Pages

Khamis, 5 Julai 2012

Ayam Kam Heong

Alhamdulillah, majlis baca Yasin dan tahlil di kampung telah selesai. Kami sekeluarga sempat meluangkan masa bersama, mengambil kesempatan bertemu kembali dengan sanak saudara. Maklumlah, setelah ketiadaan ayahanda dan bonda mentua, ikatan persaudaraan adakalanya semakin longgar dan elok benarlah sesekali mengeratkan hubungan silaturrahim melalui majlis-majlis begini. 

Petang tadi, akhirnya Amie dapat menunaikan hasrat Encik Suami untuk membawa lauk ke kampung. Encik Suami pun tidak banyak soal jawab bila Amie utarakan pendapat untuk masak Ayam Kam Heong. Sudah tentulah orang kampung belum pernah mendengar atau melihat hidangan ini. Yang enak kita rasa, eloklah kita kongsi bersama supaya yang lain dapat menikmatinya. Bagaimanapun menu Ayam Kam Heong kali ini Amie olah menggunakan bahan yang ada di dapur sahaja. Amie masak sebanyak 4 kg daging ayam bahagian peha. Amie tidak gunakan cili padi, takut nanti ada yang tergigit kepedasan! Jadi Amie gantikan dengan hirisan cili merah. Amie juga menambah 1 kg kentang yang digoreng terlebih dahulu ke dalam resepi ini.


Resepi : Ayam Kam Heong
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4kg daging ayam - potong sederhana kecil
1kg ubi kentang - kupas dan potong dadu
3 labu bawang putih (kira-kira 40 biji) - kupas, pecahkan dan cincang
2 cawan udang kering - rendam hingga kembang dan tumbuk kasar
1 paket kecil serbuk rempah kari
1 sudu makan lada putih - tumbuk
2/3 botol kecil sos tiram
15 pelepah daun kari
3/4 cawan tepung jagung
4 sudu makan kicap cair - Kicap Cap Kipas Udang
4 sudu makan minyak bijan
garam
minyak

Cara:
1. Lumurkan daging ayam dengan sedikit garam dan lada putih, minyak bijan serta tepung jagung. Perap sebentar.
2. Goreng ayam sehingga masak. Ketepikan.
3. Goreng ubi kentang sehingga masak. Ketepikan.
4. Panaskan satu cawan minyak di dalam kuali lain. Goreng bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan udang kering dan goreng lagi sehingga masak.
6. Masukkan hirisan cili merah bersama daun kari.
7. Masukkan rempah kari dan gaul rata.
8. Masukkan sos tiram. Tambah satu cawan air sekiranya bahan terlalu kering. Gaul sebati.
9. Masukkan ayam goreng bersama kentang goreng. Balik-balikkan seketika sehingga bahan rempahan menyaluti ayam dan kentang goreng.
10. Tutup api.



Selain Ayam Kam Heong, banyak lagi lauk-pauk lain yang turut disediakan termasuk labu manis masak kari, ayam masak kicap, acar mentah dan juga sambal telur. Alhamdulillah, nampaknya Ayam Kam Heong dapat dinikmati oleh sanak saudara dan jiran tetangga. Malah, Amie dapat satu cadangan daripada kakak ipar Amie, supaya memasukkan kacang gajus ke dalam hidangan Ayam Kam Heong untuk menambah kelazatan hidangan istimewa itu! Terima kasih kak Mynah.... insya-Allah lain kali Amie akan tambah kacang gajus ke dalam sajian tersebut.

Wokeh.... teman-teman yang disayangi, jam menunjukkan angka 11.04 minit malam. Amie lelapkan mata dahulu ye...! 

22 ulasan:

  1. asslm Kak Amie cygggg...rindu dgn akak...mcm dh lama aje xsinggahn ke sni...skali mlm2 cmni nk lak menu yg sedap ni...aduhh tliur dbuatnya...sib baik jauh..klau dkt mtk tapau dh....

    BalasPadam
  2. Terbau harum ayam kam heong sampai ke Bangi, tentu bertambah2 sedaplah rasanya dengan kreativiti Amie..

    BalasPadam
  3. bila pula nak bawa ayam ni ke Cheras?

    BalasPadam
  4. bestnya tgk ayam tu kak amie...tak penah makan masak camni..mesti unik rasanya...mcm msk kicap tp ada rempah kari....nk rasa sikit bole?

