Pages

Khamis, 21 Jun 2012

Nasi Lemak Lain Macam Punya Pesen Kengkawan Pengiringnya - Shahriah Masterchef

Sementara menunggu waktu untuk mengambil si bongsu dari sekolah pada pukul 2.30 petang, Amie sempat berkunjung ke beberapa buah rumah rakan-rakan blogger. Kali ini Amie duduk bertandang agak lama ke rumah Masterchef Shahriah Novelis, menikmati hidangan Nasi Lemak Lain Macam Punya Pesen Kengkawan Pengiringnya! Rasa tak kenyang menjamu selera di rumahnya, Amie cadang akan masak sendiri pada petang ini juga! Biasalah, sampai rumah lewat pukul 3 petang, dan lipas kudung jadi-jadian ini pun terus meluru ke dapur untuk menyediakan hidangan malam yang dijangka siap sebelum pukul 5 petang! Alhamdulillah, Nasi Lemak Lain Macam Punya Pesen Kengkawan Pengiringnya siap sebaik sahaja anak bujang sulung pulang dari mengikuti seminar di Sekolah Menengah Sains, Lahad Datu. Terima kasih banyak ye Sha kerana sudi berkongsi pelbagai macam resepi yang enak-enak dan mudah disediakan. Oh...ya! Bagi yang berpuasa sunat pada hari ini, diucapkan selamat berbuka puasa dan rasanya hidangan ini juga boleh dijadikan juadah berbuka!


Inilah hasil air tangan Amie pada hari ini setelah berperang di dapur dengan periuk kuali. Sekali pandang bila ternampak tempe dengan kacang panjang di dalam hidangan bersama lauk-pauknya yang lain seolah-olahnya macam nasi ambeng, katanya Shahriah. Kiranya ini nasi lemak ambenglah ya Sha!


Ini Nasi Lemak Ala Kampung. Mari kita lihat sama-sama resepi Nasi Lemak Ala Kampung dari dapur Shahriah Masterchef! Minta izin ye Sha, Kak Amie tambah sukatan yang kakak gunakan.

Nasi Lemak Ala Kampung 

Bahan-bahan:

3 cawan beras - Amie gunakan beras biasa
1 labu bawang besar - mayang
3 cm halia - hiris
1 batang serai - diketuk
400 ml santan  
1 helai daun pandan - di siat
sedikit garam

Cara:

Tanakkan sampai masak. Bila dah tanak,  lipatkan dalam daun pisang dan ketepikan dahulu sementara menanti kengkawanna yang lain tu bersiap!

P/S: Amie masak nasi lemak cara kukus. Seperti biasa, Amie didihkan dahulu air dalam periuk pengukus. Sementara air mendidih, Amie masukkan santan kelapa bersama serai, halia dan bawang besar, garam serta pandan ke dalam kuali. Kemudian Amie masukkan beras dan kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan santan mengering. Selepas itu Amie pindahkan nasi lemak yang baru kembang tadi ke dalam periuk pengukus. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi lemak masak.
Amie tak sempat bungkus nasi lemak dalam daun pisang!




Sambal Tumis Bawang memang sungguh enak! Ini lagi satu resepi yang amat mudah disediakan sebagai teman pengiring Nasi Lemak Ala Kampung.

Sambal Tumis Bawang

Bahan Kisar:

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
25 tangkai cili kering
2 cm belacan
1 biji kiub ikan bilis knoor - Amie bubuh satu sudu serbuk pati ayam Tumix

Bahan lain :

minyak
3 biji bawang besar - hiris
1 sudu besar air asam jawa
gula dan garam

Cara :

1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau, garing dan sentiasa dikacau, dan masa menumis lama sikit.
2. Masukkan air asam jawa, sesuaikan rasa, masukkan bawang hiris.
3. Kacau rata sehingga kuah pekat.
4. Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak!

Sha... keenakan Sambal Tumis Bawang memang dapat pujian dari si dia! Ada lagi, cerita tentang Nasi Lemak Lain Macam Punya Pesen Kengkawan Pengiringnya belum habis lagi!



Haaa... ini dia Kacang Panjang Goreng Dengan Tempe! Amie potong serong kacang panjangnya sebab gemuk sangat, maklumlah kacang panjang jenis keriting! Macamana cara penyediaan Kacang Panjang Goreng Dengan Tempe ini? Jom, kita selongkar lagi dapur Shahriah!

