Pages

Isnin, 9 Julai 2012

Apam Tepung Beras

Entah berapa lama teringin benar makan Apam Tepung Beras. Dahulu, memang inilah apam yang sangat Amie gemari! Tak puas makan sepotong, makan sampai 3 potong. Lepas tu tersekat di tekak pulak! Kena tolak dengan air kopi! Lama sangat tak makan Apam Tepung Beras. Kuih ini juga merupakan kuih kegemaran bonda. Dahulu manalah ada acuan yang pelbagai seperti sekarang. Kukus satu dulang penuh, dan potonglah sekeping-sekeping. Sayangnya Amie tidak pandai membuatnya sebab waktu kecil dulu hanya tahu makan saja! Syukurlah, dunia semakin canggih, dengan kata lain dunia di hujung jari. Jadi, atas peluang dan kesempatan itulah Amie bersama Encik Google mencari resepi Apam Tepung Beras. Hasilnya, di bawah inilah percubaan pertama Amie yang boleh dikatakan berjayalah juga! Terima kasih yang tidak terhingga buat penyumbang resepi, iaitu Cha Cha@myresepi.


Resepi : Apam Beras
Sumber : cha@myresepi

Bahan-bahan:
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. Kisar nasi dan air sehingga hancur.
  2. Campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dalam bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.



Seronoklah pula bermain dengan warna-warna. Jadilah apam beras berwarna-warni. kalau percubaan pertama menjadi, ini bermakna akan meneruskan percubaan yang kedua dan seterusnya supaya hasilnya lebih cantik dan Amie bertambah mahir!


Dunia masakan memang luas bak lautan yang tak bertepi.Walaupun banyak resepi yang mudah berkaitan dengan tepung yang belum Amie cuba, tapi Amie pasti sekiranya Amie punya kesempatan dan waktu terluang, Amie akan cuba buat. Namun begitu.... yang penting sudah tentulah ada tukang makan! 

19 ulasan:

  1. Assalam amie, sedapkan apam tepung beras ni, saya pun selalu buat resipi cha ni, walaupun sejuk tetap lembut je, cantik kaler

    BalasPadam
  2. Asslm kak Amie... sedapnye apam tepung beras tu...

    byk termiss entry kak Amy...bubur jagung borobbo tu sgt unik...kena lak dengan pegedil jagung... mmg kat dapur kak Amy ni lah first time saya tengok...

    Ayam goreng jawa tu pun mengiurkan...ngeee... ingatkan goreng biasa...rupanya kena masak dulu baru perap...unik sungguh... ;)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Amie,
    alahai menariknya apam tpng beras warna warni ni..meriah gitewww..mmng sedap apam ni, ntah dah berapa kali Yatie buat apam ni..satu family mmng suka sngt..

    BalasPadam
  4. Rosa,
    waalaikumussalam.....
    ni tengah suka godek-godek tepung ni Rosa.

    FnF,
    waalaikumussalam....
    apam inilah yang paling kakak suka masa kecik-kecik dulu!
    Bartoobo tu masakan tradisi masyarakat Bugis.

    Yatie,
    waalaikumussalam....
    sedap makan ramai-ramai ni Yatie, Encik Suami pun bawa sikit ke tempat kerja dia.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Ami8e.. sedap2 mmg sedap.. fav ni.. dah lama tak buat.. bila2 kena buat jugak ni.. :)

    BalasPadam
  6. Amie..ummi pun nak jadi tukang makan,hik!

    BalasPadam
  7. cunnya pam tu..so kalerpul! rajin tu kak Amie beraksi di dapur!

    BalasPadam
  8. Assalam Amie.
    Kuih fav saya...mmg tak pernah jemu,hari2 pun tak pe.

    BalasPadam
  9. Cunnya colours apam2 tu!!! Nak tapau sebekas for teatime :)

    BalasPadam
  10. Lina,
    waalaikumussalam,
    kena buat Lina...he he heh

    Ummiross,
    wokey... kalau begitu, Amie pun teruslah beraksi di dapur ye Ummi!

    Ummuaisyah,
    jom sama-sama beraksi di dapur!

    BalasPadam
  11. akk apam mcm ni mmg saya suka, rasa klasik je bila makan kan. kuih dulu2 mmg sedap!

    BalasPadam
  12. Norzie,
    tu yang buat Amie turun ke dapur godek tepung...sebab suka nak makan!

    Love2Cook,
    boleh... memang dapat banyak ni untuk satu adunan!

    BalasPadam
  13. Asmara,
    betul tu... masa kecik-kecik dulu rasa ajaib sangat (hairan macamana apam yang sangat sedap ni dibuat!)

    BalasPadam
  14. Kak amie,menarik sekali apam nya.mau pindah rumah dekat kak amie ahh,abis makan barobbo trus makan apam.. gleek

    BalasPadam
  15. memandangkan tepung beras umah saya masih ada sekampit ,.aku ku cuba resepi kak amie cayang nie yo,,, mintak laluan copy

    BalasPadam
  16. Melly,
    ayok..ayokkk pindah...angkatin barangnya yah Melly hikhikhikkk.

    Azumaya,
    silakan Azu cayanggg... nanti hantar sepiring ye Azu he he heh

    BalasPadam
  17. Salam.. Not bad untuk cubaan kali pertama.. Cantik apam tu sebab berwarna-warni. Bila2 nanti teringin juga nak masak.. Nak kena ambil aura "rajin" dari Kak Amie.. :)

    BalasPadam
  18. Nur-nba,
    Amie pun selalu tertunda-tunda nak buat sebab biasanya kalau bab tepung and the gang memang kurang mahir, tapi selagi tak cuba selagi itulah kita tidak tahu sejauh mana mahir tak mahirnya kita ye Nur...

    BalasPadam
  19. As'kum Kak Amie wahh sedapnya.. sha pernah cuba tapi tak jadi.. Insyallah nanti sha nak cuba pulak resipi dari dapur Kak amie.. macehh kak amie..:)

    BalasPadam