Petang ini suasananya agak redup. Ketika senja menghampiri, cahaya matahari semakin malap, langit kelihatan kelabu tanpa warna lembayung yang merah jingga seperti kebiasaannya. Rasa hening sekali. Ah! Melankolik pula mukadimah Amie petang ini. Kita terus kepada tujuan asal Amie untuk memperkenalkan Bubur Jagung atau lebih dikenali sebagai BAROBBO dalam kalangan masyarakat Bugis. Amie masih ingat buat kali pertamanya mencicipi BAROBBO! Kalau tidak silap, pada tahun 1996. Amie guru kelas Tingkatan 5C, tetapi Amie terlupa majlis apakah yang diraikan di kelas Amie kerana ketika itu guru-guru dijemput menjamu selera dengan pelbagai hidangan di kelas tersebut. Namri Achamad, ketua kelas 5C, menghulurkan semangkuk kecil bubur dan Amie mencicipi bubur tersebut. Enak sekali! Amie minta tambah semangkuk penuh!
Selesai makan, Amie kembali ke bilik guru dan oleh kerana guru-guru bergilir-gilir untuk menjamu selera di kelas tersebut, Amie pun berpesan kepada mereka.... "Jangan lupa makan bubur!" Dan sekembalinya mereka ke bilik guru, masing-masing bercerita tentang keenakan bubur tersebut. Sebelum pulang pada tengahari tersebut, Amie memanggil Namri Achamad dan bertanya kepadanya.
"Siapa masak bubur tadi?"
"Saya. Kenapa cikgu?" Masih lagi Amie terbayang senyuman Namri ketika itu.
"Sedap. Semua cikgu kata sedap!" Amie memuji.
"Betul kamu yang masak?"
"Iya, cikgu. Bukannya susah memasaknya." Jawab Namri, masih lagi tersenyum-senyum.
"Terima kasih panggil kami makan. Kami yang habiskan bubur kamu."
"Tak apa, cikgu. Memang kami masak untuk cikgu."
Tanpa diduga, keesokan paginya Namri membawa satu termos nasi yang besar berisi bubur yang masih panas berasap lengkap dengan mangkuk dan sudu! Masya-Allah!
Peristiwa itu sentiasa Amie kenang sehingga ke hari ini. Pada hari tersebut, sekali lagi guru-guru dijamu dengan bubur yang sangat enak itu. Dan untuk pertama kalinya, kami mendapat tahu bubur tersebut ialah "BAROBBO". Amie sempat meminta resepi "BAROBBO" daripada Namri. Selepas itu, Amie cuba memasaknya sendiri di rumah dan beberapa kali membawanya ke sekolah untuk dinikmati bersama teman-teman.
Rupanya tidak semua "BAROBBO" dihasilkan menggunakan bahan yang sama. Ia terpulang kepada citarasa dan kemampuan masing-masing. Ketika menikmati "BAROBBO" yang disediakan oleh biras Amie, juga berketurunan Bugis dari Sandakan, tidak ada campuran beras atau nasi di dalam "BAROBBO" tersebut. Resepinya hanya mengandungi parutan jagung muda, ayam serta sayur-sayuran. Manakala "BAROBBO" pemberian jiran (jiran kiri dan kanan Amie juga berketurunan Bugis), lain pula cara masakannya. Dan akhirnya, Amie temui resepi "BAROBBO" yang hampir menyamai "BAROBBO" yang dimasak oleh Namri di dapur Amie sendiri! Yantie, pembantu rumah Amie berasal dari Sulawesi Selatan, dan melaluinyalah Amie belajar memasak "BAROBBO" walaupun sebenarnya Amie hanya melihat sahaja cara penyediaannya!
"BAROBBO" yang dimasak oleh Namri mengandungi bubur nasi, jagung parut, potongan ayam, udang kering, sayur kacang panjang, sayur cekur manis, halia dan lada putih. Itu pun sudah cukup lazat. Manakala "BAROBBO" pemberian jiran-jiran Amie pula ditambah dengan pegedil jagung! "BAROBBO" yang disediakan biras Amie pula, ada bahan tambahannya iaitu sambal belacan bercampur hirisan tomato! Dan "BAROBBO" yang disediakan oleh Yantie pula ditambah dengan santan kelapa. Semuanya sedap-sedap belaka! Menurut Yantie, tidak semestinya kita boleh campurkan sayur kacang panjang dengan cekur manis sahaja, malah pucuk sayur lain seperti pucuk kacang, atau kangkung serta bayam juga boleh digunakan.