Resepi : Kacang Panjang Goreng Dengan Tempe

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar  - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
2 keping tempeh  -potong kecil
5 batang kacang panjang - potong
2 sudu besar  -sambal tumis bawang 
minyak
sedikit garam dan gula

Cara :

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan tempe sehingga tempe agak garing.
2. Masukkan sambal tumis bawang dan kacau rata.
3. Masukkan kacang panjang, sesuaikan rasa
4. Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak!

Memang ada kelainannya hidangan nasi lemak bila bertemankan Kacang Panjang Goreng Dengan Tempe! Tapi jangan lupa yang di bawah ini.



Sudah semestinya ada ikan bilis dan kacang tanah goreng! Dan, di bawah inilah rupa kawan-kawan nasi lemak yang menjadi pengiringnya kali ini. 


Jadinya, petang tadi merangkap makan malam, kami sekeluarga menikmati hidangan Nasi Lemak Lain Macam Punya Pesen Kengkawan Pengiringnya!


Kejap lagi nak bawa sepinggan ke rumah Masterchef Shahriah, biar dia cuba rasa sendiri... hasil air tangannya yang sudah menjadi ikutan Amie! Jom... ada sesiapa nak ikut, kita ketuk pintu rumahnya yuk! Kita minta puding duriannya yang kelihatannya sangat lazat itu!



Kepada sesiapa yang inginkan kelainan dalam hidangan nasi lemak, Amie cadangkan resepi
Nasi Lemak Lain Macam Punya Pesen Kengkawan Pengiringnya - Shahriah Masterchef. Amie jatuh hati untuk kali pertama melihat hidangan ini di dapur Shahriah dan terus mencubanya! Jadi, Amie persilakan kawan-kawan yang lain mencuba sama! 

24 ulasan:

  1. wededededeee...petang2 begini ko gadain gue dg nasi lemak lain mcm punya pesen...tapi memang menggamit selera la sambalnya tu..tempe tu pun gue suka juga..sempat lagi bah ni klu dipos sikit ke tawau..ahaksss..

    BalasPadam
  2. Salam k,amie.
    hahaha...tergoda ngan k.sha pnya penangan yek ! itu la...nak pgi kerumahnya...jauh ye x...sib baik la akak pndai masak...kan jadi...hehe...

    sy malas nie......meh sepinggan ? hehe.....

    BalasPadam
  3. assalam amie..hu2x..sambil telan air liur..sedapnya kalau dapat makan camtu malam ni..

    BalasPadam
  4. Salam Amie. tadi tengok nasi lemak di blog Shahriah Mchef..dah terliur dibuatnya.tup2 dtg rumah Amie ada terhidang juga nasi lemak dg pengiringnya sekali..nampak sedap..tumpang jamu mata ya...
    Amie;tkasih byk2 doa dan wish bday utk Syakirah..

    BalasPadam
  5. As'kum Kak Amie cayangggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg Fuyohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh senapas ni masa menaippp... Tq so much kak Amie cayang kerana sudi mencuba resipi sha yang asal ada aje tu hehehehhh.. waduhh Kak Amie cayangg.. itu nasi lemak memang lain pesen perghhhhhhhhhhhhhh dengan pengiringnya tu waduhhhh sebijik!!!! cayalah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! TABIK SPRINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG kat Kak Amie cayangg muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz <<< lama ni terlelap! hehhehee... tq so much Kak Amie.. memang sebijik! malah nasi lemak dan pengiringnya yang kak Amie buat tu lebih mengancam lagikkkkk... terima kasih kerana hantarkan sepinggan di dapur sha tu yaa... sangat sha alu-alukan.. tq so much Kak Amie cayang... muahzzzz... mujur sha bukak blogs malam ni macam di panggil2 aje ni padahal sibuk dengan urusan ni hah!! sayang kak Amie muahhz... dan sha harap lepas ni dapur kak Amie lebih meriah dengan pelbagai resipi istimewa dari dapur Kak Amie... memang sentiasa mengecurkanlah tiap masakan Kak Amie tu.. sha nak balik dulu.. nak makan nasi lemak kak Amie.. bayekkkkkkkkkkk punyer!!! muahzzz

    BalasPadam
  6. kalau masuk rumah sha...memang jadi lapar...kat rumah amie pun sama...uwaaa

    BalasPadam
  7. Amie...sampai kecur airliur ummi ni tengok nasi lemak, sempat juga jenguk sebelum tido..ambik bau je lah, hik!

