buat... bahannya pun tak banyak sangat, main kukus je...tapi sedap memang sedap!

    BalasPadam
  8. salam Mie
    sama jugak dgn umah akak ni mmg kalau kek gini tak pernah panjang umo apa lagi ada cheese tu lagilah pendek umo kan heee

    BalasPadam
  9. saya pernah buat cheece kek tapi jadi..saya try resepi akak pulak k.

    BalasPadam
  10. assalam
    cantik lapisnya tu k.Amie
    memang sedap kek ni seingat sy penah jg try tp buat 2 lapis je coklat dan cheese tp sikit gusar sb anak dan anak buah suka yg lapis cheese je hu hu jadinya tiggal lapisan coklat terbiar he he

    BalasPadam
  11. oh tidakkkkkk
    tutup mata
    terlioq nyer
    but ai still on diet la kaka nangesss

    p/s::ayu nak privatekan my belog start new week nnt kaka letak ur email kat my comment box kat blog na..

    BalasPadam
  12. hehehe..pendek umur kek ni ye..kalo dpt kak nens ni..mmg habes la..skali jeling je..asal coklat2 mmg suker bangat..haha

    BalasPadam
  13. aduhh.. nampak aje kek amie ni terus ngencesss....

    BalasPadam
  14. Mmg sedap....tp bhn kek choc tu sy guna versi lain.....tp nnti nak cuba yg nie pulak....nmpk mudah je resepi nie.....msti cuba nie.....

    BalasPadam
  15. Assalam amie,
    tengok aje dah tahu sedap ni amie..ni kita datng naik direct flight..tak ada transit2 ..hehe..
    pi buat lagi kita nak rasa..haha

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum Amie,

    EEEmmmm nampak sedap sangat kek nih....terima kasih kongsi resepi ya Amie....harap2 tu jadi lah bila cuba nanti...

    BalasPadam
  17. Salam kak amie.. mmg sedap nii.. tun pernah buat sekali.. suka kalau lebihkan layer tengah tu. hihi

    BalasPadam
  18. Wahhhh...cantiknya...kemasnya lapisan tuuuu... Potongan pun amat lah kemas sangat... Nak buat jugaklah nanti.. Hihihiii..tgk makanan kat blog org, semuanya nak dibuat sampai tak terbuat2..hahahaaa..

    BalasPadam
  19. kalau dah buat kali ke2 sure lah sedap kan amie

    BalasPadam
  20. sungguh cantek dan rapi kejadian kek mu laling.. :b

    BalasPadam