Pages

Jumaat, 15 Jun 2012

Solok Lada

Entah kenapa, tiba-tiba teringin sangat makan solok lada! Biarlah tanpa nasi kerabu! Tak pernah pula jumpa lada hijau hijau keputihan yang memang khas untuk solok lada. Orang kata tak ada rotan akar pun berguna. Tak ada lada warna itu, yang warna lebih hijau pun bolehlah guna, dan kalau tak ada warna hijau.... buat sajalah dengan lada merah! Nak tunggu lada yang khas untk solok lada tumbuh di sini, memang kalau orang mengidam, sempat beranak dulu!


Setelah lama mencari lada  yang agak sesuai, terjumpalah 12 biji lada hijau yang agak besar, gemuknya sedikit saja dan memang ada bengkok-bengkoknya. Petang tadi memang bersemangat menyiapkan solok lada. Hanya 11 biji yang terisi, manakala yang 1 lagi tak cukup bahan untuk disumbat!


Resepi : Solok Lada
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
12 biji cili hijau - belah dari bahagian tangkai hingga ke hujung tetapi jangan sampai putus - buang biji dan empulur
6 ekor ikan selayang - rebus dan pisahkan isi daripada tulangnya - tumbuk lumat
400ml santan
1/2 cawan kelapa muda parut - tumbuk separuh lumat
2cm halia -tumbuk
2 biji bawang putih - tumbuk
3 biji bawang merah - tumbuk
1/2 sudu teh lada putih - tumbuk
garam & gula secukup rasa

Cara:
1. Campurkan ikan, kelapa, bawang putih, bawang merah, lada putih, garam dam gula. Gaul sebati.
2. Masukkan ke dalam belahan lada hijau.
3. Masukkan santan ke dalam periuk / kuali.
4. Susun solok lada di dalam santan dan masak selama 10 minit.

Amie gunakan kelapa muda parut dalam kuantiti yang sedikit sahaja kerana ingin menikmati manisnya isi ikan dalam lada, dan Amie gunakan air rebusan ikan untuk memerah santan.


Sewaktu menyediakan Solok Lada memang tidak sabar untuk menikmatinya, tidak sabar menunggu kepulangan Encik Suami dan anak-anak untuk makan bersama. Setelah siap segala hidangan di atas meja, terasa kenyang pula perut Amie.... dan 11 biji Solok Lada itu, Amie makan 2 biji sahaja! Encik Suami makan 3 biji.... ada 6 biji lagi! Sekurang-kurangnya keinginan untuk makan Solok Lada sudah dipenuhi.

22 ulasan:

  1. Salam kak Amie....
    dtg nk mintak 1 ketui ?nk mkn sorang2 ,org kt umah x suka....huhuhu...

    BalasPadam
  2. sedapnya mie. dah lama tak makan ni..

    BalasPadam
  3. suka gak kaka asal ada nasik panas2 semua jalan...teringin nak makan tp malas nak buat uwaaaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  4. Myda,
    ada lagi 6 ketul...ambillah Myda.

    Ibundo,
    itulah Bundo... lama tak makan, rajinlah nak buatnya...

    Lady Ayu,
    teringin nak makan kena buat, malas nak buat kena jamu mata ajelah dik oiii he he he ehh

    BalasPadam
  5. Mmg suke mkn ni, Abg Ipar org kelate, kakak pon pandai masak ni, dptlah kami merasa mkn solok lada ;)

    BalasPadam
  6. ya Allah,,, sedapnyer kak amie.. sgt terliur tun nengoknya.. xpernah buat sendiri.

    BalasPadam
  7. salam kak Amie...sedapnye...makan ngn nasik kerabu...huish...FnF suka sgt laaa tgk lauk pauk kak Amie...sgt menyelerakan... wajib singgah sini selalu...

    BalasPadam
  8. dah berbaris dah solok tu minta di ambik satu persatu Mie sedapnya akak tengok kan nak buat malasss tunggu ramai yg makan baru lah akak nak buat jugak ni MIe

    BalasPadam
  9. Ini kegemaran kak ros dan selalu buat.Lebih-lebih lagi kalau bulan puasa yang akan menjelang tak lama lagi.

    BalasPadam
  10. assalam amie..hb & anak mama suka makan solok ni..mama tak makan sebab dibuat dr ikan..hu2x.. mama tak makan ikan..

    BalasPadam
  11. feveret saya ni amie
    tapi x letak lada putih :)

    BalasPadam
  12. asslm Kak Amie...sedapnye...QH pon suka jugak ni..masuk list..

    BalasPadam
  13. Aju,
    bestnya ada orang buat!

    Tun Telani,
    kalau dah teringin makan terpaksalah kakak merajinkan diri Tun he he heh

    FnF,
    terima kasih sudi singgah..teruslah menyinggah di sini, kongsi2 resepi ye FnF.

    BalasPadam
  14. Kak Noor,
    seronok kalau buat framai-tramai, makan pun ramai-ramai, meriah gitu ye Kak Noor.

    Kak Ros,
    kalaulah boleh dapat ladanya tu Kak Ros, mau juga buat selalu...

    Mama Ani,
    tak makan ikan ye... he he he hh tengok2 sajalah ye!

    BalasPadam
  15. Kasih,
    Amie sengaja letak lada putih he he heh menderhaka resepi sikit....:)

    Qasey Honey,
    waalaikumussalam... silakan.

    BalasPadam
  16. As'kum Kak Amie cayang dah lama sha mencari resipi lada solok ni.. biasanya terkenal di kelantan.. bagus dah ada resipinya kat dapur kak Amie.. bila ada jumpa lada besor tu sha nak cuba.. best! tq kak Amie muahhhzzzz

    BalasPadam
  17. lada hijau pun takpe, cuma biasanya lda yg telah dibelah direndam terlebih dulu dengan air kapur supaya kembang skit.

    BalasPadam
  18. kak amie...et suka sungguh makan solok lada ni...makan banyak2 pun takper..hahaha..tapi tak pernah buat sendiri pun..makcik buatkan..hahaha

    BalasPadam
  19. Kat sini memang tak jumpa lada solok spt di Kelantan kan Amie? Sampai ke lubang cacing cari pun tak jumpa...haha...kena ambik benih dr Kelantan nmpknya tanam kat sini.

    Lama dah tak buat, ada org guna kukus solok lada tapi MIL kata sedap dimasak dgn santan, ada kuah2 sikit.

    BalasPadam
  20. pengen juga nggawe & mangan ki kak, tp kakang ngei rak dhoyan..

    BalasPadam
  21. Salam kak amie, saya tak pernah lagi makan solok lada ni, mcm mana rasanya, nmpak menarik...

    BalasPadam
  22. kak amie...kite suke sangat solok lada ni. tapi tak pernah buat sendiri. selalu tolong mak je buat ni. tak reti lagi buat sendiri.

    BalasPadam