Jadi, petang tadi Amie masak "BAROBBO" yang ditinggalkan sebagai kenangan oleh kedua-dua insan bernama Namri dan Yantie. Hidangan yang sungguh menyelerakan ini dikatakan berasal dari Tanah Luwu, sebuah daerah di pesisir timur Sulawesi Selatan.
Bubur di atas ini sengaja Amie asingkan tanpa sayur-sayuran. Manakala bubur di bawah ini merupakan bubur yang lengkap dengan sayur cekur manis dan kacang panjang. Wangi baunya! Tak sabar kami untuk menikmatinya! Sebaiknya makan ketika masih panas, sebab apabila sejuk bubur akan cair.
Resepi : Bubur Jagung @ Barobbo
Sumber : Amie's Little Kitchen - Gabungan Resepi Namri & Yantie
Bahan-bahan:
2 cawan beras
700 gram daging ayam - potong kecil-kecil
5 biji jagung - hiris / parut
3 batang kacang panjang - potong 4cm
1 mangkuk sayur cekur manis
3/4 cawan udang kering
800ml santan sederhana pekat
5cm halia - tumbuk
1 sudu makan lada putih - tumbuk
7 ulas bawang putih - tumbuk
7 biji bawang merah - tumbuk
garam & perasa pilihan
air secukupnya
bawang goreng
daun sup
Cara:
1. Didihkan air secukupnya di dalam periuk.
2. Masukkan beras, bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering.
3. Masukkan daging ayam dan biarkan mendidih sehingga menjadi bubur.
4. Masukkan santan, jagung, lada putih, garam dan perasa pilihan.
5. Apabila kuah mula memekat, masukkan sayur kacang panjang dan cekur manis. Gaul sebati.
6. Tutup api.
7. Hidangkan ketika masih panas.
Di bawah ini ialah Pegedil Jagung. Oleh kerana hanya sebatang sahaja jagung segar untuk dibuat pegedil, jadi Amie tambah dengan satu tin jagung memandangkan anak-anak sangat sukakannya! Tentulah akan berebut-rebut tak cukup kalau hanya gunakan sebatang jagung.
Resepi : Pegedil Jagung
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
2 cawan hirisan jagung - sebaik-baiknya jagung segar
1 biji telur
2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung jagung
3 ulas bawang putih - tumbuk
3 ulas bawang merah - tumbuk
1/2 sudu teh lada putih - tumbuk
3 tangkai hirisan daun sup
garam secukup rasa
minyak
Cara:
1. Masukkan jagung ke dalam mangkuk.
2. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak.
3. Goreng sehingga warna keemasan.
4. Angkat dan toskan
5. Potong kecil-kecil sebelum dihidangkan bersama Barobbo.
Sambalnya pula amatlah mudah untuk disediakan. Terpulanglah pada citarasa masing-masing untuk menggunakan seberapa banyak cili padi mengikut kepedasan yang dikehendaki. Jangan lupa, seeloknya belacan hendaklah dibakar. Tambahkan hirisan tomato ke dalam sambal, dan sebagai pelengkap bubuh sedikit garam dan gula serta perahan air limau kasturi atau limau nipis!
Barangkali ada kesilapan yang Amie lambat sedari dalam resepi ini. Sebenarnya Amie terlebih sukatan beras! Sepatutnya gunakan satu cawan beras sahaja, dan hirisan jagung akan kelihatan di permukaan bubur! Lain kali Amie akan perbetulkan kesilapan ini.
Namri kini menjawat jawatan sebagai seorang guru manakala Yantie berhenti bekerja dengan kami setelah berumahtangga. Terima kasih atas resepi "BAROBBO" yang menjadi salah satu menu kegemaran kami sekeluarga! Moga kalian hidup berbahagia bersama suami dan cahaya mata masing-masing!
Terliurnya tgk Amie....nmpk pun mmg dh tau sedap....yg tak de sayur tu adakh utk org yg tak mkn sayur...hihihi, mcm suami sya lah mesti kena asingkn yg x bersayur utk dia....nti dia x brselera nk mkn..haha
BalasPadamMemang sedap baro'bo' ni..Rahel suka sangat makan...jangan heran..gue kan keturunan orang sulawesi selatan...hehe..
BalasPadammesti sedapkan bubur nie....x pernah dengar namanya lagi...
BalasPadamKhairiah,
BalasPadambetul tu... anak-anak memang liat nak makan sayur, daripada dikeluarkan satu-satu semasa makan, elok asingkan dulu.
Rahel,
betulkan resepinya ini Rahel...
Myda,
memang sedap, semerbak bau jagung segarnya!
