Pages

Isnin, 16 Julai 2012

Daging Masak Singgang

Salam petang Isnin buat semua. Apa agaknya hidangan untuk malam ini? Apa kata kita nikmati sama-sama menu Daging Masak Singgang dari Amie's Little Kitchen. Sebelum ini Amie tidak pernah masak singgang daging tetapi biasa masak gunakan ikan sahaja. Teringin pula makan masakan berkuah yang mudah dan ringkas cara penyediaannya. Jadi Amie mencari resepi bersama Encik Google dan akhirnya termasuk lagi ke rumah Wana Yusuf - Potret Kasih. Minta izin aduhai Wana! Amie terpikat dengan  Daging Masak Singgang dan tanpa berlengah terus usung resepinya ke dapur Amie.


Memang banyak cara masak singgang daging. Ada yang sangat ringkas dan ada juga yang menggunakan pelbagai bahan. Bagaimanapun Daging Masak Singgang dari dapur Wana menjadi pilihan Amie untuk petang ini. Terima kasih daun keladi Wana, lain kali Amie nak angkut resepi Wana lagi!

Resepi : Daging Masak Singgang
Sumber : Potret Kasih
Sumber Asal : Resepi Daging Singgang ( Dapur Emunnn)


Bahan-bahan:


1 kg daging/tulang
5 ulas bawang merah belah 4 tapi jangan bagi putus
1 ulas bawang besar belah 6
3 ulas bawang putih diketuk
3 inci lengkuas dihiris
2 batang serai diketuk
1 inci halia diketuk
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 batang kulit kayu manis
2 liter air untuk merebus
1 keping asam keping
cili padi
Cara penyediaan
1. Rebus daging/tulang hingga empuk bersama lengkuas, kulit kayu manis, serbuk ketumbar, bawang putih dan juga asam keping. kalau air kurang tambahkan air
2. Bila dah empuk masukkan bawang merah, cili padi, halia, bawang besar dan serai. 
3. Renih dengan api perlahan sehingga bawang masak. Masukkan secukupnya garam dan bahan perisa. 



23 ulasan:

  1. sedapnya kak amie...saya pun masak singgang hari ni tapi singgang kerang..heheheh

    biasa juga masak singgang daging ni tapi tak pernah letak kulit kayu manis tu..nanti nak cuba la...:) akak singgang ni kalau letak budu pun sedap juga...hehehe

    BalasPadam
  2. sedap nie kalau dapat hirup kuahnya...hihihi..

    BalasPadam
  3. Quinnie,
    kak Amie tengok pun macam-macam cara buat singgang daging, yang bubuh budu pun ada kakak jumpa juga...

    Myda,
    sedap Myda, ada rasa asam keping, berpeluh juga bila dah hirup kuahnya yang panas tu...

    BalasPadam
  4. Makan nasik panas ngn lauk singgang mmg feveret saya...tp hubby tak suka pula... sy mmg syok laaa tambah2 ngn cili api byk tu...jd cam ulam pulak cili padi tu...best3x

    BalasPadam
  5. aslmkum amie.. apa kbr.. lama tak mngetuk pintu dapur amie yg selalu berasap ni.. mmg rajin sungguh amie di dapur.. selamat myambut ramadhan

    BalasPadam
  6. Assalam amie, sedap nampak daging singgang tu, kita selalu masak tak pernah letak kayu manis , mesti harum bau ni. Banyak jenis singgang ikut negeri , kalo yg klate lain caranya hehe, apa2 pun sangat sedap lauk ni

    BalasPadam
  7. sedapnya hirup kuahh...sluuurrrpp

    BalasPadam
  8. salam kak amie ^^ tun suka makan ikan singgang. hihi.. sbb tun xmkn daging, jd tun tengok je laa org makan. hihi

    BalasPadam
  9. assalam amie..mama akan masak ikut resepi amie..sbb mama makan daging !!.. :)

    BalasPadam
  10. setiap kali hari raya korban, memang menu wajib kami di kelantan adalah daging masak singgang. suka makan ni sebab takk muak. nani makan ratah pun sedap ni.

    BalasPadam
  11. salam Amie..klu nk berdiet elok sgt mkn singgang camni.Tang ciliapi byk tu sukerrrr..
    Ala Amie..pemberian kecik jer dr atie.Diharap sudi terima ya:)

    BalasPadam
  12. sedapnya Mie,ni lah yg buat akak lapar memalam ni hadoii kena tidur lah ni kot sbb dah malam tk boleh makan lagi hee

    BalasPadam
  13. Daging singgang memang sedap....Tunggu bulan puasa nak buat..hehehe

    BalasPadam
  14. saya singgang daging tak letak serai dan kulit kayu manis.

    BalasPadam
  15. Sedap..sedap..menu wajib kat klate time raya korban..klu singgang tulang lg best..yana suka sgt mkn ratah mcm tu jer ^__^

    BalasPadam
  16. Kalau resepi singgang Kelantan, tak letak kayu manis dan serai.

    BalasPadam
  17. Sedapnya daging masak singgang...Rahel selalu picitblada biji dalam kuah..sedap sangat...

    BalasPadam
  18. menyelerakan..nens yg x gemarkan daging boleh terliur jadinya ni..hehe

    BalasPadam
  19. singgang paling cepat khen
    agak2 ni rasa lebih kurang mcm sup daging x kaka???

    BalasPadam
  20. nyumnyum..sedapnye singgang daging..lawan ngan sambal blacan..pergghhh :)

    BalasPadam
  21. ala2 sup pun ada kan kak! sedap!

    BalasPadam
  22. amboi sedap nya sekejap lagi nak buat lah

    BalasPadam