Salam petang Sabtu dan selamat berhujung minggu. Hari ini Amie menghadiri mesyuarat yang bermula seawal pukul 7.30 pagi, seterusnya mengikuti bengkel PLC. Selepas Zohor, kami beramai-ramai ke rumah rakan sekerja untuk menghadiri majlis persandingannya. Rakan sekerja ini pula bekas anak murid SPM Amie dan suaminya pun bekas anak murid Amie juga dari sekolah yang sama dengan pengantin perempuan tetapi berlainan kelas. Semoga jodoh mereka berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat. Sesampainya di depan pagar rumah baru teringat anak-anak belum makan tengahari! Nak bawa keluar makan, rasa keberatan pula bila menoleh ke arah jalan raya besar, kelihatan kenderaan bersusun dalam kesesakan lalu-lintas! Perkara yang paling Amie tidak sanggup hadapi sudah tentulah beratur panjang di belakang kenderaan lain. Akhirnya Amie pujuk anak-anak supaya memberi Amie sedikit masa untuk menyiapkan hidangan ringkas untuk mereka. Hidangan paling ringkas untuk makan tengahari anak-anak hari ini ialah Risotto Bebola Ayam.
Resepi : Risotto Bebola Ayam
Sumber : Aneka Hidangan Nasi - Sa'adiah Mohamad
Bahan-bahan:
1 kg beras dibersihkan - Amie gunakan sukatan 4 cawan rice cooker beras basmathi
700 ml stok ayam - Amie gunakan air biasa dan menambah 2 sudu pati ayam Tumix
200 gram bebola ayam - Amie gunakan 400 gram
100 gram jagung manis - Amie gunakan 1 tin jagung manis
2 biji cili merah - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
4cm halia - hiris
1 kiub pati ayam - Amie sudah gantikan dengan pati ayam Tumix di atas
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
sedikit serbuk lada sulah
garam - jika perlu
bawang goreng
minyak - Amie gunakan marjerin
Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, buah pelaga dan kulit kayu manis.
2. Masukkan bebola ayam, jagung manis, cli merah, serbuk lada sulah dan garam. Gaul rata.
3. Masukkan serbuk pati ayam Tumix dan air / stok ayam secukupnya.
4. Apabila mendidih, masukkan beras dan masak hingga kering.
5. Ketika menghidang, gaulkan dengan bawang goreng.
Alhamdulillah, anak-anak tidak cerewet dihidangkan menu yang ringkas ini! Sebenarnya sudah agak lama Amie berkira-kira untuk memasak Risotto Bebola Ayam tetapi tidak dapat menyediakannya kerana memikirkan waktu yang sesuai supaya enak dimakan. Agaknya waktu beginilah menu Risotto Bebola Ayam dapat membantu menyelesaikan masalah kesempitan waktu!
assalam amie..acik tak pernah tau pun resepi ni..nampak sedap..izinkan acik ambik resepi ye.
BalasPadamassalam kak amie...sibuk betul ya sekarang ni. hari sabtu pun menyuarat lagi.takpe2...demi anak bangsa...
BalasPadamapabila tengok nama menu ni rasa2nya memang tak pernah dengar. kalau merasa tu jauh sekali la kot. mewah dengan bebola ayam. kalau nani jadi anak kak amie, nani pun tak cerewet sebab mak dia rajin masak sedap2.
As'kum Kak Amie cayang waduhh sedap risotto ni tau.. sha baru nak turun masak untuk dinner.. sedap tu kak Amie.. kalaulah kita berjirankan.. bertukar pinggan kita yaa.. cayang kak Amie.. muahhzz
BalasPadamSedapnya kak amie, buat lapar betul bah, hehe
BalasPadamassalam k.Amie
BalasPadamalhamdulillah di sukai anak2 k.Amie, airtangan ibu lagi sedap dari yg dibeli, untung dpt ibu camni tau
nampak sedap dgn ramuan2nya tu
Sedapnya kak, anak2 saya suke sgt bebola ayam ni
BalasPadamok jugak msk cam nie...jimat masa..
BalasPadamSalam K.Amie..nnt nk cuba lah resepi nii..nmpk sedap..suka jgk bebola ayam ^^
BalasPadam