    BalasPadam
  8. Assalam kak Amie, nasi lemak yang menyelerakan..meriah aksesorinya tu kak..buatkan saya lapar balik tgk ni..hehe

    BalasPadam
  9. uwaaa..lg skali ku terguda.. xtahan bila tgk ada sambal tempe pujaan hati kuuuu ^_^

    BalasPadam
  10. macem2 aksesori utk nasi lemaknya...bila nk jemput saya makan ni kak?...

    BalasPadam
  11. ramainyer pengiring die..sbb tu nama nye camtu..hehe..

    sedapp..nmpknyer..b4 makan kene kutip makan sesayur dulu..nnt pening mane satu nk makan..ekeke..

    BalasPadam
  12. Rahel,
    gue pos ikut bas Tung Ma Rahel!

    Asyifa,
    setakat sepinggang dengan lauk-pauknya memang boleh saja Asyifa...

    Mama Aini,
    waalaikumussalam...
    alhamdilillah, jom makan sama.

    BalasPadam
  13. Mamasya,
    sama-sama kasih,
    tu yang best, sana sini kita boleh jamu mata he he he hh

    Shahriah,
    walaikumussalammmmmmmmm.....
    wah! huruf-huruf yang ditaip pun panjang meleret macam kengkawan pengiring nasi lemak lain pesen tu he he hehhh... memang sedap Sha, ada kelainannya terutama bila dimakan bersama sayur tempe & kacang panjang tu!

    Kasih,
    he he hehh kalau masuk rumah rasa lapar, dah keluar rasa kenyng tak hik hikhikkk

    BalasPadam
  14. Ummiross...
    ambik bau pun boleh kenyang tau he he heh

    Nieza,
    waalaikumussalam...
    memang aksesorinya... sedap! Jom makan Nieza...

    Yana,
    sedaplah sambal tempe tu Yana... tak rugi kak Amie mencuba!

    BalasPadam
  15. Rohah,
    menjemput dah ni... ayuk wes endang makan, nanti habis... he he heh

    Atie,
    terima kasih Atie sayangggg....

    Nens,
    kalau dah makan sayur tu memang pilihan yang gtepat sebab sedap!

    BalasPadam
  16. As'salam Amie

    bila nak menyebut resipi ni panjang bebenor rasanya hehehe. Tapi dah tengok hidangaan Amie ni memang macam nasi ambengkan Amie. meriah sungguh lapor pulak terasa, cakap pasal nasi ambeng ni mengences lak nak makan hehehe

    minggu depan kalau ct jadi balik kg nak makan nasi ambeng puas2 hehehe

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum Amie,

    wah nie kalau dpt mau bertambah nasik tau Amie....terliur kita tengok...sedap gitu...hehehe

    BalasPadam
  18. Ct Delima,
    waalaikumussalam, ooh sudah masuk bulan Sya'aban, biasanya ada kenduri 'punggahan' dalam masyarakat jawa, ada nasi ambengggg....sedapnya!

    Nuridah,
    waalaikumussalam, alhamdulillah Nur... sedap!

    BalasPadam
  19. alahaii....terliur dok tgk masakan kak amie neh...meriah....nak mintak izin kat akak neh...resipi akak mira pinjam nak wat try2 masak kat uma ea...blog akak now da jadi salah satu blog reference mira carik menu...heheh...thanks jengah blog mira..

    BalasPadam
  20. salam kak amie cyg..dr pagi dah kesini..sempat baca..tp bila nk post komen sungguh slow melow net nie loding..waaaa..dh ptg2 nie laju jew..sbb smua dh balik umah.tggal kita jew kt opis..masakan sha mmg sedap2 kak amie..kitaorg dulu kt sek mmg kawan rapat..dia mmg pandai masak..tp duk asrama x leh la masak sendiri kan...akk punya sambal pun mabless tue..:)

    BalasPadam
  21. Mama Syahmi,
    terima kasih...sudi-sudikanlah cuba resepi mana yang ada.

    Zila,
    oo kawan baik Sha ye, memang idea kreatifnya dalam dunia masakan sangat kak Amie kagumi!

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum Amie,
    alahai datang lambat mesti dah abeskan....waduh2 menyelerakan sungguh tngk set nasi lemak ni..mmng lain dari yg lain..rajinnya Amie wat lauk mcm2 ni..

    BalasPadam
  23. Yatie,
    masih belum terlambat... lambat bukan erti habis he he heh

    BalasPadam