Menarik nie kak,
BalasPadamsy x pernah tau ada masakan mcm nie...
sipa sambal belacan plak tu...
rasanya pasti lemak manis ye?
Nampak menarik le menu ni. Baca celoteh amie dah membuatkan saya terliur. ermmm bila le agaknya dapat menikmati keenakan bubur ni.
BalasPadamsalam kak amie cyg..entah mcne la rasanya tue mesti sedap..kecur pulak tgk..namanya pun unik la kak:P
BalasPadamtengok gambar pun dah tau kelazatannya.
BalasPadamBergedil jagung tu saya pernah makan di Bandung dulu...feveret
Kak Amie..sedapnyaa..namanya pun unik..yana peminat setia bubur nasi..tgk resepi ni mmg mengiurkan.. harus cuba nanti..kna p tuai jagung dulu hihii ^^
BalasPadamUnik kan ,kadang2 cikgupun boleh belajar dari anak muridnya..
BalasPadamKalau ummi ke rumah Amie, nak makan Barobbolah, boleh ke?,hik!
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
BalasPadamterlioq betui la
selalu terjah sini masa perut kosong nangess tgk menu
slurrrpppp!! sedapnya kak..ni makan utk berbuka sedap sgt nih...huhuhu
BalasPadamsalam..i follow, semuanya menyelerakan..sedap bubur jagung, rindu plak bubur mak..
BalasPadamAsyifa,
BalasPadamrasanya cukup enak... sungguh menyelerakan!
Kak Sam,
kalau jiran hulur semangkuk memang habus licin!
Zila,
memang sedap Zila, guna jagung segar!
Kasih,
BalasPadamsempat makan pegedil tu di sana ye Kasih, sedapjkan.
Yana,
memang sedap Yana, kalau kakak rajin memang nak buat selalu!
Ummiross,
alhamdulillah... mencari ilmu itu satu proses sepanjang hayat, tak kira dengan siapa asalkan bermanfaat... he he heh
Lady Ayu,
BalasPadamdiet yang berkesan ni Ayu... datang waktu perut kosong, lepas tu nangis... he he heh kenyang dengan airmata!
Quinnie,
iye Q... tu sebab kalau bulan puasa selalu dapat sajian begini dari jiran-jiran.
Salmi,
terima kasih singgah sini... masakan ibu memang tiada tandingannya!
Oh... tetiba kakak teringin nak merasa Amie. Kakak juga terbayang bubur lambuk yg seakan-akan tapi tak sama bahannya.
BalasPadamMakanan tradisi kena kekalkan baru best. Boleh lawan bubur ayam MaryBrown nie...
Assalam amie, byk betul menu2 yg menyelerakan dari dapur amie ni, nampak sangat sedap bubur barobbo ni, tak pernah makan la pulak, tapi mmg terasa sedap nmapak tu
BalasPadamKakZakie,
BalasPadammemang ada bezanya dengan bubur nasi MarryBrown, kalau hasil air tangan orang Bugis ni jauh lebih lazat berbanding hasil air tangan Amie!
Rosa,
memang barobbo membuka selera, nak pula waktu buka puasa!
salam Amie..mmg nampak sedap bubur barobbo tu!
BalasPadamAda lak sambal belacan...makin laju la mkn ya.
Atie,
BalasPadammasa makan ni memang tak toleh kiri-kanan Atie, berpeluh terus...
Kak amie,melly jadi ingat sama mama yg selalu buat ini ,cuma kami kalo buat tidak pake udang kering ..sluurrp
BalasPadamSedapnya.. Namanya pun unik. Lapar terus bila melihat menu sedap2 ni.. :D
BalasPadamngencesss nampak ni, unik nama buburnya tu.memang memikat selera yang memandang foto ni...termimpi2 lah gamaknye ni..
BalasPadamMelly,
BalasPadammemang benar Melly, resepi yang kak Amie temui pun berbeza-beza.
Nur-nba,
inilah hasil kepelbagaian budaya dalam sesebuah bangsa & suku kaum.
Rohah,
belum makan dah termimpi-mimpi, sudah makan tidur pun lena ye Rohah ha ha hahh
Tumpang lalu...Sedapp tu berobok bugis hihi.. teringat kat cikgu saya org kl ms mngajar dulu di sdkn ms bwkn berobok tu punya main ckgu sy suka..kalau org kl ckp begedil tapi kalau suku bugis pula perkedelek..wajib ada tu perkedelek kalau kenduri kahwin org bugis:)
BalasPadamNani,
BalasPadamterima kasih kongsi info..perkedelek.
Hai. Utk 2 cawan beras ni brpa mangkuk barobbok bole dpt ya
BalasPadam