Assalamualaikum buat rakan-rakan pengunjung yang Amie hargai. Nampaknya hari ini Amie bertukar jadi burung terbang meninggallkan sarang dari pagi sebelum matahari terbit hingga lewat senja, pulang ke sarang bersama matahari terbenam! Bila dah sampai ke rumah, hilanglah segala penat lelah seharian di tempat kerja. Amie terlewat masak untuk hidangan malam tetapi sempat menyediakan lauk yang ringkas. Menu itu akan Amie kongsi kemudian. Amie kongsikan dahulu menu tertunggak yang tidak sabar-sabar menunggu dalam barisan untuk diperkenalkan kepada rakan-rakan. Taraaaaaa...... ini dia Kek Kelasi Mabuk! Kek istimewa yang dikongsi bersama dari dapur Mamawandiha. Terima kasih Madiha kerana telah memanjangkan perkongsian kek kukus yang enak ini untuk tatapan bersama. Juga terima kasih buat penyumbang asal resepi ini iaitu Puan Lynda Haji Taiban, yang dipanjangkan pula oleh Hasuriah Tahir @ Hasue.
Inilah rupa paras Kek Kelasi Mabuk yang dihasilkan dari Amie's Little Kitchen. Jemput makan sebagai hidangan petang sambil kita nikmati secawan teh panas! Ketika gambar ini diambil, memang hari menjelang petang... lihatlah bayang-bayang di celah Kek Kelasi Mabuk tu!
Pada mulanya Encik Suami yang merasmikan kek ini, katanya sedap! Pagi tadi Amie bawa sedikit ke sekolah, dan memang semua kata sedap! Anak-anak pun suka! Pendek kata kalau semua yang mencicipinya mengatakan sedap, Amie pun tak perlu mengulas panjang lebar lagi! Rasa berbaloi mengukus Kek Kelasi Mabuk ini di dapur walaupun tidak siapa yang menemani Amie.
Amie minta izin ye Madiha, untuk salin semula resepi dan panjangkan buat tatapan rakan-rakan lain yang ingin mencubanya!
KEK KELASI MABUK
Sumber Resepi: Pn. Lynda Hj Taiban
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Sumber : Madiha aka Ratna
Bahan-bahan:
450g mentega berkualiti tinggi
200 gm horlick
14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan)
1 gelas gula (150g)
1-1/2 gelas tepung gandum (150g)
2 sudu teh esen vanilla
1 botol pandan paste (MaDiHaA guna 100 ml air daun pandan dari 10 helai daun pandan + pewarna hijau gelap + hijau epal untuk dapatkan warna yang lebih gelap)
Cara
Adunan Hijau:
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masuk butter, pukul hingga putih.
Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste.
Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau.
Bahagikan kepada dua bahagian.
Adunan Putih:
8 biji putih telur
10 sudu besar gula halus
4 sudu teh tepung gandum
6 biji limau kasturi
Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadimeringue/kental(mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah).
Masukkan tepung.
Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata.
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Sumber : Madiha aka Ratna
Bahan-bahan:
450g mentega berkualiti tinggi
200 gm horlick
14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan)
1 gelas gula (150g)
1-1/2 gelas tepung gandum (150g)
2 sudu teh esen vanilla
1 botol pandan paste (MaDiHaA guna 100 ml air daun pandan dari 10 helai daun pandan + pewarna hijau gelap + hijau epal untuk dapatkan warna yang lebih gelap)
Cara
Adunan Hijau:
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masuk butter, pukul hingga putih.
Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste.
Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau.
Bahagikan kepada dua bahagian.
Adunan Putih:
8 biji putih telur
10 sudu besar gula halus
4 sudu teh tepung gandum
6 biji limau kasturi
Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadimeringue/kental(mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah).
Masukkan tepung.
Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata.
Cara Mengukusnya:
1. Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam.
2. Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama ½ jam.
3. Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit.
4. Guna acuan 9x9inci.
Note:
1. Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam.
2. Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama ½ jam.
3. Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit.
