Pages

Rabu, 11 April 2012

Peparu & Hati Rusa Goreng Berempah

Assalamualaikum semua. Nampaknya cuaca agak mendung ketika ini. Awan kelihatan kelabu, dan langit pun tampak suram. Kalau tidak kerana cahaya lampu, tentu gelap malap suasana di dalam rumah. Biarpun ribut melanda dan  petir membingit telinga, serta kilat sabung-menyabung yang menandakan hari hendak hujan, namun kerja di dapur tetap diteruskan. Tidak tersedar pula, adakah hujan telah turun atau tidak jadi, yang penting kalau mendengar guruh di langit, air di tempayan jangan dicurahkan! Ha.. ha hahh sempat berperibahasa pula kita ini ye. Maksud peribahasa di atas itu kenalah cari sendiri, tapi rasanya semua orang tahu apa maksud yang tersirat di sebaliknya itu. Apa pun peribahasa itu tidak ada kait-mengait dengan resepi Amie kali ini. Sebenarnya, beberapa hari yang lalu kakak ipar Amie bagi kami daging rusa, siap dengan tulang-tulangnya sekali. Ada lagi yang diberinya.... jantung, peparu dan hati rusa juga! Semuanya dalam kuantiti sepotong-sepotong. Setelah difikir masak-masak dan ditimbang-timbang serta mengingat bahan yang ada di dapur, jadilah hidangan Paru & Hati Rusa Goreng Berempah sebagai salah satu menu kami tengahari  tadi. Minta maaf banyak-banyak kalau Amie buat salah dan silap sebab resepi ini resepi hasil reka cipta Amie sendiri. Harapan Amie agar resepi ini boleh Amie jadikan rujukan apabila ingin memasak hati dan peparu, dan juga sebagai resepi warisan buat anak cucu dan generasi akan datang.


Resepi : Peparu & Hati Rusan Goreng Berempah
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
250 gram peparu rusa 
300 gram hati rusa
1 cawan santan pekat
1 labu bawang besar - mayang kasar
1/2 cawan air bancuhan asam jawa
3 helai daun limau purut
minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
15 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2cm halia
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh ketumbar

Cara:
1. Rebus peparu dan hati rusa hingga masak. Kemudian hiris nipis dan goreng hingga garing. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan bancuhan air asam jawa dan bawang besar. Biarkan seketika.
3. Masukkan santan pekat, garam, gula dan perasa pilihan secukupnya. Masak dengan api perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
4. Masukkan peparu dan hati rusa serta daun limau purut. Gaul hingga sebati.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



Amie dapat ilmu baru mengenai cara masak hati. Apabila hati direbus dan dihiris nipis serta digoreng, rasanya jauh lebih sedap berbanding kalau masak hati cara biasa.

30 ulasan:

  1. Favourite ini...akk paling suka makan dengan bubur nasi dan telur masin....mak aiii dah tak pandang belakang dah

    BalasPadam
  2. Salam. Senang ke dapat bekalan daging rusa? Dah lama tak makan sebab susah juga nak dapat bekalan di sini.

    BalasPadam
  3. as-salam kak Amie
    mmg suka mkn paru favourite..tapi hati rusa tak pernah mkn..sedap ke hati rusa tu kak Amie..

    BalasPadam
  4. Salam kak amie! alaaaaaaaa kita jakun lah kak dgn rusa2 niii :D tp kalau gantikan dgn ahti lembu atau paru lembu pun sedap kan? kita lama betul tak makan paru, suke mkn paru sbb liat2 hihihi..

    BalasPadam
  5. Kak Paty,
    makan bubur berlauk memang sedap kan kak.

    Hazila,
    tidaklah juga dikatakan senang sebab tak ada bekalan berterusan kecuali kalau ada yang rajin pergi memburu.

    Ady,
    biasa saja rasanya tapi lebih lembut dari hati lembu.

    Ika,
    ha ha hahh jakun ye... peparu rusa dan hatinya lebih lembut dari llorgan dalaman lembu.

    BalasPadam
  6. amie..rusa lagi..tapi acik memang tak pernah mknselain dari daging rusa

    BalasPadam
  7. nani belum pernah makan hati & paru payau ni..selalu beli daging aje...mesti sedap kan? ayah nani suka betul kalau nani bawa balik daging payau ni...

    BalasPadam
  8. nampak sedap je rendang kak amie tu tp syg cuma boleh di pandang dari jauh je huhuhu tp kalau dihulur depan mata rasanya...... hihihihi

    BalasPadam
  9. Bagus tip Amie mengenai cara memasak hati tu - rebus, hiris nipis & goreng. Boleh dicuba ni dengan hati lembu, sebab tak mudah Ayah nak dapatkan hati rusa. Hati ayam agaknya tak sesuai, sebab mudah hancur, ya?

