Pages

Jumaat, 6 Julai 2012

Jus Lobak Putih

Ada sesiapa pernah membuat Jus Lobak Putih? Atau minum Jus Lobak Putih? Apa rasanya? Tentu rasanya tidak dapat menandingi jus epal atau jus oren. Bagaimana pula khasiatnya? Berdasarkan catatan dalam http://www.tanamsendiri.com/2011/01/khasiat-jus-lobak-putih.html, jus lobak putih mampu mengurangkan rasa sendat, buang angin dan boleh mengubat jangkitan pada hempedu.  Di bawah ini Amie paparkan Jus Lobak Putih, tetapi kenapa warnanya tidak putih? Warnanya berubah kerana Amie tambah madu, dan bukan dalam kuantiti yang banyak. Hanya 2 sudu makan sahaja, kerana Amie gunakan madu asli  dari Kundasang yang memang berwarna gelap!


Untuk info lebih lanjut mengenai khasiat lobak putih, bolehlah klik di http://kakmekurut.blogspot.com/2011/07/lobak-putih.html. Lobak putih juga dikatakan mempunyai khasiat kesihatan untuk gigi, gusi, rambut dan mulut, serta pelbagai lagi termasuklah untuk pesakit diabetes. Biasanya jus lobak putih disediakan bersama campuran madu atau gula batu dan juga perahan jus limau nipis. Amie gunakan madu dan jus lemon.

Resepi : Jus Lobak Putih
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 batang lobak putih - buang kulit dan potong-potong kecil
2 sudu makan madu
1 sudu perahan air lemon
400ml air
ketulan ais - pilihan

Cara:
1. Kisar lobak putih bersama air, dan madu.
2. Tapis untuk mendapatkan jusnya.
3. Tuangkan ke dalam gelas.
4. Campurkan madu dan ketulan ais.
5. Sedia untuk dinikmati


Bagaimana rasanya? Sekiranya anda minum ubat, sedap atau sebaliknya? Jus ini sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan tubuh badan.

10 ulasan:

  1. Lawa,
    tak sedap... ini juas untuk kesihatan.

    BalasPadam
  2. boleh la cuba nanti, jus peria dh cuba, tak sedap tapi kalau pikir kesihatan, psikologi rasa mcm segar je hehe :)

    BalasPadam
  3. lobak putih elok makan lepas operate kan kak..

    BalasPadam
  4. babYpose,
    betul tu Baby, bila fikir kesihatan memang rasa bersemangat nak cuba minum... Amie pun memang dah berkira-kira nak cuba buat jus peria, tapi katanya yang elok peria katak... tak jumpa lagi peria katak!

    Tihara,
    ooo ye... nampaknya kak Amie belum begitu banyak mengumpul informasi tentang pelbagai khasiat lobak putih, terima kasih dik Tihara atas info itu...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...
    Amboi... agak2 esok pun kam heong jugak ke? hehehe sib baik virus M masih bermaharajalela, kalau tak mesti dah ke dapur sekarang ni. Nampak sedap le.

    BalasPadam
  6. Ramai yang kata jus lobak putih ni busuk semacam aje. Namun ia baik untuk sakit batu karang. Batu karang tu akan pecah dan keluar semasa buang air kecil.

    BalasPadam
  7. nani tak pernah makan yang dibuat jus. tapi kalau lobak putih yang dibuat kerabu tu biasa jugak makan.

    BalasPadam
  8. Kak Sam,
    he he heh tengah suka kam heong, nanti kalau dah puas makan, puas cuba.. cari resepi lain pulak.

    Suraya,
    ada dengar juga tentang khasiatnya untuk ubati penyakit batu karang. Manalah ada ubat yang wangi, yang semanis madu kan Suraya... he he he sepahit hempedu tu adalah tapi lobak putij ni taklah busuk he he heh

    Nani,
    Kak Amie cuba buat pertama kali, tak sampai berapa minit perut bergelodak semacam... terus cuci bersih yang di dalam tu! Lega...

    BalasPadam
  9. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    BalasPadam