Pages

Jumaat, 27 Julai 2012

Iftar Hari Ke 7 : Nasi Lemak Pandan

Assalamualaikum.

Lama tak makan nasi lemak!



Hari ketujuh berbuka puasa pada bulan Ramadhan yang mulia ini Amie sediakan hidangan Nasi Lemak Pandan. Mudah-mudahan dapat menepati selera ahli keluarga kecil Amie. Amie kisar daun pandan bersama kelapa parut dan gunakan santan bewarna kehijauan itu untuk masak nasi lemak cara kukus.


Resepi : Nasi Lemak Pandan
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 cawan beras - cuci dan toskan
6 helai daun pandan - potong pendek
1 biji kelapa parut
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3cm halia - pecahkan
3 ulas bawang putih - pecahkan
1 sudu kecil garam

Cara:
1. Panaskan air dalam periuk pengukus.
2. Kisar kelapa parut bersama daun pandan bersama 500ml air. Tapis bahan kisar untuk mendapatkan santan.
3. Masukkan santan ke dalam kuali. Masukkan beras, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan halia serta garam. Biarkan mendidih dan kacau sekali sekala sehingga beras kembang dan santan mengering.
4. Pindahkan beras tadi ke dalam periuk pengukus. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.

Resepi : Sambal Udang

Bahan-bahan:
600 gram udang kertas - bersihkan dan buang kulit
1/2 cawan santan pekat
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 sudu makan asam jawa - bancuh dengan sedikit air
garam dan gula secukup rasa
minyak

Bahan kisar:
15 biji cili kering
5 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
1.5cm belacan

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika.
3. Masukkan udang.
4. Tambah santan pekat. Masak hingga kuah pekat.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Masukkan bawang besar dan biarkan seketika sehingga bawang layu.
7. Tutup api.


Hidangkan Nasi Lemak Pandan bersama Sambal Udang, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, hirisan timun dan telur rebus. Selamat berbuka puasa!

19 ulasan:

  1. ASsalam amie, tentu sibuk berbuka waktu ini kan, bestnya awal2 dh buka heheh, selmat menjamu selera ya amie.

    Tadi nampak kat fb, xleh nak komen pulak tak nape, anak2 nampak siap minta suruh buat juga, katanya lama sudah x mkn nasi lemak hehe, hurmmm sedapnya, suka ada kacang banyak2

    BalasPadam
  2. sedap pulak nampak nasi lemak kukus ni.. adoiiii..

    BalasPadam
  3. aduusss..daku sudah tergoda dgn set nasi lemak pandan tuh..nsb baik dh nak berbuka hihiii..Selamat berbuka Kak Amie ^^

    BalasPadam
  4. salam Amie...
    cantik nya nasi lemak kukus tu,akak baru teringat nak buat nasi lemak utk esuk tapi tengok dulu kalau rajin haha best lah nasi lemak Amie ada strawberry lagi marbeles

    BalasPadam
  5. baru terfikir dh seminggu dh rupanya xmakan nasi lemak...maklum la pose..selalunya breakfast ada jer nasi lemak...sedapnya..

    BalasPadam
  6. Salaam Amie,

    Strawberries tu untuk hiasan je ke makan sekali? Apa-apa pun, nampak best je hidangan Amie ni...

    BalasPadam
  7. nasi lemak sambal udang...best nye... kak AMie selalu bagi idea best2 tau untuk menu iftar... tiap2 hari saya masak nasi lepas solat Asar...mesti singgah dapur maya kak Amie nih untuk cari idea menu berbuka...hehehe...tq kak Amie...

    BalasPadam
  8. Wow, mujur buka entri nasi lemak Amie ni waktu malam. Menggoda! Ayah suka lihat bilisnya. Cantik. Ayah jangka itu bilis baru. Berasnya jenis 5% hancur ke tu? Ayah tak boleh kenal udangnya udang laut atau udang bela.

    BalasPadam
  9. sedapnya nasi lemak.....teringin pulak nak buat......

    BalasPadam
  10. Rosa,
    buka awal, imsak pun awal Rosa he he hehh, anak-anak memang suka makan nasi lemak.

    Ena,
    alhamdulillah...jemput makan sama Ena.

    Yana,
    selamat berbuka puasa juga Yana...set nasi lemak biasa saja Yana.

    BalasPadam
  11. Kak Noor,
    strawberry tu buat hiasan aje kak, sebab sambal udang tu nampak tak berapa cantik warnanya....

    Adda Syuhada,
    iya.... selalu makan nasi lemak tapi bukan waktu malam ye Adda...

    MamaFami,
    buat hiasan aje MamaFami, suka-suka bagi meriah..... tapi nampak macam derhakalah kat resepi asli kita ye he he he hhh

    BalasPadam
  12. FnF,
    terima kasih sudi singgah selalu di dapur Kak Amie yang kecil dan seadanya ini... moga terus dapat kongsi idea masak-masak!

    Ayah Temuk,
    Memang ikan bilis baru, beras tu sebenarnya beras wangi tapi sebab kukus agak lama, jadi terlembut sedikit dan bila masukkan dalam acuan, ditekan, lain pula bentuknya, udang tu udang laut, udang kertas.

    MP,
    memang sedap MP... lagilah kalau dah lama tak makan.

    BalasPadam
  13. salam syg kak amie,
    dh lama rasanya x buat nasi lemak..nampak sedap pulak nasi lemak akk nie..nanti2 nk buat jgkla utk berbuka..sambal udang pun best..:)

    BalasPadam
  14. assalam
    set yg menyelerakan, sedap ni bau pandan kan
    esk cadang nk tapau nasi lemaklah he he

    BalasPadam
  15. Salam kak amie! salam rindu n salam ramadhan buat akak n family, moga diberi kesihatan sepanjang bulan ramadhan n utk hari2 seterusnya insyaAllah! sedapppnyerrrr! lama sgt tak makan nasik lemak, agak2 hari ni boleh buat tak eak sbb ada belen sambal tumis ehehe..

    BalasPadam
  16. Kak amie cayanggggg...menu kita sama la kak..semalam mieza pun beruka dgn nasi lemak..tapi bukan yg dimasak sendiri..yang dibeli kat bazar...nasi lemak kukus..semalam rasa tak larat nak masak...lps berbuka terus tido sampai sahur..hr ni rasa mcm nak cuba resepi nasi epal dari blog kak amie yg telah sekian lama mieza simpan resepinya hahahah :)

    BalasPadam
  17. wowww nasi lemak...sedapnya..sukaaaaa!!!

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum Amie
    Adoi mak hai! mengancam dan mengoda...nak sepiring...hik3

    BalasPadam
  19. Thanks for sharing!

    5 benefits silk screen printing you should know.
    5 tips untuk mendapatkan Printing logo yang berkualiti untuk bisnes anda Logo printing

    BalasPadam