Pages

Ahad, 15 Julai 2012

Laksa Perak

Jom makan Laksa Perak. Amie sediakan menu ini sebagai hidangan tengahari kami. Sesekali ingin juga menikmati hidangan dari tanah kelahiran bonda! Biasanya Laksa Perak menggunakan kuah yang agak pekat. Jadi, eloklah renih kuah dalam periuk dengan menggunakan api perlahan. Amie temui resepi Laksa Perak ini  di dalam buku masakan Laksa - Sedap Mudah Gerenti Jadi. Memang menjadi! Apa pun Amie minta maaf sekiranya ada kesilapan bahan yang digunakan dalam buku resepi ini. Andainya ada salah silap tegurlah dengan cara yang membina, maklumlah tujuan Amie hanya ingin memanjangkan resepi sahaja buat rujukan rakan-rakan pengunjung dan menambah info tentang resepi tanahair kita. Penggunaan serai nan sebatang dalam kuahnya tentu boleh menimbulkan isu, sebab jarang orang gunakan serai dalam kuah laksa. Mungkin ada di antara rakan-rakan terutamanya yang memang berasal dari Perak yang boleh memberi pendapat tentang penggunaan serai ini. 


Resepi: Laksa Perak
Sumber : Laksa - Sedap Mudah Gerenti Jadi

Bahan-bahan:
500 gram laksa basah
12 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
4 sudu makan cili kering kisar
1 batang serai - dititik
1 kg ikan kembung
1 liter air
5 keping asam keping
30 gram daun kesum
2 sudu makan air asam jawa
garam secukup rasa

Bahan hiasan:
1 biji timun - hiris
2 biji bawang besar - hiris
10 biji cili padi - hiris
5 biji telur rebus - belah
5 tangkai daun pudina
1/2 biji nenas - hiris
2 sudu makan petis
10 boiji limau kasturi - belah dua

Cara:
1. Rebus ikan dengan air secukupnya sehingga mendidih bersama asam keping dan garam.
2. Asingkan tulang dan isi ikan.  Kisar halus isi ikan.
3. Masukkan isi ikan ke dalam air rebusan ikan tadi dan masukkan cili kering kisar, bunga kantan, daun kesum, serai dan air asam jawa.
4. Perasakan dengan garam dan masak sehingga mendidih atau renih selama 1 jam.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama laksa dan bahan sampingannya.


Laksa Perak sedang menanti untuk anda menikmatinya!



Selamat berhujung minggu! Moga ceria bersama keluarga tersayang! Jumpa lagi.... dan senyum selalu.

16 ulasan:

  1. Amie, Perak pun ada laksa ke? kat rumah MIL buat laksa Penang jer. Ambooi cantik bukan main lagi bermake up dan berhias laksa Amie ni... salute lah

    BalasPadam
  2. Azie,
    Amie terjumpa pelbagai jenis laksa mengikut resepi negeri masing-masing.

    BalasPadam
  3. sedap nampak kuahnya pekat..telo tu tersusun cumel je kak :)

    BalasPadam
  4. Amie, melihatkan bahannya, sama jer dg laksa Penang kan

    BalasPadam
  5. Salam Amie.baru tahu Perak pun ada laksa...tengok bahan2nya tak guna bunga kantan...ganti dg serai. kalau laksa...sedap tak pernah jemu....
    re; Amie...itulah starter pun dah kenyang..heavy starter. ular tu nampak jinak....diam je...

    BalasPadam
  6. salam Amie..org perak dah dtg nk mkn laksa nunnnnnnnnnnnn ke seberang lautan:D
    laksa perak ni mmg senang membuatnya...

    BalasPadam
  7. Tihara,
    iye, kuahnya agak pekat, tu sebab lama sikit merenihnya.

    Azie,
    memang sama, tapi tak guna bunga kantan, guna daum kesum je.

    Mamasya,
    macam-macam versi laksa ikut negeri ye Mamasya, tapi kuah laksa ini istimewa sikit, sebab banyak gunakan bawang merah, manisnya terasa.

    Azatie,
    he he hehh jom makan laksa perak sama Atie...

    BalasPadam
  8. laksa perak ni sama cam laksa penang ke?

    BalasPadam
  9. Cik Manggis,
    sekali imbas macam iye, tapi tak pastilah pula, kadang-kadang lain orang lain caranya, lain buku lain penerangannya.

    BalasPadam
  10. wah! nani tak pernah tahu pula ada laksa perak. mungkin sebab ada serainya la membezakan dengan laksa penang kot. ntah. nani pun tak tahu.

    BalasPadam
  11. Selamat pagi Kak Amie..
    wah..awal2 lagi sudah godain gue dg laksa...sedapnya laksa tu kak..lama suda nda' mkn laksa ni..tolong ingat2 kami di Tawau...hehe..

    BalasPadam
  12. ehem lama tak makan laksa buatan sendiri..hu2x..

    BalasPadam
  13. ada 1 lagi bahan untuk laksa perak..
    belacan..baru sedappp...nyum2

    BalasPadam
  14. ada 1 lagi bahan untuk laksa perak..
    belacan..baru sedappp...nyum2

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. plastic container - 5 reasons why it is the best option .
    bottle packaging vs jar packaging which one is better?
    5 best suppliers cosmetic packaging malaysia

    BalasPadam