    BalasPadam
  10. Hata dan paru lembu pernah kak Ros makan,yang ni tak tahu la bila dapat rasa..

    BalasPadam
  11. Assallamualaikum Amie..
    Suka makan peparu.. Kalau betul masaknya mmg sedap peparu ni.

    BalasPadam
  12. Teringin jugak nak makan daging rusa. Sedap gak, kot..!

    BalasPadam
  13. penah mkn daging rusa masa peknen anak kedua... mujur la dpt klu tak ngencessssss.. hihi

    BalasPadam
  14. Walllaaa..berselera betul nampak lauk ni..lapar la..

    BalasPadam
  15. Tak pernah makan hati dan paru rusa...mesti sedapkan....

    BalasPadam
  16. Amie..ummi singgah gak malam2 ni,siang tadi tak sempat nak jenguk masakan apa kat dapur Amie hari ni. Ummi tak pernah makan lagi daging rusa Amie, mesti sedap kan, apatah lagi hasil airtangan Amie..

    BalasPadam
  17. Kalau makan nasi lemak saya mmg suka dengan paru ni...mmg berselera lah mknnye tuu..

    BalasPadam
  18. wahhh sedapnya..suka....ada jugak jual paru ngan hati dia ye kak...sama mahal dgn daging dia jugak kek kak? hari tu saya masak hati ngan paru kambing sedap btul...:)

    BalasPadam
  19. salam kak amie..
    daging rusa saya penah makan, tapi paru dan hati tak penah makan pulak..rasanya sama macam paru dan hati lembu ke kak?
    apapun nampak sedap sungguh tu lauk kat atas ni..:)

    BalasPadam
  20. nampak sedap sekali kak,makan dengan nasi hangat pasti enak yah. nyam..nyam

    BalasPadam
  21. ingatkan daging rupanyer hati ekkk....cheq x makan plak...but nmpk sedap sgt

    BalasPadam
  22. Salam Amie, seronok tgk Amie adventurous betul bab masak memasak dan juga makan2 ni.Kaz ni pula sgt pemilih bila tiba bab makan ni. Itik, kambing, kerbau, rusa, arnab semuanya Kaz tak makan sedangkan kawan Kaz kata semua makanan ni lebih sedap dari ayam dan daging lembu.

    BalasPadam
  23. Acik Erna,
    rezeki orang bagi ni Acik.

    Nani,
    baunya tidaklah sekuat organ dalaman lembu.

    Mas,
    tak apa, boleh pandang-pandang, saru hari nanti dapat juga makan he he heh

    BalasPadam
  24. uwaa..teringinnye nk makan rusa atau kancil..x pernah rasa lagik..kancil ngn rusa pon tgk bile time g zoo je..haha

    BalasPadam
  25. Tentu sedapkan...kak Zai tak pernah makan daging rusa.

    BalasPadam
  26. Ayah Temuk,
    itulah idea yang terlintas di fikiran Amie, sebab kalau masak hati dengan hirisan yang tebal rasanya macam padat sangat isinya.

    Puan Ros,
    kalau ada bekalan rusa, tentu ada organ dalammannya tapi memang susah nak dapat rusa ye.

    Naz,
    memang sedap kalau kena gaya masaknya, ratah-ratah aje.

    BalasPadam
  27. Kamariah,
    satu hari nanti insya-Allah dapat makan juga.

    Hana,
    ooo..ngidam ye.

    Rahel,
    memang sedaplah Rahel, aroma berempah tu.

    BalasPadam
  28. MP,
    lebih kurang dengan lembu juga tapi rusa lebih lembut.

    Ummiross,
    makan ramai-ramai lagi sedap kan Ummi.

    Ainoraini,
    memang sedap kalau goreng rangup-rangup!

    BalasPadam
  29. Quinnie,
    hati dan peparu dia lebih murah kot... tak beli, ni kakak ipar bagi.

    Kamalia,
    nak kata sedap memanglah sedap sebab lebih lembut dari peptru lembu.

    Melly,
    makan ratah begitu pun enak Melly.

    BalasPadam
  30. Lady Ayu,
    memang ada orang tak pandai makan Ayu.

    Kaz,
    alhamdulillah Kak Amie memang boleh telan apa saja selain kayu & batu dan yang pastinya halal, bawa ke mana pun boleh hidup sebab tak memilih sangat makanan he he hehh janji perut boleh terima.

    Nens,
    sedapnya kancil oiii.... walaupun kecik!

    Kak Zaitun,
    sedap bagi yang boleh makan kak, tapi yang tak biasa atau tak boleh makan tentulah sebaliknya he he hehhh

    BalasPadam