Pages

Jumaat, 1 Jun 2012

Apam Pisang Tanpa Telur

Salam pagi Jumat, penghulu segala hari yang penuh keberkahan. Alhamdulillah.... awal pagi lagi Amie sudah siapkan sarapan untuk keluarga. Kali ini Amie cuba olah resepi Apam Pisang Tanpa Telur dari Kak Fida@myresepi.com. Terima kasih Kak Fida di atas perkongsian resepi yang sungguh mudah ini. Oleh kerana ada beberapa sikat pisang yang hampir lebam di dalam peti sejuk, jadi untuk mengelakkan pembaziran Amie pun gunakanlah beberapa biji untuk diadun menjadi Apam Pisang Tanpa Telur. Pisang yang Amie gunakan ini ialah pisang hijau, manis dan wangi tetapi tidak berurat! Itu sebabnya tidak kelihatan urat-urat yang muncul pada apam tersebut!


Resepi Asal : Apam Pisang Tanpa Telur dan Tanpa Minyak

Bahan-bahan:
1 cawan pisang lecek
1 cawan gula pertang / gula halus - Kak Fida gunakan 150g campuran gula
2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 sk bicarbonate soda
4 sudu besar susu segar

 Cara:
1. Susu dikacau rata.
2. Masukkan campuran tepung dan kacau hingga sebati.
3. Tuang adunan dalam acuan kecil atau loyang yang digris dan dipanaskan dahulu dan kukus hingga masak.
4. Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dikukus jika suka.



Sarapan pagi sambil menikmati panahan sinaran matahari dari Laut Sulu yang menerobos melalui jendela dapur! Nyamannya......


Alhamdulillah, sambil mengalas perut dapat pula bekalan Vitamin D di awal pagi Jumaat yang berkah dan penuh kemuliaan. Lepas bersarapan, marilah kita mulakan apa sahaja pekerjaan  hari ini dengan niat ikhlas kerana Allah Taala.

21 ulasan:

  1. nak cuba! senang nampak ni kak. ;)

    BalasPadam
  2. Salam kak Amie : gebunya nmpk apam tu...sedap tentunya kan...

    BalasPadam
  3. Asmara,
    Memang senang As... kakak buat lebih, suami bawa pi tempat kertja, bagi kawan2nya makan.

    Ayifa,
    sedap dik... jom makan.

    BalasPadam
  4. lain kali kalau beli pisang nk gak try buat apam nielah,senangnya nk buat cuma kena ada kerajinan sikit...

    BalasPadam
  5. Myda,
    betul tu... selalunya kalau ada pisang lebam terbiar gitu, memang kena rajin sikitlah sikittt je

    BalasPadam
  6. Selamat pagi Kak Amie cayang..
    Wah..siap mengapam lagi pagi2 ni..sedap tu kak..pos ke Tawau separuh bah..

    BalasPadam
  7. sedap ni apam pisang. Bahan pun mudah tanpa telur lagi dan nampak senang sangat....
    Gebu jer...makan dengan kelapa pun sedap kan..?

    BalasPadam
  8. salam kak amie
    pukul berapa bagun nie ..h eheh akk mmg rajin..siap buat dlm acuan kecik2 lg..klu mak kita buh loyang besor jew abis cerita..tp klu dh cetak kecik2 nie mudah nak makan:)cantik jew colornya tue.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum akak...
    Comelnya apam pisang tu akak... Diana mmg suka makan apam pisang tapi jarang buat sndiri... Sedaaap sgt...

    BalasPadam
  10. Salam kak amie,
    Nak tumpang sarapan boleh?

    BalasPadam
  11. salam kak amie.. tun pernah try resepi apam ni.. sedap kalau mkn ngan kelapa kering byk2 ^^

    BalasPadam
  12. eh, kelapa kering pulak.. kelapa parut. hihi

    BalasPadam
  13. asslm Kak Amie...agak jugak yer apam yg xperlu letak telur...mnarik ni...bleh la terai jugak ni...kejadiannya pon cantik dh tu...

    BalasPadam
  14. suatu hari yg rajin mesti nak try resepi ni Amie tanpa minyak dan tanpa telur,jgn tanpa yg lain lagi nnt tak rasa apam pulak heeee

    BalasPadam
  15. Rahel,
    he he hehh tengah rajin mengapam ni Rahel... nanti pos laju ke Tawau erkkk..

    Ummiakid,
    memang sedap makan dengan kelapa parut bubuh garam sikit sebab apam ni pun taklah manis sangat.

    Zila,
    seumur hidupku sebagai seorang ibu dan isteri, inilah kali pertama bangun awal pagi dan buat apam... ha ha hah sebab banyak pisang, sayang pisang, buat apam banyak2 & suami bawa ke tempat kerja bagi makan kawan2 dia he he heheh

    BalasPadam
  16. Diana,
    memanglah kalau ikutkan hati malas nak buat, tapi selalu sangat pisang jadi mangsa tak terusik, jadi rajin2kanlah diri konon mengapam ni Diana he he hehh

    Hazila,
    jemput sarapan sama Hazila...

    Khairin,
    cubalah, senang saja bahan pun tak cerewet nak cari

    BalasPadam
  17. Tun Telani,
    kak Amie terus terbayang sebungkus kelapa kering yang dah lama tak terusik he he ehh memang sedap makan cicah kelapa parut!

    Qasey Honey,
    simple sangat resepi ni... boleh cuba Qasey...

    Kak Noor,
    memang sesuailah buat alas perut pepagi apam gini Kak Noor... buat jangan tak buat!

    BalasPadam
  18. ni kena beli pisang yang manaih la kaka ekkk...wahhh ni apam yg sihat without sugar & oil

    BalasPadam
  19. teringin nak cuba buat.. tunggu balik rumah dulu r.. baru buat..hehe .. feveret ni

    BalasPadam
  20. as-salam kak AMIE
    SEDAPNYE APAM PISANG ...LAMA TAK MKN APAM PISANG

    BalasPadam