Pages

Khamis, 3 Mei 2012

Avocado Smoothie

Selamat petang semua. Cuaca cerah sepanjang hari namun bahang kepanasan terasa di mana-mana. Amie hanya sempat sediakan Avocado Smoothie untuk yang berkunjung ke Amie's Little Kitchen petang ini. Jemput nikmati sama. Selama ini dalam setiap resepi smoothie, Amie tuliskan buah-buahan untuk smoothie hendaklah disejukbekukan lebih kurang 4-5 jam. Ini bukan bererti mesti tepat ikut tempoh yang Amie nyatakan. Yang penting buah-buahan tersebut menjadi beku, dan kalau kurang beku pun masih boleh dibuat smoothie, terutama kepada penggemar smoothie yang tidak menggemari rasa sejuk beku. Pada hari-hari bekerja, Amie akan sejukbekukan buah-buahan sebelum tidur malam, dan keesokan petang Amie akan keluarkan untuk dicampur dengan bahan lain dan dikisar. 


Walaupun cara penyediaannya sama, tapi Amie tuliskan juga di sini buat tatapan rakan-rakan yang belum pernah masuk ke dapur Amie.

Resepi : Avocado Smoothie
Sumber : Amie's Litlle Kitchen

Bahan-bahan:
2 biji avocado - belah, buang biji dan kaut isi
200ml  susu segar
100ml yogurt asli
2 sudu gula pasir

Cara:
1. Sejukbekukan buah avocado antara 4-5 jam.
2. Kisar avocado sejukbeku bersama susu segar, yogurt asli dan gula pasir hingga halus.
3. Tuangkan ke dalam gelas.
4. Sedia untuk dinikmati.

Khasiat avocado? Banyak. Klik DI SINI, dan DI SINI.

13 ulasan:

  1. salam amie..acik tak pernah minum air avocado..tak tau rasanya macam mana

    BalasPadam
  2. asslm kak Amie...sedapnye air tu..sesuai sgt diminum time cuaca panas2 ni kan...sejuk aje terasa ditekak ni...

    BalasPadam
  3. Salam kak amie! siyess tak pernah beli avocado walau byk di jual kat sini sbb kita jakun hihihi... nak beli takut tak makan, apa rasa eak? nak kena beli jugak ni sbb katanyer avocado pun baik tuk kesihatan especially pd yg berdiet :D

    BalasPadam
  4. Acik Erna,
    Jus avocado pekat...minum segelas boleh kenyang, kalau tak biasa memang tak berapa suka, tapi Amie suka sebab avocado banyak khasiat.

    Qasey Honey,
    Selain tekak rasa nyaman, smoothie inin juga mengenyangkan.

    Ika,
    Kak Amie jenis telan semua Ika.... ha ha hahh tak tahu nak kata rasa apa. Kalau yang jenis takut nak makan tu, memang tak mahu makanlah kot... he he heh tapi memang sangat baik untuk kesihatan, untuk yang berdiet...sebab boleh kurangkan kolesterol.

    BalasPadam
  5. Amie,akak pun jakun macam Ika jugak tak pernah makan dan beli pun rugi kan kami ni yg berkhasiat pulak tak reti nak makan ape daaaaaaa..

    BalasPadam
  6. ooo Kak Amie...agak2nya kalau Rahel naik belon ke LD skarang boleh dapat jus avokado tak? hihi..

    BalasPadam
  7. sedapnya kak, panas2 ni mmg suke nak cari air sejuk je

    BalasPadam
  8. Rajin betul amie ni, sedap ni panas terik begini, nyaman terasa

    BalasPadam
  9. x pernah mkn buah nie....apa rasa dia kak?......

    BalasPadam
  10. Assalam kak tak pernah makan ,dah berapa kali beli avocado asik bg cik pah aje ,sedap ye kak

    BalasPadam
  11. nani suka sangat rasa avocado tu. lemak2 gitu. tapi setengah org tak berapa suka.

    BalasPadam
  12. buah avokado ni best, lemak2 je, kalau buat smoothie mesti best sangat kan Amie,dapat tengok pun jadilah..

    BalasPadam
  13. tgh cari resepi utk avocado smoothie, trjumpa entri lama kak amie. nnti nk try buat la

    BalasPadam