Bertemu kembali bersama hidangan buat kali pertama yang Amie hasilkan selepas juadah sepanjang Ramadhan. Kepala masih lagi berpusing pening, mungkin letih seharian seawal pagi bertolak dari kampung halaman menuju ke KLIA, terbang ke KKIA dan menunggu beberapa jam kemudian untuki meneruskan penerbangan ke LD. Malam tadi sempat menghadiri undangan rumah terbuka di rumah ibu saudara belah Encik Suami. Hari ini, untuk hidangan tengahari, Amie sediakan Udang Marmite untuk keluarga.
Resepi : Udang Marmite
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
10 ekor udang saiz besar
5 ulas bawang putih - kisar
3cm halia - kisar
1 sudu makan lada hitam - tumbuk
1 sudu tepung jagung
1 sudu makan Marmite
4 sudu makan mentega
1 sudu makan kicap cair Cap Kipas Udang
1 sudu makan sos plum
1 sudu makan madu
1 sudu makan bijan - goreng tanpa minyak (sangan)
Cara:
1. Gaul udang bersama bawang putih, halia, lada hitam, sos plum, tepung jagung, kicap cair serta Marmite.
2. Perap seketika lebih kurang 15 minit.
3. Cairkan mentega di dalam kuali. Susun udang di atasnya.
4. Gunakan api perlahan, dan biarkan air keluar dari udang menjadi kuah.
5. Balik-balikkan sehingga udang masak dan kuah mengering.
6. Masukkan madu, dan gaul sebati.
7. Angkat dan taburkan bijan ketika menghidang.
Selamat hari raya buat semua pengunjung yang budiman. Jom ratah Udang Marmite....
Kak Amie yang dikasihi..marmite tu apa kak? sos ke? ada jual ke? kat mana boleh beli..aiseh byknyer soalan mcm inspektor polis lak! hahahah
BalasPadamNampak sedap sgt kak..teringin nak mencuba...
Mieza cayang... Marmite tu yang macam Bovril juga tu, ekstrak yis..baby punya he he he ehh
BalasPadamwahhh amie dah mula masuk dapur ye amie....besarnya udang tu.
BalasPadamsalam kak amie...
BalasPadamdtg nak ratah udang kak amie nie,ada lg x?....
Amie..nak ratah jugak!!, hehe..
BalasPadamSkejap gue sampai LD...
BalasPadamserius amie, telan air liur pagi2 ni tgk udang ni
BalasPadamgemuk dh saya ni dikala raya..hoho..tp ttp terliur dgn udang kak amie ni..
BalasPadammmg meriah betol raya kak amie..best nens tgk..nk2 gambar kt kampong skali ngn gambar2 famili..hehe..
nens pon suke sgt dpt beraya bersama kuarga kt dungun,tganu..hehe
kak amie..jemput2 teka kt blog nens..hehe
ehem besar2nya udang kat sana..nak sikit udang marmite tu.. :)
BalasPadam