Pages

Jumaat, 6 April 2012

Our Journey Begins 2nd Blog Anniversary

Amie baru saja turun kapal terbang, dan menyeret bagasi  berisi muatan istimewa dari Helsinki, Finland. Amie agak terlewat untuk meraikan 2nd Blog Anniversary untuk blogger Nieza Our Journey Begins


Tahniah Amie ucapkan buat Nieza yang sentiasa aktif mengemaskini blognya dengan pelbagai informasi yang sangat berguna. Kata Nieza, blognya hanyalah blog picisan tetapi sebenarnya blog Our Journey Begins setaraf dengan blog yang terbaik dalam menyebarkan ilmu, pengalaman, pelbagai perkongsian berguna untuk tatapan dan rujukan teman-teman. Sebenarnya Amie sangat tertarik dengan blog Nieza bukan sahaja gambar-gambarnya yang cantik, terang dan jelas tetapi lengkap dengan pelbagai informasi tentang dunia luar, dunia lain dari dunia kita yang menetap di Malaysia. Kalau Nieza memaparkan gambar pelbagai musim yang dilaluinya di sana, terasa ingin sekali Amie ada di situ. Kalau tak silap Amie ada sekali Nieza paparkan tentang musim gugur, dengan warna daun-daunnya yang kuning keemasan..... oh! Kalau dapat sehelai daun marple (kalau tak silap ye Nieza) Amie nak simpan dalam buku macam Amie selalu simpan bunga ros sampai kering (hobi sejak zaman persekolahan) dalam buku-buku Amie.




Amie abadikan bunga tulip original yang Nieza ambil semasa percutiannya di Holland dalam Amie's Little Kitchen ini. Buat Nieza sayanggg.... teruskanlah niat suci berkongsi pelbagai maklumat tidak kiralah apa sahaja yang ingin dipaparkan. Sesungguhnya pengalaman Nieza di negara orang sangat berharga, dan bukan setiap orang dapat melaluinya. Okey Nieza.... usia 2 tahun sudah cukup matang ye! Teruskan ke hadapan dengan pelbagai paparan yang menarik! Kami sentiasa menunggu setiap entri terbaru Nieza!

11 ulasan:

  1. cantiknya bunga tulips tu.. seindah persahabatan yg terjalin.. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  2. waa ummi kena terjah juga blog Nieza ni Amie, teruja dengar cerita Amie tentang blognya. Dan tulip tu sangat cantik.
    Happy 2nd blog Anniversary to Our Journey Begins.

    BalasPadam
  3. Jauh bunga tulip tu datang kan Amie... fresh lagi sebab Nieza baru snap masa dia vacation kat sana baru-baru ini.

    BalasPadam
  4. Hanis,
    memang persahabatan ini sangat indah walaupun hanya di alam maya.

    Ummiross,
    memang kena terjah juga Ummi sebab banyak pengalaman dan pengetahuan tentang banyak perkara yang Nieza kongsi bersama.

    Kak Zakie,
    memang jauh Kak Zakie, cantik dan fresh... tu sanggup angkut dari jauh masuk kargo tu he he hehh

    BalasPadam
  5. suka tulip..sangat cantik..nanti dah sampai musim dia, saya bagi kak amie bunga tulip jugak ye..:)

    BalasPadam
  6. Kamalia,
    makasih... makasih...Kak Amie tunggu tau...

    BalasPadam
  7. Salam Amie.tk singgah dapurmamasya.sypun dah gantung bunga tulip yg cantik ni kat blog.
    re; betul tu Amie...memang spesies bayam ada macam2 tp sama rasa

    BalasPadam
  8. Assalam kak Amie cayang, sungguh terharu saya kak..tq atas sokongan akak pada blog saya selama ni. Melalui sini juga kita ditemukan..alhamdulillah suka dpt kenal dgn akak dan blog akak ni.semoga perkenalan yg terjalin disini akan disambung ke alam realiti pula satu hari nanti. InsyaAllah..tqvm kak..mhuahx2:)

    BalasPadam
  9. Mamasya,
    cantikkan bunga tulip tu...kalau nampak yang real tentu lebih rasa teruja!

    Nieza,
    sama-samalah kita saling menyokong di antara satu sama lain sebab masing-masing punya niat yang sama, ikhlas dan jujur untuk segaa perkongsian ilmu, minda dan perkara2 lain yang membawa manfaat.

    BalasPadam
  10. HAPPY ANNIVERSARY blh mintak sekuntum bunga tulip sebagai tanda kenangan?

    BalasPadam
  11. Dapur Usang,
    boleh.... ambillah berapa kuntum pun, semuanya segar dari Holland, datang je ke rumah Nieza ye...he he hehh

    BalasPadam