Pages

Sabtu, 30 Jun 2012

Ayam Panggang Berempah Madu

Amie's Little Kitchen mengongsikan menu Ayam Panggang Berempah Madu. Kali ini Amie gunakan seekor ayam segar seberat 1.6kg. Rempah yang digunakan bukanlah jenis yang luar biasa, melainkan rempah yang biasa bonda gunakan untuk memerap ayam goreng dan Amie tambah sedikit rempah kari serta sapuan madu 15 minit terakhir sebelum Ayam Panggang Berempah Madu dikeluarkan dari oven.


Resepi : Ayam Panggang Berempah Madu
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar seberat 1.6kg - bersihkan dan tos
3 sudu madu

Bahan pemerap:
5 ulas bawang putih - kisar
1 labu bawang besar - kisar
3cm halia - kisar
2 batang serai - kisar
1 sudu makan ketumbar biji - kisar
1 sudu teh jintan manis kasar - kisar
1 sudu teh jintan putih kasar - kisar
2 sudu besar rempah kari
garam / serbuk pati ayam pilihan secukup rasa

Cara:
1. Lumurkan  seluruh ayam dengan bahan pemerap.
2. Perap selama 4 jam.
3. Panggang di dalam oven selama 1 jam 15 minit menggunakan api sederhana. Sekiranya ayam kelihatan garing, bolehlah sapu lebihan bahan pemerap ke atasnya sekerap yang dikehendaki.
4. Keluarkan ayam dari oven dan sapukan dengan madu.
5. Masukkan ayam ke dalam oven kembali. Biarkan selama 15 minit.
6. Keluarkan Ayam Panggang Berempah Madu dari oven.
7. sedia dihidangkan bersama sos pilihan.


Amie tidak bimbang isi ayam masih berdarah atau tidak masak kerana masa yang diambil untuk memanggang serta penggunaan api yang sederhana tidak menyebabkan ayam menjadi hangus. Masaknya sekata, dan Alhamdulillah hasilnya seperti juga Ayam Panggang Madu yang pernah Amie buat sebelum ini DI SINI.


Oh! Awalnya semua anak kami tidur! Jam baru menunjukkan angka 7.53 malam ( di sini Isya' pukul 7.23).  Memang semuanya keletihan! Si sulung letih pulang menghadiri seminar, dan si bongsu kepenatan selepas mengikuti perkhemahan pengakapnya! Apa pun, mereka semua suka dengan hidangan yang Amie sediakan.

12 ulasan:

  1. assalam amie..thanks atas resepi yg sedap2 kat entry amie..mama salin resepi2 dr amie ni.. :)

    BalasPadam
  2. Ayam tergolek ni. Tergolek atas pinggan

    BalasPadam
  3. Saya memang tak pernah panggang whole chicken kat rumah. Tapi ayam panggang memang tak jemu kan.

    BalasPadam
  4. Saya memang tak pernah panggang whole chicken kat rumah. Tapi ayam panggang memang tak jemu kan.

    BalasPadam
  5. salam pn. rumah..memalam dtg jengah sini..tgok ayam panggang yg menyelerakan tu...nk separuh blh..heheh..tentu dh habis kan...:-)
    canteeeek je tergolek tu haa...heehh

    BalasPadam
  6. Sedapnya ayam panggang tu kak...tolong kirim ke tawau dia punya peha sama sayap..hehe..

    BalasPadam
  7. ssalam amie..menggoda sungguh aym panggang amie ni..

    BalasPadam
  8. tak tahan lah tengok gambo masakan akak semua buat jadi terlior ni :)

    BalasPadam
  9. Tengah mengintai ni......plan ptng ni nk buat ayam bako.....

    BalasPadam
  10. Tengah mengintai ni......plan ptng ni nk buat ayam bako.....

    BalasPadam
  11. bley bg x suhu oven n nk set kt top n bottom ke or top shj tq

    BalasPadam