4. Guna acuan 9x9inci.
Note:
Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan tidak cantik.
Amie pun ikutlah segala arahan yang diberikan dan inilah hasilnya, di atas, di bawah dan di bawah. Ada tak rupa orang mabuk? He he hehhh....
Dapat sepotong pun rasa cukup, tapi lepas itu... nak sepotong lagi!
Amie, sedapnya, ummi ni kalau kek yang jenis kukus2 memang ummi suka sangat, tengok yg ni pun terliur sangat ni. InsyaAllah nak cuba gak nanti.
BalasPadamSalam Kak Amie...
BalasPadamawal sampai maknanya boleh dapat kek kelasi mabuk kan..satu potong pun ok bah..dilayan sampai licin..
assalam amie..ehem sedapnya..yg tak tahan nama dia !!!..hikk2x..
BalasPadamUmmiross,
BalasPadamalhamdulillah... sedaplah pulak kek kelasi mabuk ni sampai kawan sekolah Amie kata memang naik mabuk nak makan saja!
Rahel,
dilayan bah...tak cukup sepotong boleh ambil sepotong lagi.
Mama Aini,
waalaikumussalam.... sedap memang sedap!
salam Mie,,
BalasPadamakak dtg sebelum melabuhkan tirai malam ni harap2 tak mabuk lah bila makan kek Amie ni kang kacau Pak habibi gue kalau "mini" nya mabuk hehee
Salam Amie..cantik kalernyaaa!
BalasPadamAssalamualaikum Amie,
BalasPadamBila makan kek ni ada rasa mabuk tak Amie??? hehehe. Kepala ni dok memikir kenapala kek ni dinamakan kek kelasi mabuk, lawak betoi, heheheh. Walaubagaimanapun kek yg Amie buat tu nampak so sedap n cantik.
As'kum Kak Amie cayang.. waduhh mata ni tergolek2 dok menengok kek kelasi mabuk yang basah dan enak tu.. mana tahan tengok aje.. dah nak mabuk dah ni.. teringin benor nak merasa.. memang sedap!!! wahh gambar cantik! i like... :))
BalasPadamkak amie pun dah stat buat ni. nani ni resepi pun belom salin lagi.
BalasPadamada juga kek kelasi mabuk ya? pastinya sedap menjilat jari ni
BalasPadamSalam sis Amie, nampak gojes dan sedap kek kelasi mabuk tu...menarik minat nak memakannya...mesti ada rahsia sebalik nama kek tu kan...unik.
BalasPadamKenapa kah begitu namanya cikgu????....hehehe
BalasPadamas-salam kak Amie
BalasPadammenarik kek kelasi mabuk ni.. mesti sedap ni kan kak Amie..
Rupa kek tu tak semabuk namanya haha.. Adei.. alangkah bagusnya kalau nama tu ditukar ye..
BalasPadamApa-apa pun nampak sedaplah mie.
sedapnya kak, walaupun nama tak brp komersil, tp rupa dia menarik hehe
BalasPadamyummmiehh!!...sedappnyerrr...suka sgt manis2 ni..hehehe
BalasPadamnama die klasik!..x sangka nama die comel camtu..hehe..;)
Salam Kak Amie,
BalasPadamTengah pening ni sebab mabuk laut...kalau dapat sepotong kek kelasi mabuk tu mungkin boleh hilangkan pening ni...pening tengok kek akak yang cantik gebusssss tu.
heheh namanya pelik..napa kelasi mabuk ye??
BalasPadamsalam syg kak amie,
BalasPadamwahhh mesti dah habis la tue..he hehe sedap x kak???..mesti sedap tue dah ramai mencubanya..nnt zila punya turn plak:)
Kak Noor,
BalasPadamkita yang makan tak mabuk, tapi kelasi yang mabuki laut!
Atie,
tq Atie.
Wattie,
waalaikumussalam... Amie pun tak tahu apa asal-usul namanya begini, adakah sebab sedap sanagat makan sampai mabuk...hikhikhikk
Shahriah,
BalasPadamwaalaikumussalam... ambik aje sha, dah melintang pukang tu keknya he he hh keknya yang mabuk ke, kelasi yang mabuk laut ye..
