Pages

Jumaat, 20 April 2012

Otak-Otak Ikan

Bertemu kembali malam ini dengan menu Otak-Otak Ikan. Resepi Otak-Otak Ikan ini Amie oleh sendiri dengan sedikit pengetahuan asas bahawa bahan yang perlu ada sudah semestinya isi ikan, pati santan, telur, sedikit tepung dan juga ramuan sampingan yang lain termasuk bawang dan sebagainya. Tapi untuk Otak-Otak Ikan Amie kali ini, Amie tidak bubuh telur. Selain dipanggang, otak-otak juga boleh dikukus. Lain padang lain belalangnya, lain orang lain cita rasanya. Bagi Amie, Otak-Otak Ikan yang Amie sediakan hari ini dapat memenuhi selera Amie dan juga Encik Suami. Anak-anak tentulah memilih lauk kegemaran mereka tetapi sekurang-kurangnya mereka mendapat pendedahan adanya pelbagai menu dan hidangan dalam masakan. Jadi, untuk memenuhi selera kami berdua, Amie tidak menyediakan bahan resepi Otak-Otak Ikan dengan kuantiti yang banyak. Cukuplah sekadar memenuhi keinginan sahaja. Simpan lama-lama pun tentu rasanya kurang segar. Lagipun cara penyediaannya tidaklah sesukar mana. Otak-Otak Ikan ini sedap dimakan begitu saja!


Resepi : Otak-Otak Ikan
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 cawan isi ikan tenggiri kisar - apa-apa ikan pun boleh
1/2 cawan pati santan
1/2 sudu teh pati asam jawa
1 sudu tepung jagung
garam / gula / perasa
daun pisang - layurkan
  lidi penyemat secukupnya

Bahan kisar:
2 biji cili kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 batang serai - ambil isinya yang putih sahaja
1 cm lengkuas

Cara:
1. Satukan kesemua bahan di atas kecuali daun pisang dan lidi penyemat di dalam mangkuk.
2. Gaul hingga sebati dan bungkus di dalam daun pisang - ketebalan isi ikut cita rasa masing-masing - Amie bubuh nipis-nipis supaya cepat masak ketika dipanggang.
3. Sematkan lidi di bahagian atas dan bawah bungkusan daun pisang.
4. Panggang hingga masak - Amie panggang dalam oven.
5. Enak dimakan ketika masih panas.



Seronoknya kalau dapat bersama keluarga di kampung, buat otak-otak ramai-ramai sambil sembang-sembang, lepas tu panggang atas bara. Sambil memanggang sambil makan otak-otak. Selesai memanggang, otak-otak pun habis masuk perut!

37 ulasan:

  1. Salam Kak Amie... sha nak komen sikit dan pendek aje ni ekk... gini komennya >>> PERGGGHHH!!!! <<< dah tu je...

    BalasPadam
  2. Shahriah,
    terima kasih...ha hahahhh.... otak-otak ikan kami pun dah habis licin! Itu aje yang kakak boleh bagi tahu Sha...

    BalasPadam
  3. Sedapnya ni Kak Amie...tak tahan tenung lama2..gue cauuu..

    BalasPadam
  4. laaaa, dah abis ke? Liza baru nk tukar ngn tosai ni....sedih....hihihihhi

    BalasPadam
  5. AMie,
    dah banyak kali try buat otak2 ikan..time beli tengiri mesti try tapi tak pernah menepati piawaian tekak..
    tak sama cam otak2 kempas..tengok amie nyer nie rasa nak try bila2 nanti..suka tul makan otak2...

    BalasPadam
  6. kenapa kat sabah takde otak2 ye? nani suka sgt otak2..kalau balik kg di kota bharu mesti beli otak2 ni kat tepi pantai.dahla kene beratur panjang. tapi sanggup aje semata2 nak beli ni.

    BalasPadam
  7. as-salam kak AMIE
    wahh!! sedapnye kak Amie otak2 tu.. npk menyelerakan malam2 tgk otak2 kak Amie ni..

    BalasPadam
  8. Salam kak amie! salam winduuu!! alaaaaaaa..sedapnyerrrr! kita lama tak makan otak tauuu, tgk otak2 ikan kak amie ni terasa mcm nak makan tp kena buat sendirik ni, nak makan tp malas nak buat :(

    BalasPadam
  9. kak, lama betul cikwan tak makan otak2 ni..maklum la org terengganu kan.. bila2 rasa nak makan..boleh makan =)

    thanks sudi singgah bleg cikwan. cikwan folo akak ye.

    BalasPadam
  10. Rahel,
    tenunglah lama-lama sampai ngences Rahel....

    Liza,
    tak apa, Amie ambik tosai, lain kali buat lagi otak-otak untuk Liza ye sayanggg

    Kak Asma,
    kenapa tak melepasi piawaian tekak ye, boleh bah cuba ikut cara dan citarasa sendiri, mesti jadi pnya tu..

    BalasPadam
  11. Nani,
    ikut sejarah dan budaya, lain tempat lainlah cara hidupnya, kalau nak sama saja dengan tempat kita... tak adalah kelainannya Nani, lagi pun dalam banyak-banyak etnik di sini, tak adalah pula makanan tradisi mereka ada di tempat kita, jadi kalau mereka datang tempat kita agaknya macam kitalah juga... tercari-cari masakan / makanan kebiasaan masing-masing. Apa orang kata, lain padang lain belalang.

    BalasPadam
  12. Ady,
    memang menyelerakan kalau baru diangkat dari panggangan!

    Ika,
    winduuu juga kat celotak Ika.... punyalah banyak resepi dia buta, uli2 tepung segala, otak-otak ni kacang aje bagi Ika...kejap je dah siap.

