Pages

Rabu, 2 Mei 2012

Ketam Masak Lemak Daun Kemangi

Bertemu kembali bersama hidangan malam ini dengan resepi Ketam Masak Lemak Daun Kemangi. Sebenarnya anak-anak yang teringin makan ketam, cuma Amie kurang berminat untuk membelinya disebabkan saiznya yang kecil dan harganya yang semakin hari semakin tinggi. Ketam saiz kecil pun sudah mencecah RM15.  Tapi, untuk memenuhi selera anak-anak, Amie tidak hampakan harapan mereka. 15 atau 20 tahun yang lalu memang mewah dengan makanan laut. Ketam saiz besar boleh dibeli dengan harga RM5-RM6 sekilogram. Waktu itu, seorang teman mencadangkan untuk rasa puas makan ketam, beli beberapa kilo dan rebus begitu sahaja. Kemudian ratah dengan pencicah pilihan. Tak payah  masak guna resepi itu atau resepi ini, dan memang betul kata kawan tadi. Kami pun (waktu bujang) selalu memborong ketam dan rebus kemudian ratah beramai-ramai! Dan dulu juga, dengan mudahnya kami mendapat bekalan isi ketam dari Semporna. Kami masak sup dengan jagung krim! Sekarang.... tak tahu di mana boleh dapat bekalan isi ketam! Apa pun kita layan Ketam Masak Lemak Daun Kemangi di bawah ini.


Bahagian mana yang anda suka? Kalau Amie, sudah tentulah cari telurnya! Sebab itulah kalau beli ketam Amie suka pilih ketam betina. Kalau makan telur ketam teringatlah pula telur belangkas! Makan telur ketam tidaklah sepuas makan telur belangkas sebab telur ketam sedikit sangat, itu pun menyelit jauh masuk dalam cengkerangnya! Oh! Resepi Ketam Masak Lemak Daun Kemangi akan Amie tuliskan di bawah. Mungkin ada yang tidak biasa dengan resepi begini tetapi caranya sama saja dengan masak lemak biasa. Cuma tambah daun kemangi saja untuk menimbulkan aroma.


Resepi : Ketam Masak Lemak Daun Kemangi
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg ketam - bersihkan dan potong ikut cita rasa
500ml santan
1 batang serai - dititik
1 biji tomato hijau - belah 4
1 biji tomato merah - belah 4
2 keping asam gelugur
3 tangkai daun kemangi
2 biji lada hijau - belah 2
3 biji bawang putih - tumbuk
4 biji bawang merah - tumbuk
10 biji cili padi - tumbuk
1 sudu serbuk kunyit
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih, bawang merah, cili padi dan serai. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan ketam dan balik-balikkan hingga bertukar warna.
3. Masukkan santan dan kacau selalu.
4. Masukkan asam gelugur dan serbuk kunyit, garam serta gula atau peras pilihan.
5. Kacau sehingga isi ketam masak.
6. Masukkan tomato merah, tomato hijau, daun kemangi dan lada hijau. Gaul seketika.
7. Tutup api.
8. Ketam Masak Lemak Daun Kemangi sedia untuk dihidangka.



Jom ratah ketam!

22 ulasan:

  1. Ketam ni memang favourite ummi ni Amie.,pilihan lauk pauk nombor satu.Betul kata Amie..dulu2 mak ummi pun just rebus ketam tu seperiuk, puas makan adik-beradik. Sekarang ketam memang mahal, rasanya kat Sarawak lagi murah berbanding di KL.

    BalasPadam
  2. sedapnya
    aroma daun kemangi tu
    sure membangkitkan selera

    BalasPadam
  3. salam kak,
    sedap tu , klu dpt kuil2 isi ketam yg ganal mmg puas makan..

    BalasPadam
  4. Ummiross,
    Kalau dapat ketam besar... ketuk kaki ketam dengan anak lesung ye Ummi, bagi dia pecah...kuarkan isinya..huh!

    Kasih,
    betul kasih... bubuh sikit je buat syarat!

    Rohah,
    ooow ganal yah... urang Banjarkah ikam nih?

