Pages

Ahad, 15 Julai 2012

Ikan Pari Masak Kicap @ Semur

Nampak hitam berkilat Ikan Pari Masak Kicap @ Semur Amie petang ini! Beginilah cara bonda memasak semur atau masak kicap ikan pari masa kami kecil dulu. Kami suka sangat rasa kuah kicapnya yang manis, serta rasa pedas lada putih yang bonda tumbuk agak kasar. Bonda akan goreng ikan pari terlebih dahulu sebelum masak semur.


Resepi : Ikan Pari Masak Kicap @ Semur
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
800 gram ikan pari - bersihkan dan potong ikut citarasa
1 sudu kecil serbuk kunyit
4 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan lada putih - tumbuk kasar
3 ulas bawang putih - hiris
4 ulas bawang merah - hiris
3cm halia - hiris
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 labu bawang besar - potong ikut citarasa
10 biji cili padi
minyak
1 cawan air
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara:
1. Lumurkan ikan pari dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
3. Masukkan kicap, air asam jawa dan air. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan pari dan balik-balikkan. Perlahankan api.
5. Masukkan lada putih, garam dan gula secukup rasa.
6. Apabila kuah pekat, tutup api.
7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

19 ulasan:

  1. Assalamualaikum Amie,
    nmpk sungguh menyelerakan walaupun rupanya hitam...hitam bkn sebarang hitam tawwww..he3..selalu sngt masak asam pedas, sesekali masak kicap ikan pari ni mmng sedapkan....makan dngn nasi putih hangat2..perghhhh...sedap betulllll..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak amie...
    Memng betul2 mnyelerakan....perut tengah lapar ni....

    BalasPadam
  3. Wah, tak pernah lagi makan ikan pari masak kicap. Bulan puasa ni boleh cuba utk makan sahur ke

    BalasPadam
  4. assalam aie..acik belum pernah masak ikan pari menu lain selain dari asam pedas.cik mbik rsepi ye amie..tima kasih

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Amie,

    wah Amie,rasanya baru first time ternampak ikan pari msk kicap...mesti sedap kan??? Nampak aja dh kecur belum lagi rasa nie.

    BalasPadam
  6. salam Amie.Org jawa klu panggil masak kicap tu...semur la.
    Biasa MIL klu hari raya..menu wajib ayam masak semur..trbaek sedapnya!!

    BalasPadam
  7. Yatie,
    waalaikumussalam.... resepi orang kampung kami ni Yatie, memang terkenal dari dulu, terutama buat punjungan waktu raya (ikan baguk, tenggiri dll ikan besar.

    MP,
    waalaikumussalam... alhamdulillah, memang berselera sekali makan dengan nasi panas.

    Azie,
    kami biasa masak, memang biasa dimasak oleh orang kampung kami!

    BalasPadam
  8. Acik Erna,
    waalaikumussalam,
    sedap masak kicap tau, bubuh lada putih lebih sikit!

    Nuridah,
    waalaikumussalam,
    oh..nampaknya ramai yang baru tahu adanya resepi begini, alhamdulillah... dapat juga kita kongsi resepi orang kampung kami.

    Azatie,
    Memang betul tu, masak semur... walaupun hari raya ada hidangan ayam masak semur, tapi ramai juga orang kampung yang masak semur ikan untuk punjungan (yang hantar makanan kepada jiran tetangga dan saudara mara tu..)

    BalasPadam
  9. Kak Amie cayannggg..rindunyaaa ^^..
    Masak kicap mmg kesukaan rmai..lg hitam kuahnya lg suka...mkn dgn nasi pns2..aduuiiiii enak x terkata.. nyummnyuuumm ^__^

    BalasPadam
  10. Assalam amie, hitam berkilat pun nampak sangat sedap ikan pari kicap tu, saya tak pernah buat msk kicap mcm ni guna ikan pari. boleh di cuba ni, tq amie

    BalasPadam
  11. salam kak amie..memalam singgah sini,dh redy2 nk tido tp mata x nk lelap jgk..BW kt sinisambil skodeng masakan akk..myelerakan lah kak..klu ganti dgn ayam pun sedap agaknya kan:)

    BalasPadam
  12. Assalam Amie.
    Sedap ni kalau makan dgn nasi putih panas2....terasa lapar la pulak.

    BalasPadam
  13. ayam semur pun nani belum masak. ada pari semur la pulak rupanya. dah lama nani tak beli ikan pari ni. kalau bulan puasa mmemang wajib beli. itu pun buat versi bakar cicah air asam je.

    BalasPadam
  14. Memang sedap sangatlah ayam semur ni Kak Amie...malam2 pun gue sanggup datang woo...

    BalasPadam
  15. Biasanya akk masak guna ayam lauk ni...

    BalasPadam
  16. sy xleh benor ngn kicap ni..haishhh mmg menyelerakan!!..

    telur ke ayam ke ikan ke kalo gandingan dgn kicap mst sy berselera..makan telur goreng ngn kicap pon dh menambah2 nasik..haha..;)

    BalasPadam
  17. tak pernah lagi mkn pari hitam legam ni..nanti nak terai lah..

    BalasPadam
  18. rugunya mama tak makan ikan..hu2x..tapi mama layan pic. ni..

    BalasPadam
  19. Sis dh try resepi ni. Memang sedap!!! Tq Amie..hihi

    BalasPadam