    BalasPadam
  5. mcm nk rasa..mesti sedap tue..resepi tue uth qtty yg byk..bagus tue..snang nk wat kt kg..leh mkn ramai2..yummy la kak:P

    BalasPadam
  6. sedapnya mie......
    nanti nak buatlah. tq

    BalasPadam
  7. sedapnya..lama tak buat kam heong ni...bagus akak letak kentang...saya kadang2 kat rumah ni kentang smapai busuk sebab tak guna..hehehhe

    BalasPadam
  8. Wah..masak 4kg ayam kam heong..banyak tu kak..tapi memang kena masak byk klu berjumpa dg saudara...makan ramai2 memang sedap..

    BalasPadam
  9. ayam kam heong..mcmne leh dpt nama die ek..hehe..

    kak amie..nens try gak search susu stolle tuk gout tu..tp x byk la dpt info..kt mane ek nk dpt susu tu..
    mcm nk try bg ayh cuba jek..;)

    BalasPadam
  10. Sama lah menu kita ari ni Kak Amie..sehati sejiwa pulak hihii..lain kali klu bt bleh lah yana tambah gajus dgn kentang..mst lg sedap mkn dgn nasi panas2.. ^_^

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum Amie,

    pagi2 dh kecur bila masuk sini...thks for sharing Amie...boleh masuk list nie.

    BalasPadam
  12. pernah buat,tp x tau pulak namanya ayam kam heong....main masuk je dlm kuali.....kacau2 ..siap...sya guna carrot,x guna kentang....buat ms tu lum ada blog lg...

    BalasPadam
  13. Qasey Honey,
    betul tu... macam lama tak sembang, mana hilangnya... siapa yang hilang ni he he hehhh

    Ummiross,
    memang sedap Ummi, yang makan kata kentangnya pun sedap, iyelah kan Ummi, kalau dah bersalut rempahan kam heong tambah lagi ada udang keringnya!

    Kasih,
    dah sampai semua resepi dan hidangannya ke sana Kasih he he heh

    Ummuaisyah,
    silakan... dah rasa sekali nak buat lagi tau Ummu, memang rasanya unik tapi sedap!

    BalasPadam
  14. Zila,
    bila sekali diperkenalkan, dapat pula sambutan... memang akan buat lagi pada masa akan datang kalau ada majlis makan keluarga.

    Ibundo,
    silakan Ibundo...

    Quinnie,
    banyaknya resepi boleh guna kentang dik Q, he he hehh stok kentang memang wajib ada di dapur kakak, anak-anak suka makan resepi berasakan kentang, termasuklah kentang goreng, panggang, dsb!

    BalasPadam
  15. Rahel,
    percubaan ...petrkenal resepi baru, buat 4kg tapi sepatutnya kena buat 6-7kg...he he heh sebab kehabisan!

    Nens,
    kam heong itu maksudnya wangi dalam bahasa Cina, memang semerbak dengan bau serbuk katri, daun kari dan juga udang kering!
    Nanti kak Amie cerita di rumah nens ye tentang Stolle itu...

    Yana,
    sedapkan Yana... Amie pulak rasa gembira sebab semua yang makan suka menu ini, cumanya kakak ipar kata biasanya hidangan begini ditambah kacang gajus (yang ditemui di restoran & hotel)

    Nuridah,
    waalaikumussalam... alhamdulillah, sedap dan memenuhi selera yang hadir malam tadi. Silakan cuba ye Nuridah.

    Myda,
    boleh buat lagi...

    BalasPadam
  16. Sedap nyer, Amie. Nnt nak buat juga lah

    BalasPadam
  17. Makan ramai ramai lagilah bertambah sedap kan....

    BalasPadam
  18. as salam k.amieeee.....

    banyaknye kg daging ayam...
    sapa yg jadi lipas kudung...ucu ke k.amie..?
    ucu x pernah mkn lagi lauk macam ni..nanti ucu try ..

    BalasPadam
  19. assalam amie..memang sedap kalau dapat makan beramai2 kan amie..

    BalasPadam
  20. Bestnye makan ramai2 jumpa sanak saudara... bolehla FnF cuba resepi kak Amie ni nnt jika buat kenduri kan.

    BalasPadam
  21. salam kak amie...sedp nye...rajin masak2 ye..mcm2 menu ado..

    BalasPadam
  22. wah! bagusnya kak amie..boleh masak sampai 4kg ayam..kalau nani diberi 4kg ayam tu rasanya buat goreng jela.

    BalasPadam