Selamat tengahari semua. Khas untuk yang tidak berhasrat untuk menikmati hidangan nasi sebagai menu tengahari ini, Amie's Little Kitchen sajikan Apple, Pineapple & Papaya Smoothies.
Resepi : Apple. Pineapple & Papaya Soothies
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 biji epal besar jenis Fuji - potong kecil-kecil
1/2 biji nenas anggaran 400 gram - potong kecil-kecil
1/2 biji betik anggaran 400 gram - potong kecil-kecil
300ml susu segar
250ml yogurt perisa oren
2 sudu madu
Cara:
1. Sejukbekukan hirisan epal, nenas dan betik selama 2 jam.
2. Masukkan bahan sejukbeku di atas ke dalam mesin kisar. Tambahkan susu segar, yogurt perisa oren dan madu.
3. Kisar hingga halus.
4. Tuang ke dalam delas.
5. Sedia untuk dinikmati.
Mari kita berkenalan dengan Epal Fuji yang dikatakan berasal dari epal yang diklon oleh seorang petani di Tohoku Research Station di Fujikasi, Aomori, Jepun pada akhir tahun 1930-an, dan mula dipasarkan sekitar tahun 1962. Epal Fuji ini merupakan hasil dari benih yang dicantumkan antara dua kelainan epal Amerika, Delicious Merah dan tua Virginia Ralls Genet ( kadang-kadang disebut sebagai 'keldai betina' Rawls) epal. Sila rujuk DI SINI untuk keterangan lanjut. Epal Fuji biasanya besar atau sangat besar dan bulat,setiap sebiji mengandungi antara 9-11% gula,selain mengandungi serat, mineral karoten dan vitamin C Serat yang tinggi di dalam epal boleh membantu menghindari beberapa jenis penyakit seperti kegemukan, barah usus dan penyakit jantung. Penyakit-penyalit tersebut boleh dihindari kerana kandungan serat seperti pektin dan serat-serat yang lain boleh larut dan dihancurkan oleh bakteria di dalam usus. Sebahagian asid organik dibebaskan dalam proses tersebut. Salah satu daripada asid organik itu ialah asid butirik yang menyediakan sumber makanan semulajadi kepada sel usus yang sihat. Asid butirik juga didapati boleh melemahkan enzim yang diperlukan oleh sel barah usus untuk merebak.
Semua orang tahu banyak khasiat yang terkandung dalam sebiji nenas. Jom klik DI SINI untuk mengenali buah nenas denga lebih lanjut. Buah Nenas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah. Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat. Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia. Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah.
Jadi, sambil kita menikmati smoothie, sambil-sambillah menambah info tentang khasiat dalam pemakanan.
1. http://mikohiro.blogspot.com/2010/05/fuji-apple.html
2. http://www.mpib.gov.my/web/guest/khasiat_nanas
salam ckgu..tumpang minum smoothies...lawa lah smoty tu..wrna pun menarik..
BalasPadamSury,
BalasPadamjemput..jemput.... banyak tu Sury!
Salam kenal dear, mesti sedap sgt..skrg ni lega bole minum air nenas selepas bersalin, dh nk masuk 6 bln pun baby, nenas jd fav drink, alhamdulillah byk khasiat thnx for sharing..
BalasPadamAs'kum Kak Amie cayang.. sha memang tak masak hari ni sebab bekalan air kat kampung terputus hehehe.. tapi sha buat kek coffee petang jap lagi sha share... waduhhh nampak epal yang berkilat tu.. kecur aje liur ni... rajin kak amie buat jus ekk... cayalah!
BalasPadamAmie..ummi singgah, tumpang minum smoothie yang nyaman!!
BalasPadamWAHHH...KEPELBAGAIAN MENU SMOOTHIES..SUNGGUH LAAZAT..MINUMAN BERKHASIAT..WARNA YG MENAWAN!
BalasPadamtersangat jeles tgk smoothies tu...dh le cuaca tgh panas membahang ni...
BalasPadamBaby Pose,
BalasPadamterima kasih sudi singgah sini, salam kenal juga.
Shahriah,
waalaikumussalam... Kak Amie memang nak buat koleksi juices and smoothies...
Ummiross,
silakan Ummi...memang nyaman!
Nens,
BalasPadamalhamdulillah Nens, kalau boleh nak amalkan selalu terutama sekali yogurt tuuu...
