Rezeki Allah ada di mana-mana. Minggu ini memang kami menerima banyak hidangan lauk-pauk dari pelbagai sumber. Semuanya sudah siap dimasak termasuklah ayam masak merah, kurma daging, rendang ayam, ayam goreng dan sebagainya. Terima kasih kepada jiran tetangga dan keluarga yang sudi menghantar ke rumah kami. Orang kata rezeki jangan ditolak, nanti rezeki tak akan datang lagi. Syukur alhamdulillah, mudah-mudahan akan bertambah murah rezeki mereka yang rajin memberi. Walaupun dikatakan tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima, tapi kalau sudah diberi kenalah kita ikhlas menerima kerana orang yang memberi itu sebenarnya berganda-ganda keikhlasannya untuk memberi sesuatu kepada kita. Itulah kita, pewaris budaya masyarakat Melayu, orang memberi kita merasa, orang berbudi, kita berbahasa. Dengan ini, akan bertambah eratlah hubungan silaturrahim sesama kita. Beberapa hari lepas, Encik Suami membawa pulang udang harimau segar dengan ikan bolu. Katanya, rakan sekerjanya yang beri. Jadi, hari ini Amie masak udang harimau dan ikan bolu pemberian rakannya itu sebagai lauk hidangan tengahari.
Resepi : Udang Harimau Masak Sambal
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
10 ekor udang harimau - bersihkan, buang kepala dan belah belakang
3 biji kentang - kupas dan potong wedges, goreng hingga masak
1/2 sudu teh pati asam jawa
4 sudu makan cili kisar
3 biji bawang putih - tumbuk
1 labu bawang besar - hiris nipis
1.5cm belacan - tumbuk
garam & gula secukup rasa.
minyak
Cara:
1. Lumurkan udang harimau dengan sedikit garam. Goreng hingga masak dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan belacan hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan pati asam jawa. Jika terlalu ketring, tambah sedikit air.
4. Tumis dengan api sederhana panas sehingga terbit minyak.
5. Masukkan kentang goreng dan udang harimau goreng.
6. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Gaul rata.
7. Angkat dan hidangkan.
Resepi : Pais Ikan Bolu
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bolu - bersihkan dan kelar -kelar
daun pisang secukupnya
1 cawan kelapa parut
5 biji cili padi
1 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 batang serai
1.5cm lengkuas
1.5cm halia
1.5cm belacan
1/2 sudu teh pati asam jawa
garam & gula secukupnya
Cara:
1. Tumbuk cili api, cili merah, bawang putih, bawang merah, sertai, lengkuas, halia dan belacan.
2. Masukkan kelapa parut dan tumbuk separuh lumat.
3. Tambahkan garam dan gula serta pati asam jawa. Gaul sebati.
4. Letakkan ikan bolu di atas daun pisang. Tutup seluruh ikan dengan bahan tumbuk.
5. Bungkus ikan rapat-rapat dan kemaskan di kedua-dua hujung bungkusan daun pisang dengan lidi penyemat.
6. Panggang hingga masak.
Amie sempat sediakan Pucuk Labu & Labu Manis Masak Lemak, dengan sedikit tambahan kacang panjang.
Resepi: Pucuk Labu & Labu Manis Masak Lemak
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
300 gram labu manis - kupas dan potong dadu
1 cekak pucuk labu manis - siang / siat kulitnya yang berbulu
2 batang kacang panjang - patah-patahkan
600ml santan sederhana pekat
1 batang serai - dititik
1 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
Bahan tumbuk kasar:
1/2 cawan udang kering - rendam hingga kembang
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
7 biji cili padi
Cara:
1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama semua bahan tumbuk kasar, serai, serbuk kunyit dan labu manis.
2. Gunakan api sederhana panas dan kacau selalu sehingga labu manis empuk.
3. Masukkan kacang panjang dan pucuk labu manis. terus kacau supaya tidak pecah santan sehingga pucuk labu dan kacang panjang berubah warna.
4. Perasakan dengan garam.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Antara lauk yang dihidangkan, Udang Harimau Masak Sambal dahulu yang licin! Terima kasih daun keladi Encik Laida Bacho yang rajin menghulur udang harimau dan ikan, dan sebenarnya sudah banyak kali kami menerima pemberiannya! Mudah-mudahan bertambahlah rezekinya. Amin.
Adoiiiii sedapnya menu tengahari kak amie. Murah rezeki ada kawan kawan yg baik hati.
BalasPadamHazila,
BalasPadamAlhamdulillah.... rezeki Allah.
masak lemak labu tu mmg kesukaan,lama jgk x masak menu tu..payah nk jumpa pucuk labu yg muda..yg ada kadang dh cmpur pucuk yg tua...sedap2 laukpauk akak ni...;-)
BalasPadamSorry Amie, lmbt kunjung bls, pergi kelas kek tadi.
BalasPadamSedap2 lauk amie, nak2 labu tu....
ikan blou tu tak pernah tgk and dengar pon kak, mesti best kan, terliur tgk udang harimau tu hehehhe
BalasPadamSalam kak amie cayanggg...wahhh byk menu akak hari ni..sedap sedap semuanya...labu lemak manis tu yg akan mieza ngap dulu kalau mieza ada sekali dgn akak...kak amie mmg rajin masak..untung anak2 dan suami :)
BalasPadamkak amie sayang..seksinya udang tu!! hihih...nani suke makan ikan bolu. tapi tak pernah beli yang mentah. takot tak pandai nak siang. kene menuntut ilmu dengan kak amie dulu ni...selamat memberi ceramah la ye esok...
BalasPadamAsslm Kak Amie...sedapnye lauk pauk kak amie masak...terliur seh... FnF opkos akan ngn udang dulu...hmmmm....terus lapoooo...ehehe
BalasPadamsalam kak amie.. banyaknya menu buat lunch .. semuanya mewah2 hihi.. kalau ka amie jemput sudah tentu wani dah datang dah
BalasPadamAssalam Amie.. adoyyaiii.. laparnyerr laa nengok lauk pauk kt atas tuu.. ngencess ni.. :P
BalasPadamehem terliur tgk makanan yg amie masak ni..hu2x..
BalasPadam