Pages

Khamis, 31 Mei 2012

Ikan Bolu Rebus Berserai, Peria Goreng Hati Ayam & Sambal Belacan

Huh! Awal pagi lagi Encik Suami bawa kami bujang tengah dengan si bongsu ke Dewan Masyarakat Lahad Datu. Rupanya ada aktiviti bersama YB di situ. Sempat jugalah kami menyaksikan penyampaian laptop 1Malaysia kepada orang ramai. Sebelum pulang, kami sempat menjejak kaki ke pasar ikan dan pasar sayur. Sampai ke rumah, menjelang pukul 12. 15 tengahari dan sudah masuk waktu Zuhur. Oleh kerana Encik Suami ada urusan kerja  selepas pukul 1 tengahari, kelam-kabutlah Amie masak supaya kami boleh makan tengahari bersama. Itu pun, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Amie telefon si bujang sulung supaya masak nasi! Wokeh... dalam tempoh tidak sampai satu jam, siaplah hidangan tengahari kami yang ringkas tapi melelehkan peluh di dahi dan hidung bila menikmatinya!


Amie rebus saja ikan bolu @ milkfish dengan serai dan daun limau purut. Untuk sayurnya pula Amie tumis peria dengan hati ayam dan tidak ketinggalan sebagai pelengkap hidangan, Amie tumbuk sambal belacan! Pertemuan Sambal Belacan dengan Ikan Bolu Rebus Berserai itu yang buat meleleh peluh dari dahi dan hidung tu! 


Resepi : Ikan Bolu Rebus Berserai
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bolu seberat 700 gram - bersihkan dan potong 6 bahagian
2 keping asam gelugur
2 batang serai - dititik
5 helai daun limau purut
2 biji tomato - belah 4
3 biji bawang putih - pecahkan
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 sudu teh serbuk kunyit
garam & perasa pilihan secukupnya
7 biji cili padi
500ml air

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk. 
2. Masukkan serai, bawang putih, bawang besar, serbuk kunyit, asam gelugur dan cili padi. Biarkan sehingga air mendidih.
3. Masukkan ikan bolu dan biarkan selama 7 minit atau sehingga masak.
4. Masukkan garam dan perasa pilihan serta  tomato.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Sayur peria ini Amie tidak ramas dengan garam untuk kurangkan rasa pahitnya sebab peria jenis begini tidaklah pahit sangat rasanya. Pahit-pahit peria sebenarnya elok sangat untuk kesihatan. 


Resepi : Peria Goreng Hati Ayam
Sumber : Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
1 biji peria seberat 300 gram - bersihkan dan hiris nipis (jika ingin kurangkan pahit, ramas dengan sedikit garam dan bilas bersih)
4 keping hati ayam - potong ikut cita rasa
1 biji telur
1 biji cili merah - hiris
2 biji bawang putih - hiris
3 biji bawang merah - hiris
1 sudu serbuk pati ayam Maggie
minyak


Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih serta cili merah hingga naik bau.
2. Masukkan hati ayam dan gaul rata. Gunakan api sederhana perlahan dan tutup kuali. Kacau hati sekali-sekala sehingga masak.
3. Masukkan peria dan gaul sebati bersama serbuk pati ayam Maggie sehingga peria bertukar warna.
4. Pecahkan telur dan biarkan seketika sebelum digaul rata.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Resepi : Sambal Belacan
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
10 biji cili padi
1 biji cili merah
1 labu bawang besar
3cm belacan
1 biji tomato - cincang
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam & gula secukup rasa

Cara:
1. Tumbuk cili padi, bersama cili merah, belacan dan bawang tetapi jangan terlalu lumat.
2. Lenyekkan tomato cincang di dalam lesung.
3. Masukkan garam, gula dan jus limau kasturi. Gaul hingga sebati.
4. Sedia untuk dihidangkan.

Amacam? Ringkas bukan? Tapi memang menyelerakan... jom makan sama!

15 ulasan:

  1. asslm Kak Amie...sedapnye semua menu tu...tp nk tnye la ikan bolu tu...ikan ape yer...hihi...nmpk myelerakan..

    BalasPadam
  2. Qasey Honey,
    ikan bolu tu ikan belanak sembawa kata orang Indonesia, atau ikan bangos kata orang Filipina dan orang putih panggil milkfish, tak tahulah ada tidak di semenanjung...

    BalasPadam
  3. Assalam Amie, sedapnya tengok lauk Amie..kita belum makan lagi hari ni..
    dari pagi duk mengupdate..begitulah sekali update..heheh..kita nak rasa lauk amie yang ikan rebus beserai ni..sedaplah nampaknya..

    BalasPadam
  4. salam kak amie..
    wahhh sedap betul masakan akk tue..aiishhhh bila la nak rasa nie.:)

    BalasPadam
  5. salam kak amie..
    sebelum ni akk ade bauat jugakkan resipi guna ikan bolu?tp saya tak ingat dah masak apa ikan tu..
    serius nmpk lauk akk hari ni terus jadi lapaq..

    BalasPadam
  6. salam kak amie.. oooo.. ikan bolu tu milk fish rupa2nya. kt sini byk jual yg frozen kt supermarket, x penah beli pulak.
    kuah rebus ni, kalau pekena ngan sambal belacan, mmg xleh berenti makan ^^

    BalasPadam
  7. assalam kak amie..wah2 bestnya menu lunch dia..mmg tangkap leleh ni..komplet set.siap ngan ulam bagai..kecur air liurku..yg kaler ijo atas sambal belacan tu apa? petai ke?

    BalasPadam
  8. Ayu,
    dah selalu masak berlemak2... hari ni masak rebus aje Ayu.

    Zila,
    nanti kalau ada rezeki, bolehlah rasa juga Zila ha ha hah entah bila.

    Kamalia,
    memang ikan bolu salah satu menu feveret kakak, banyak kali dah masuk blog.

    BalasPadam
  9. Tun Telani,
    memang sedap sesekali makan rebus2 dengan sambal belacan!

    Lina,
    betul tu atas sambal tu petai... petai Sabah!

    BalasPadam
  10. sedapppppppp Amie tapi yg best sambal bacan dan petai tu nak selesung boleh tak????

    BalasPadam
  11. memang menyelerakan betul la menu kak Amie ni...terliur saya tgk sambal belacan tu:)

    BalasPadam
  12. Salam K.Amie....menyelerakan sggh menu2nya kak..dapat pulak sambal belacan tue skali...bikin kecur asz pepagi nie..:))

    BalasPadam
  13. Kak Noor,
    boleh kak... memang sedap sambal belacan selesung tu, tak berpa pedas!

    Nieza,
    sambal belacan itulah pembuka selera ye Nieza.

    Asmah Yusuf,
    alhamdulillah.. simple tapi sedap ye..

    BalasPadam
  14. singgang ke kak amie rebus ikan tu..
    mcm singgang plak..cicoh budu best ni..hak hak hak..

    sy suka sgt peria..lagi pahit lagi sy suka..nyum..nyum..

    BalasPadam
  15. Akak.... Sedapnya tgk menu2 kat atas tu... Peria mmg diana suka makan... Dah lama tak masak peria... Teringin plak nak makan nie... Sedaaaapnyaaaaa...

    BalasPadam