Ummiakid,
mudah sungguh cara penyediaannya, lazat dan menyegarkan he he heh lagilah jeles ye Ummiakid..
apple ada, pineapple pon ada...tapi kerajinan nak buat smoothies tu tak berapa nak ada.
BalasPadamAssalam Amie...lama x singgah sini, tengok smoothie terliur...tgk ikan kat bawah pun lapar...akak x penah tgk lg camna rupa ikan bayan ni..apatah lg rasa..mcm sedap jek.. ^__^
BalasPadamBest nyer tapi saya taknrajin utk meyediakannya kerana kebiasaannya bahan selalu tk cukup.
BalasPadamASSALAM
BalasPadamrajinnya k.Amie ni, memang teringin jg tp malas tu lebih banyak he he
tgk org tayang je lah..
Salam kak amie...tertarik dgn smoothies akak tu...nangis tgk!!
BalasPadamakak.. sangat terliur melihat air tue..tak pernah cuba lagi nie :)
BalasPadamTerliurnya tgk. Boleh cuba lepas abis pantang nanti
BalasPadamsalam kak, dah lama ema tak dtg sini...dekat2 nak poser ni..bolehlah ambil resepi akak nak buat berbuka...hehehe
BalasPadamNani,
BalasPadammemang nak mula buat tu kena ada mood rajin, tapi kalaua dah cuba sekali...nak kali kedua pula tau Nani.
Kak Ummi,
waalaikumussalam... kami suka smoothie kak Ummi, tu pasal selalu buat.
Azie,
Amie dah biasa buat, jadi bahan asas memang selalunya sedia ada.
Mama Sara Nur,
BalasPadamwaalaikumussalam,
nampak macam senang aje buat smoothie, tapi kalau tak biasa buat memang rasa susah sikit ye Mama Sara Nur...
E-na,
he he hehh tak sempat nak tadah airmata tu...
Adyna,
sekali cuba nak lagi tau Adyna...
Hanis,
BalasPadaminsya-Allah, boleh cuba lepas pantang...sabar2lah ye Hanis sayanggg...
MamaEma,
terima kasih sudi singgah dapur kak Amie, silakan... ambil resepi yang digemari buat buka puasa..
salam kak amie
BalasPadamterliur tgk
Salam sejahtera Amie,
BalasPadamTertarik dgn masakan Amie.tu ikan bayan tak pernah tgklah..cantik betul lekuk2 ikan tu.Dah salin resepiikan tu, tkasih.
Memang satu minuman kesihatan yang menarik tu, Amie. Unsur "gandul" itu kegemaran Ayah, juga epal & nenas. Cuma nenas itu kekadang bawa sakit sendi kepada Ayah, hehehe. Ceria selalu!
BalasPadamKak Amie cayanggg..mieza perhatikan kan..kak amie mmg suka buat smoothie..sedapnya kak..mieza br balik main bowling ni..kalau dot diteguk smoothie ni secawan besh nyer kak :)
BalasPadamehem panas2 ni sedapnya kalau dpt menikmati segelas smoothies dr amie ni..
BalasPadamrajinnya kak amie..siap ada info lagi pasal buah buahan..heheeh
BalasPadamsaya pun suka smoothie ada letak betik ni..kalau tak cuba memang tak tau kesedapannya..:)
njalok sak gelassss kenok opo orak...kemecer aku....hah3..speaking jowo...
BalasPadamAssalamualaikum Amie,
BalasPadamKagum dengan pelbagai resepi smoothie dari dapur Amie......mai segelas....
Tina Othman,
BalasPadammari minum sama Tina.
Mama Ju,
terima kasih sudi belek resepi, cuba ye...
Ayah Temuk,
Sekarang ni banyak jenis gandul Ayah, boleh pilih gandul kegemaran, rasanya pun memang sedap! Nenas tu... memang ada yang kena berpantang... tak semua tubuh boleh terima biarpun ada khasiatnya.
Mieza,
BalasPadamalhamdulillah... smoothie ini memang mengenyangkan, untuk alas perut gitu, walaupun pada masa yang sama cuci perut!
Mama Aini,
silakan ambil segelas... bersusun dah tu!
Quinnie,
inilah satu-satunya buah paling murah, senang nak dapat, senang dimakan... dan menyenangkan perut kita he he ehhh
Yatie,
BalasPadamyo mbok iyo toh... ojo isin-isin!
Wattie,
saling mengkagumi ... daku kagumi masakanmu, dikai kagumi smoothie ku ha ha hahh