Pages

Khamis, 21 Jun 2012

Ikan Sembilang Beraroma

Salam sayang buat semua. Amie ingin kongsi satu resepi hasil reka cipta sendiri apabila berulangkali teringat masakan ikan sembilang lebih 20 tahun yang lalu di Taman Berjaya, Gombak, Selangor. Waktu itu, Amie berkunjung ke rumah seorang teman, dan kebetulan neneknya datang dari Johor. Kami makan hidangan tengahari hasil air tangan nenek teman tadi. Salah satu menu yang dihidangkan ialah ikan sembilang goreng, kemudian dituang sambal lada kering bersama daun kesum. Entah macamana cara masakannya Amie pun tak tahu. Amie ambil idea itu dan olah masakan sendiri menggunakan ikan sembilang tetapi Amie tambah bunga kantan dan juga daun kemangi. 


Walaupun rupanya tidak indah, tetapi rasanya memang sedap! Memang Amie masuk bakul angkat sendiri, tapi kena pilih bakul berlubanglah ha ha hahh... Amie belah ikan sembilang dan buang tulangnya serta digoreng terlebih dahulu. Daun kemangi dan juga cili putih dan cili padi merah itu Amie goreng. Cili putih yang Amie gunakan sdikit pun tidak mempunyai rasa pedas!


Resepi : Ikan Sembilang  Beraroma
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 ekor ikan sembilang - bersihkan, belah dan buang tulang - lumur dengan sekit garam dan goreng hingga garing / masak
20 biji cili putih
7 biji cili padi merah
5 tangkai daun kemangi
3 helai daun limau purut
minyak
garam & gula
1/2 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air

Bahan kisar:
10 biji cili kering
3 biji bawang putih
1 labu bawang besar
1.5cm belacan
2 kuntum  bunga kantan
3 tangkai daun kesum

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng daun kemangi, daun limau purut serta cili putih dan cili padi merah sehingga layu. Angkat dan toskan.
 2. dengan menggunakan minyak yang sama, tumis semua bahan kisar dan jika terlalu kering, tambah seidikit air. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan bancuhan air pati asam jawa, garam dan gula.
4. Angkat dan tuangkan di atas ikan sembilang goreng tadi.
5. Hiaskan dengan gorengan daun limau purut, daun kemangi, cili putih dan cili padi merah.




Oleh kerana resepi ini diterima oleh seisi keluarga, jadi lain kali Amie akan masak lagi!

17 ulasan:

  1. ni kalau suami sya nmpk ikan sembilang ada sambal macam ni mesti dia teringin..hehe

    BalasPadam
  2. hubby Liza mmg xsuka langsung ikan sembilang, tak tau la nape...bila tgk lauk ni rasa cm teringin la pulak Liza nk rasa.....hihihiii

    BalasPadam
  3. tengok cili tu..!!!!memang kebaboom..ready gan tisu ni..

    BalasPadam
  4. Waa wanginya sampai ke Bangi...mintak cikit Amie cayang,hik!!

    BalasPadam
  5. rindu pulak kt cili putih tue..lama tul x makan..kiranya mudah la nk mkn ikan nie..sbb dh dbuang tulang..sedappnya kak:)

    BalasPadam
  6. tgk resepinya pun dah tergoda.. mesti baunya haruim semerbak satu rumah.. aduhai.. mmg telan liur dah ni..

    BalasPadam
  7. salam amie.bila baca tulisan Amie ni hampir meleleh air liur kita hehe.Dapat bayangkan rasa sambal yang ada rasa dan bau daun kesom..wah memang kena:)

    BalasPadam
  8. Ikan sembilang kalau di Johor nie Amie memang sinonim sangat. Biasa org masak asam pedas. Goreng dan curah sambal macam Amie buat pun ada juga. Sedapkan...:)

    BalasPadam
  9. Salam kak amie, wah rajin btl kak amie ni masak2 didapur ya, mesti gas cepat abis,hehhe....ikan sembilang ni ikan keli kalau tak silap kan????hmmm saya mmg tak pandai mkn tapi kalau dimasak mcm ni, jgn kasi tau sya ikan apa, mmg dibedal jgk,hahha....

    BalasPadam
  10. As'kum Kak Amie cayanggg waduh sedap sangat ni.. luar biasa ni tak pernah makan kalau yang macam kak Amie buat ni taw... kecurr aje tengok sambal dengan cili padi lentok atas pinggan tu.. hushsss sedapnya

    BalasPadam
  11. kak Amie kalau masak lauk pauk memang sentiasa buat saya terliur...

    BalasPadam
  12. Kamalia,
    lemak2 rasa ikan sembilang ye Kamalia.

    Liza,
    my hubby suka...

    Wanie,
    cili tu tak pedas, yang putih dan merah tu tak ada rasa pedas...

    BalasPadam
  13. Ummi,
    jemput Ummi... alahai jauhnya Ummi sayang!

    Zila,
    sedap cili putih tu, selalu goreng dengan ikan bilis atau ikan masin.

    hanis,
    memang harum dengan bermacam aroma he he heh

    BalasPadam
  14. Cik Manggis,
    he he heh lain kali Amie nak masak lawa-lawa sikit, ini masakan kelam kabut aje CM.. tapi memang sedap!

    Kak Zakie,
    tu yang Amie tak dapat lupa sampai rekacipta sendiri resepinya kak.

    Evelyn,
    ikan sembilang bukan ikan keli Evelyn,
    he he heh gas tak cepat habis sebab kak Amie masak sekali sehari saja kecuali hari cuti.

    BalasPadam
  15. Shahriah,
    lain kali nak buat lagi, buat elok-elok sikit he he hehh

    FnF,
    terima kasih, itu aje yang Kak Amie tahu, masak lain seperti kuih muih & roti tak berapa mahir...

    BalasPadam
  16. ehem..mama pandang je ikan ni..:( kerana tak mkn ikan dr kecil)..hu2x..

    BalasPadam
  17. apabila tengok segala jenis daun2 tu dah boleh bau aromanya.

    BalasPadam