Nani,
kalau bab mengukus tu kak Amie bolehlah Nani, tapi kalau bab bakar-membakar tu memang kena teman berteman, atau tak buat langsung!
WhiteCappuccino,
sedap..memang sedap WC, sebab potong kecik2, jadi memang kena jilat jarinya sekali he he hehh
Ummiakid,
BalasPadamagaknya memang ada cerita, ada kisahnya yang tersendiri sampai dapat nama yang unik ni!
Puan Ros,
he he heh nantilah kita cuba kaji asal-usul nama kek yang penuh lagenda ini hikhikk
Ady,
waalaikumussalam,
memang menarik... namanya unik, rasanya pun memang sedap!
Ibundo,
BalasPadamitulah yang uniknya... jadi tandatanya kenapa namanya begitu, macam2 andaian boleh dibuat ye Bundo.
Aju Mohit,
orang kata apalah ada pada nama he he hehh tapi memang perlu ada nama kalau tak tak tahu nak panggil kek apa ye Aju.
Nens,
comelkan nama dia Nens, tak berapa manis Nens... manis2 manja & lemak2 gitu, tambah pula ada perahan jus limau kasturi di bahagian garisan putih tu, memang sedap!
Yatie,
BalasPadamhe he heh boleh hiang mabuk ye kalau makan sepotong kek hikhikhikk
Pen Biru,
belum tahu lagi apa sebabnya... & setakat ini tak tahu apa sebabnya nama begitu.
Zila,
ada lagi Zila... banyak tu, satu adunan dapat satu loyang penuh!
Kak Amie, mau coba dong.. baru kali ini denger naman kek ini, kirain abis makan langsung mabuk.. hehe
BalasPadammemang tak terkata sedapnya kek kelasi mabuk ini kan amie........ tak rugi mencubanya.. rasa menyesal pula sebab buat tempohari hanya setengah adunan sebab tak cukup bilangan telur dlm simpanan... hehehehe... anak2 pun dah minta buatkan lagi.... t.kasih mencuba.. t.kasih pd empunya resepi & hasue yg berkongsi..
BalasPadamwah jarang akak share recipe kek ni...oishii sou nmpk pun dah tahu sedap...cantek & gebu sgt kek akak ni....ai ni dah lama x baking la ngeee
BalasPadamSalam Kak Amie..lewat sudah yana smpai sini ^^..dah lama yana simpan resepi kek nii tp terbuat lg..hmm.. agaknya lepas bersalin br bleh bt.. skg kna pose kek dulu hihiii
BalasPadamMelly cayanggg...
BalasPadamcuba dong...pasti tidak mengecewakan!
Madiha,
alhamdulillah menjadi... Amie bawa lagi ke sekolah makan dengan kawan-kawan! Memang akan buat lagi ni.... sebagai satu menu istimewa!
Lady Ayu,
memang kakak jarang share resepi kek... kurang mahir dong! Selalunya jelek2 kejadiannya he he heh
Yana,
alahai Yana cayangggg... meh kakak hantar sepiring buat Yana he he ehh
ayu nei mbak ayu kek mu..arek dijejel, tp kok orak sidho waei..ki mau wes ngentok kei butter arek gawe kek lapis...mencolot meneh butter rei neng njero peti ais...karepan gawe kek mmg selalu enek, tp males
BalasPadamRohah,
BalasPadamaku angger arek nggawe kek terus nggawe, pasalley angger ditangguh2 memang orak sido dadi kok...
wah nampak mcm sedap je hihihi :)
BalasPadamAfsah,
BalasPadammemang sedap!
salam amie..perghhh!! cun sehh kek nih..nmpak sodaap tp harap2 x mabuk kapal pas makan kek nih..hahaha!!
BalasPadamInahar Ali,
BalasPadamdijamin tak mabuk... tapi tak dijamin kalau mabuk nak lagi hikhik