Pages

Isnin, 23 Julai 2012

Iftar Hari Ke 3 : Mee Hoon Sup Tulang

Assalamualaikum.


Amie sediakan Mee Hoon Sup Tulang untuk juadah berbuka puasa petang tadi. Tidak banyak bahan yang perlu disediakan. Hanya tumis bahan rempahan, masukkan tulang, tambah air, biarkan mendidih sebentar dan kemudian tutup periuk lalu perlahankan api supaya sup merenih dengan sempurna.


Sambal kicap adalah satu kemestian! Mee Hoon Sup Tulang bagaikan lagu tanpa irama kalau tidak ada sambal kicapnya!

Resepi : Mee Hoon Sup Tulang
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 paket mee hoon - celur seketika sehingga lembut kemudian bilas dan toskan. Ketepikan.
1kg tulang lembu - ikut citarasa masing-masing untuk memilih bahagian yang digemari
1.5 liter air
1 uncang sup bunjut
1 sudu makan lada putih - tumbuk
hirisan daun sup
hirisan daun bawang
bawang goreng
limau kasturi
garam / perasa secukupnya
minyak

Bahan kisar:
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3cm halia
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan  jintan manis  kasar
1 sudu makan  jintan putih kasar
1 bonggol pokok daun sup

Rempah tumisan:
3 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan kisar dan bahan rempah tumisan. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan tulang lembu  dan balik-balikkan sehingga tulang lembu menjadi layu.
3. Masukkan air dan biarkan kuah mendidih seketika.
4. Perlahankan api dan tutup periuk. Biarkan mereneh sehingga daging pada tulang lembu empuk.
5. Perasakan dengan lada putih, garam dan perasa pilihan.
6. Masukkan sedikit mee hoon ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah sup bersama ketulan tulang. Hidangkan bersama taburan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Sambal kicap jangan dilupakan!

Untuk sambal kicap, Amie tumbuk 10 biji cili padi bersama 3 biji bawang putih. Masukkan dalam mangkuk dan tambahkan kicap - Amie gunakan Kicap Cap Kipas Udang yang lemak manis, jadi tidak perlu tambah garam dan gula, sebaliknya hanya perahkan jus limau kasturi!


Selamat berbuka puasa.


12 ulasan:

  1. Assalamualaikum Amie,
    waduhhhh menu kegemaranku...kalau dpt hirup kuahnya sedap ni...dah berbuka leh ckp mcm ni.he3...air nenas kat bawah ni punnnnn..mengoda betullah...slurpppp..

    BalasPadam
  2. salam Mie..
    apa kabar agaknya malam2 ni ya dah kenyang ke makan meehoon sup tu bak akak sikit lah baru siap terawikh ni lapar lah Mie..

    BalasPadam
  3. salam kak amie.. aduh sedapnye juadah berbuka akak... mujur smlm da wat soto jugak..hehe..

    BalasPadam
  4. sedapnya sup tulang..aduiii menu kawan2 semua bleh tahan..nasib baik dh berbuka bru dok skodeng umh..kalau tidak mau telan air liur berkali2 la jawabnya..

    BalasPadam
  5. Ye betul kak, ada sup adalh smbl kicap kalo xde smbl kicap mmg tak syok rasanya kan kan kan...setakat ni buka puasa kami masih x tggl nasi tp bila tgk bihun sup tulang akk tu tetiba rasa teringin plak hehehe...

    BalasPadam
  6. wahh dah lama tak makan sup tulang nanti nak cubalah... terima kasih kak amie.

    BalasPadam
  7. ni yg tak tahan ni...nak 3 mangkuk!

    BalasPadam
  8. Salam Kak Amie..Tahan nafsu je lahh msk sini..ada menu kegemaran pulak hihii..dapat hirup kuah panas2 mmg sedap..lg xtahan tgk ada sambal kicap ^^

    BalasPadam
  9. Salam Kak Amie..
    cuaca mendung2 tai' ayam di LD memang sesuai klu kena dengan sup tulang..hehe..

    BalasPadam
  10. memang terangkat kan kak menu sup cam gini waktu berbuka..hehehhe..sedapnya tengok ..nasib baik 1 puasa saya dah masak dah :)

    BalasPadam
  11. salam Amie..sedapnya mee hoon sup tulang tu!

    mengoda betul dlm bulan puasa nih :)

    BalasPadam
  12. dah tengah malam macam ni kalau dapat moreh dengan bihun sup ni memang sedap ni.

    BalasPadam