    Cik Wan,
    terima kasih sudi datang sini & follow,
    otak-otak ni kalau nak makan, beli saja kan Cik Wan, tapi kalau nak puas hati kena buat sendirilah pulak ye...

    BalasPadam
  13. selamat malam kak :)

    kak amie apa khabar? sedapnyer kak otak2 tu..tolong pos sikit kat sini kak..hahaha

    BalasPadam
  14. Kak amie,saya suka mkn otak2.. Tp otak2 ikan lom try lg..Akan cuba juga nnti

    BalasPadam
  15. hehe..betul tu Amie,sambil panggang sambil makan ramai2, kena makan laju2 baru dapat makan banyak,hikhik!!

    BalasPadam
  16. salam Kak Amie...sy pon suka juga otak2..tp tak penah la buat sendiri..harapkan bli je..

    BalasPadam
  17. salam Amie..jarang mkn otak2 ni.Ingat dulu HB g johor..ni la jajan yg dibwknya dr sana..punya la byk!
    Mudah jer membuatnya ya..nanti leh cuba larrr..

    BalasPadam
  18. assalam
    rajin betul k.Amie ni wat otak2
    adik ipar sy anak beranak suka otak2 ni kalu beli laju je habisss he he

    BalasPadam
  19. Sedapnya otak2 tu kak amie..
    lenkali leh la cuba buat sndiri..
    Pernah skali dulu suami belikan otak2 dr JB masa nak balik ke srwk..jauh beno membelinya.hihi..

    BalasPadam
  20. Puteri Kasih,
    boleh pos... tapi tak dijamin tak basi he he hehheh

    Dapurmerahibu,
    macam-macam bahan boleh buat otak-otak, udang, isi ketam dll.

    Ummiross,
    memang kena makan cepat-cepatr supaya dapat makan banyak Ummi, otak-otak ni laju je masuk tekak!

    BalasPadam
  21. Ummiaisyah,
    ada tempat untuk membeli memang Kak Amie pun nak beli saja, tapi di tempat Kak Amie memang tak ada, nak makan kenalah usaha buat sendiri.

    Atie,
    jauhnya bawa dari Johor, anak buah dulu pernah bawa dari JB, sampai sini basi...masam! Terlalu lama dalam perjalanan!

    Mama Sara Nur,
    tak susah untuk sediakan otak-otak ni, lagipun puas hati & boleh guna bahan yang kita suka.

    Hasue,
    memang jauh sangat dari JB, sebenarnya tak susah nak buatnya, boleh cuba sendiri.

    BalasPadam
  22. As'salam Amie

    pandai Aie mengolah menu yang sedap ni. Lama sungguh ct tak merasa otak2 ikan ni Amie. Kalau ct nak makan pun hanya kami berdua saja yang makan. anak2 pula jangan harap nak makan benda2 yang tak pernah dijamahnya. Tulah kan, anak2 ni kena ingat betapa kesedapan menu orang lama ni kalau kita rasa lebih sedap dari KFC dan PIZZA tu kan Amie..hehehe

    selamat berhujung minggu Cikgu Amie :)

    BalasPadam
  23. sedapnya tgk otakx2 ikan akak ni betulx2 terliur dah ni..nieza suka mkn tapi tak pernah buat sendiri lagi.selalu beli jer.

    BalasPadam
  24. salam kak Amie,
    Nape akak rajin sanagt nie..hehe..cam ne nk jd rajinn mcm akak, mcm2 menu ada kat dapur..

    BalasPadam
  25. uwaaaaaaaaaa~~~~~~~~~~~~` rindu otak2 ikan ganuuu!!

    BalasPadam
  26. Ct,
    bila teringin makan, kenalah merajinkan diri mengolahnya sebab kita duduk tempat orang, tak semua yang kita nak makan ada di sini he he heh
    Memang anak-anak sekarang banyak yang tdak tahu pelbagai resepi warisan sebab zaman sudah berubah dan pertembungan budaya semakin menular, apa pun sekurang-kurangnya mereka dapat juga pendedahan tentang makanan tradisi dari keluarga masing-masing, daripada tidak tahu langsung, itu yang membuatkan mereka sukar mengenali identiti budaya pada masa akan datang.
    Selamat berhujung minggu juga Ct.

    Nieza,
    Kak Amie pun suka beli saja, tapi kenalah tunggu setahun sekali masa balik kampung.... he he he keluar air liur pun boleh basi kerana menunggu begitu lama... baiklah cuba buat sendiri, rupanya tidaklah sukar sangat membuatnya Nieza. Malah rasa lebih sedap, bersih dan memenuhi selera.

    Rohah,
    nak kata rajin sangat tu tidaklah, tapi orang kata dah rutin harian kena masak walaupun hanya betkesempatan sekali dalam sehari ke dapur....

    Tun Telani,
    buatlah otak-otak ganu pulak...

    BalasPadam
  27. sedapnhye..lama dah tak makan otak2 ni..terliur la plak :)

    BalasPadam
  28. Nampak macam senang aje Amie buat.Kak Zai suka.

    Kata orang otak2 paling sedap dari Kempas Johor.

    BalasPadam
  29. wahhhhh bestnye otak-otak..mu feberet ni... tq for the resepi..tp bila nak buat ni ye????

    BalasPadam
  30. salam..nak tny..sy wat buat otak2 die jd lembik taw..xleh nk binding..mcm ne ye?

    BalasPadam
  31. salam..otak2 nak bg keras mcm ne ye?sy buat die lembik..xpejal mcm 2..leh bgtaw x mcm ne sebenarnye..

    BalasPadam
  32. Salam...kk,nk tnye,ikan tu kne rebus dlu ke sblm nk d ksar halus?

    BalasPadam
  33. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  34. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  35. Salam akak , akak panggang dalam oven berapa minit yaa?

    BalasPadam