Selamat berhujung minggu buat semua rakan pengunjung yang budiman. Pagi ini tidak banyak aktiviti masak-memasak yang boleh dilakukan kerana bekalan air di tempat kami diberhentikan selama 3 hari untuk kerja-kerja pemasangan. Syukurlah, semua pakaian telah dicuci, dan kami ada bekalan sedikit air dalam tangki di tingkat atas dan belakang dapur. Apa pun memang kena berhemat menggunakan air untuk beberapa hari ini.
Wokey... Amie kongsikan bersama Kek Lapis Bumi (Kukus) yang sempat Amie sediakan malam tadi. Bila dipotong pagi ini memang nampak sekata dan lembab! Terima kasih buat Dayang Jack - Dapurku Sayang kerana telah mengongsikan resepi yang mudah dan lazat ini. Juga tidak ketinggalan ucapan terima kasih turut diberikan buat penyumbang asal resepi ini, Hasue@Myr. Tak rugi mencuba resepi ini kerana selain mudah, rasanya tidak kurang enaknya!
Kek Lapis Bumi menjadi salah satu menu sarapan pagi kami sekeluarga. Amie sebenarnya jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain yang sudah lama membuat Kek Lapis Bumi. Nampaknya mereka sudah sampai ke bulan, tapi Amie masih berpijak atas rumput he he hehhhee...
Namun akhirnya menjadi juga percubaan pertama membuat kek istimewa ini. Emmmmmm....enaknya menikmati Kek Lapis Bumi di bawah sinaran cahaya matahari pagi yang menerobos masuk menerusi tingkap dapur.
Minta izin ye Dayang Jack, Amie ingin kongsikan resepi yang mudah dan lazat ini bersama rakan-rakan pengunjung yang lain. Untuk rakan-rakan pengunjung yang belum pernah membuat Kek Lapis Bumi dan ingin mencubanya, bolehlah berkunjung ke dapur Dayang Jack di Kek Lapis Bumi Kukus - Dayang Jack.
Kek Lapis Bumi (Kukus)
Rujukan sumber asal : HaSue@Myr
Resepi olahan : DayangJack@DapurKu Sayang
bahan-bahan : loyang 6" x 6"
menggunakan cawan metrik = 250 ml air
- 1 cawan tepung gandum (diayak)
- 1/4 cawan serbuk holicks
- 5 biji telur gred A
- 225 g mentega (DJ menggunakan butter SCS)
- 4 sudu besar serikaya
- 1/2 cawan gula kastor
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 1/2 sudu besar serbuk nescafe + 1 sudu kecil serbuk koko (bancuhkan dengan 1 sudu besar air panas)
- Pewarna hijau dan kuning
Cara-cara :
- Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
- Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
- Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
- Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis.
- Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
- Masukkan serikaya dan putar sebati. Kemudian, masukkan susu pekat dan putar lagi.
- Masukkan tepung dan diadun sekata.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Campurkan satu bahagian dengan bancuhan nescafe tadi dan kacau sebati. Adunan kedua dan ketiga diwarnakan hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua dengan menggunakan bekas-bekas atau cawan-cawan kecil.
- Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.
- Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. Kukuslah lagi hingga dah tak cair.
- Akhir sekali ialah adunan nescafe. Ulangi proses hingga habis.
- Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.
- Sejukkan kek sebelum dipotong.
Kalau makan ramai-ramai lagi sedap!
Hari ini memang puas menikmati Kek Lapis Bumi. Rasanya tidaklah begitu manis, sedang-sedang saja manisnya, manja-manja begitu. Wokey... jumpa lagi & salam sayang dari Amie's Little Kitchen. Moga hujung minggu ini menjanjikan suasana gembira buat semua!
Amiey..kak ros tumpang makan.Kat umah kak ros kalau kueh2 ni budak2 ni liat nak makan.Selalu kak ros kempunan dgn kueh muih macam ni.
BalasPadamKak Ros,
BalasPadamsilakan kak... kami pun sama Kak Ros, walaupun anak-anak kurang berminat, tapi Amie boleh bawa ke sekolah, makan dengan kawan2 yang suka...
salam kak..wah..rajin melapis..terrerr lah..tabikkkk..toi3..;-)
BalasPadamkek ni mmg sedap..x jemu mkn sbb ade nescafe...
Sury,
BalasPadamterima kasih sudi singgah dapur Kak Amie. Memang sedap kek ni...
adoi kak amie....dah maju ke depan nampaknya...dulu banyak resepi lauk pauk. sekarang dah mula melapis pulak...nani belom ada mood lagi nak buat kek.
BalasPadamAssalam Amie.
BalasPadamCantiknya kek lapis bumi tu.Saya tak pernah lagi buat kek lapis,mcm tak yakin aje boleh buat.
Nani,
BalasPadamhe he hehh... lauk pauk tetap seiring, di samping belajar mengenali dunia tepung and the gang.
Norzie Hany,
insya-Allah menjadi kalau cuba buat, sebab kukus (Kak Amie tak risau hangus).
kalau kak amie berpijak atas rumput..saya pulak tak tahu duduk kat mana....hehehe....
BalasPadamBab masak memasak ni langsung tak reti...waaaaaaa tolong daku.!!!!!
Errrr...makan ramai2 sedapkan...jadi saya tumpang makan ngan kak amie jerlah...
MP cayanggg...
BalasPadamKak Amie pun baru belajar2 buat kek begini, sebelum ni kalau jumpa tepung asyik buat jemput2 ikan bilis... memang sedap makan ramai2 ni MP,
Kak Amie...mieza suka kek ni...tak tahan sungguh melihatnya..kalau lah boleh mieza rasa seketoi...gulppp!
BalasPadamassalam..wah amie dah pandai buat kek lapis..nanti bolih order kek lapis dgn amie ke?..
BalasPadamsalam kak amie cyg..agak terlewat kemari..lapis bumi time2 raya zila buat..tp ada sedikit berbeza dr segi bahan..tp ttp sedap..sama jew:)layer akk tu cantik la..skata jew:)
BalasPadamnampak menggiurkan sungguh Amie.. insyaallah saya akan cuba nanti..
BalasPadamAssalamualaikum. Sy azie. Nk tya kak amie..sekiranya sy guna telur gred B mcm mna? Adakah guna 10biji atau lebihkan?? Dan saya juga pernah juga buat kek lapis ni tapi hasilnya kek nampak kering tak moist..mcm mna tu kak amie?
BalasPadamWaalaikumussalam Azie,
PadamKak Amie tak pernah gunakan telur gred B, tak berani nak komen. Azie gunakan mentega tulen tak?