    BalasPadam
  5. kalau di beluran masih lagi boleh dapat ketam dengan harga RM5 sekilo. tapi nani pun dah lama tak ke sana.suka sangat makan ketam. tapi kalau dapat makan ketam yang dah sedia dikupas lagi best.

    BalasPadam
  6. belangkas blh makan ke kak? haha.. jakun pulak tun. tun suka makan ketam!!!! mmg terliur habis. tp tun allegic :( kalau hari OK, lepas telan antihistamine 2-3 bijik ok laa.. time x ok, sesak2 napas. sedih sungguh.

    BalasPadam
  7. Salam kak Amie cayang.... wahh.. ketam memang best! kat rumah ni semua hantu ketam... mesti harum aje bau ketam tu dek daun kemangi.. yang wangi tu... suka!

    BalasPadam
  8. tun..apara...belangkas bleh makan le...kan tengah glemer skang ni..hehehe..

    saya kan kak..belangkas cam tak lalu je nak telan bila tengok rupa dia tu..kekekke...masa akan dtg tak tau la kan...ke kalau org dah bagi siap masak mungkin la makan kot...nak merasa...kekekek

    saya kak..dah lama sgt tak makan ketam....salah satu faktornya kalau beli tak reti nak siang...hahahhaa..ketam ni rasa manis dia yg best!!

    BalasPadam
  9. sedapnya tgk ketam ni kak Amie....kalau saya dpt mkn tak nampak nasi dah. memang meratah jer lah ni..hehe

    BalasPadam
  10. Wanginya sampai ke dapur bundo. Ketam kat sana murah ke amie? Kat tempat bundo ni mahal yang amat..

    BalasPadam
  11. Salam kak amie!! uuuuwaaaaa...lama tak makan ketam! kat sini hari2 musim ketam, ish, nanti nak carik ketam jugaklah :D kalau ketam yg ada kat supermarket dah siap siang n potong 2 :D senang kerja :D

    BalasPadam
  12. uwaaaa ketam sudaaaa..mesti dah abeskan, ruginya dtng lambat...kalau dpt ketam yg besar2 ni sedap dan puas makan..banyak isinya..fuhhhh makan hingga jilat jari jemari...hah3..pipi dan idung naik berkilat kan..

    BalasPadam
  13. sedapnyerrrr..
    sy mmg suka rantah isi ketam..rebus n makan gitu je..tp kalo gulai pon sy rembat jugak..hahaha..x tolak langsung!

    BalasPadam
  14. Sedapnya ketam masak lemak..bertambah-tambah nasi di pinggan..hehe..

    BalasPadam
  15. wah sedapnye...sgt suka dgn lauk ketam ni...tp bab daun kemangi tu aje yg xtau cmne rupanye...hehehe...

    BalasPadam
  16. Kak amie.sedapnya ketam..tp susah nak makan sebab mieza tak pandai kopek kulit nyer..nak manja dgn kak amie lah..nak suh kak amie kopek kan heehe

    BalasPadam
  17. alah sedapnyeee! nak cuba masaklah macam ni..hehe.i dah follow blog ni.follow i balik yee..tq..;D

    BalasPadam
  18. Aduh...macam2 godaan hari ini. INi satu lagi kena dengan sambal belacan dan nasi panas mak aii.....tak bangun la

    BalasPadam
  19. Yana suka bau daun kemangi dan juga ketam..dh lama xmkn ketam..husben yana xleh mkn..alergik lah pulak..kita terpaksa berkorban..klu kita mkn, dia nk mkn jgk..pastu mulalah bdn dia gatal2 hihii..

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum Amie,

    Ketam la ni memang mahai sangat ..tapi nak makan sekali sekala tu ok lah kan Amie...nampak sedap sangat resepi ni...nanti boleh la kak Ros cuba,terima kasih ya Amie....

    BalasPadam
  21. Salam Amie,
    Lamanya akak tak makan ketam.....nak sekor....
    Selalunya kalau akak, akak masak kari dengan nenas....sedapppp

    BalasPadam
  22. Salam K. Amie, menggoda betul resepi akak nie.. selalu daun kemangi tu saya buat ulam mentah je, nx time blh cuba buat msk lemak nie.. toche2

    BalasPadam