Walaupun hampir lewat petang sampai ke rumah kerana mengambil masa yang agak lama menanti giliran bagi menjalani pemeriksaan darah Live Blood Cell Analysis, Amie sempat sediakan Cucur Udang buat juadah berbuka puasa petang tadi. Anak-anak tidak mahu Amie campurkan sebarang bahan penaik ke dalam adunan tepung, jadi Amie gantikan dengan sebiji telur dan cairkan sedikit adunannya.
Resepi : Cucur Udang
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
10 ekor udang kertas sederhana besar
4 batang daun kucai - potong pendek-pendek
1 labu bawang besar - cincang
1 biji telur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan pati ikan bilis
1 1/2cawan air - kurangkan jika agak cair
minyak
Cara:
1. Adun kesemua bahan di atas kecuali udang dan minyak.
2. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng terendam.
3. Panaskan senduk besar bertangkai di dalam kuali dan angkat bersama sedikit minyak di dasar senduk.
4. Masukkan adunan tepung dan lingkarkan seekor udang di atasnya.
5. Rendam semula senduk berisi adunan tadi di dalam kuali dan goyang-goyangkan sedikit supaya adunan tertanggal daripada senduk. Balik-balikkan cucur udang supaya masaknya sekata. Setelah masak bolehlah angkat dan toskan.
6. Ulangi proses 3 dan 4 serta 5 hingga selesai.
7. Hidangkan cucur udang bersama pencicah pilihan seperti sos kacang tanah atau sos cili.
Ada sesiapa yang pernah menjalani pemeriksaan darah Live Blood Cell Analysis? Rebutlah peluang keemasan ini sementara kita masih dalam keadaan sihat untuk pengesanan awal sebarang kemungkinan sekiranya kita mempunyai tanda-tanda atau risiko penyakit tertentu. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Marilah amalkan gaya hidup sihat!
salam Mie nampaknya smenjak dua menjak udang terlaris dipsaran ni sana sini coq udang saja kak noor baru je habis makan coq udang hee ni amie lagi mesti sedapsangat sbb udang Amie lagi gemok..
BalasPadamSalam kak,
BalasPadamamboiiii..meriahnya udang akak...gedabak besor lak tu duduk atas kuih tu...
kalau cmnie rupanya...mmg x akan jumpa kat pasar ramadhan nie...hehe.....
salam syg kak amie..amboii udang besar2 lg..kecur sungguh..baru balik dr dapur kak nor..ada cucuq jgk ..
BalasPadamAdoii ramai lak duk tayang coq udang kan,terus tingin,nak2 lak bila tgk udang akak yg beso2 tuh..nmpk sedap sgt kak amie..
BalasPadamsedapnye tgk cucur udang tu...paling udangnye yg beso2 tu...
BalasPadamWahhhh...best nyer cucur udang...lama dah x mkn dan buat cucur udang ni...alangkah best nye kalau berjiran dgn pn ckgu kite ni...waduhhh...nk gi cari udang jugak lh...:-)
BalasPadamcucur yg membuat kecur air liur.
BalasPadamnyum sedapnya cucur udang tu
BalasPadam