Petang tadi Amie sempat masak Ayam Begana untuk keluarga sebagai hidangan makan malam. Walaupun hasil kejadiannya tidak sepertinya (masakan orang Melayu Cocos), tetapi sekurang-kurangnya anak-anak dan Encik Suami dapat juga merasa hasil air tangan Amie. Ayam Begana merupakan salah satu resepi masakan masyarakat Melayu Cocos, dan resepi ini Amie perolehi daripada rakan sekerja pada tahun lepas walaupun sebenarnya sudah banyak kali melihat ibu-ibu memasak resepi ini di kampung sewaktu kenduri-kendara. Terima kasih buat Surayati Kadia yang sudi memberikan Amie resepi turun temurun yang dibawa dari Pulau Cocos-Keeling ini. Biasanya Ayam Begana dijadikan lauk istimewa bersama nasi semasa kenduri dan bacaan doa selamat dalam kalangan masyarakat Cocos. Hasilnya, ia dinamakan Nasi Begana yang akan Amie tunjukkan di bawah. Sepinggan Nasi Begana akan dibawa pulang oleh tetamu lelaki yang menghadiri majlis tersebut. Tradisi ini masih diamalkan sehingga ke hari ini.
Resepi: Ayam Begana
Sumber : Surayaati Kadia (Kampung Cocos, Lahad Datu, Sabah.)
Bahan-bahan:
500 gram daging ayam - potong ikut suka
3 biji bawang putih - tumbuk / kisar
5 biji bawang merah - tumbuk / kisar
1 labu bawang besar - tumbuk / kisar
1/2 cawan serbuk kari
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 cawan cili kisar
2 batang serai
2 cawan kelapa parut
jus limau nipis / air asam jawa
minyak
1 cawan air
garam / gula / perasa pilihan
Cara:
1. Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap seketika kemudian goreng setengah masak.
2. Sementara itu satukan serai bersama kelapa parut untuk disangai dan kemudian kisar / tumbuk menjadi kerisik.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, bawang besar, serbuk ketumbar, dan cili kisar serta serbuk kari hingga naik bau.
4. Masukkan daging ayam yang telah digoreng tadi.
5. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga daging ayam menjadi empuk.
6. Masukkan bahan-bahan perasa bersama dengan jus limau nipis / air asam jawa.
7. Masukkan kerisik dan biarkan seketika sehingga agak kering.
8. Tutup api dan hidangkan.
Inilah contoh Nasi Begana yang Amie sebutkan di atas. Di atas sepinggan nasi kukus, diletak daun pisang sebagai alas dan dibubuh seketul Ayam Begana bersaiz besar. Nampaknya Amie belum begitu mahir untuk menghasilkan Ayam Begana, tetapi sekurang-kurangnya Amie sudah mencuba resepi yang selalu dimasak oleh MIL. Semoga resepi ini akan menjadi tatapan anak-anak kami pada masa akan datang agar mereka mengetahui adanya resepi-resepi yang unik dari sebelah ayah mereka yang diturunkan secara warisan oleh nenek moyang dari Pulau Cocos.
melayu cocos?????? tun terbayang2 zaman keutuhan melayu melaka gitu.. huhu.. 1st time tun dengar. pastu tgk kepulauan tu, terbayang2 jawa sumatera pulak. rupa2nya kt lahad datu ye.. nama lauk pun unik je. kalau rajin blh try.
BalasPadamSAlam Kak Amie cayangg.. laa Begana tu kat SAbah yaa.. sha ingat kat Uganda.. hadoii kureng laa sha ni hehehe.. apa pun nampak macam sedap... nak suap boleh tak kak..muahh
BalasPadamTun Telani,
BalasPadamsebahagian kecil masyarakat Melayu Cocos tinggal di Lahad Datu, sebahagian lagi di Pamol, Kunak dan Balung,Tawau. Sebahagian lagi menjadi penghuni Christmas Island, ada yang menjadi warga Australia Barat terutama di Katanning dan Geraldton. Sebenarnya mereka serumpun dari Kepulauan Cocos-Keeling.
Shahriah,
salam dik Sha cayangggg.... ha ha hahh Begana bukan di Sabah dik oiii... resepi Ayam Begana tu menu tradisi Melayu Cocos, he he hehh dan segelintir kecil mereka penduduk Sabah.
Saya anak jati Cocos berasal dari balung Cocos Tawau,kini menetap Di Klebang ipoh perak,walaupun jauh dari Kampung masakan tradisi tetap jamuan harian
PadamNampaknya enak sekali tuh Ayam Begana,nanti takcuba resepnya,,,,
BalasPadambolehkan Amie,,,,
Dede Tajidin,
BalasPadamsilakan...kita kongsi resepi, supaya tambah meriah dunia masakan!
Pulau Cocos...kat mana tu amie?
BalasPadamsedappppp..pasti hingga menjilat jari
Kasih,
BalasPadamPulau Cocos letaknya di tengah Lautan Hindi, wilayah Australia setelah diambil alih dari Clunies Ross (pentadbiran British).
1st time dengar ayam begana nie...
BalasPadamKak amie di Sabah ka?Sabah d mana tu?dilla di Labuan..saya pernah rasa ni..sedap.
BalasPadamasslm Kak Amie...pertama kali QH dgr psl Melayu Cocos tu...terus tfikir spi ke Indonesia sna...hehehe...rupanya kat Lahad Datu aje...
BalasPadam1st time jugak tgk lauk ni...ayam begana...tu la kelebihan bile bblog ni...segala jenis masakan@makanan kita akan tau...xde la asyik dgn menu yg sama aje kan...
ape2 pon nmpk sedap dan myelerakan menu ni...nti nk cuba jugak..nk tau cmne pula rasanya tu...
Assalam kak amie cayang,kalo datang dapo akak byk menu pelik2,tapi nmpk sgt2 sedap dihidangkan,wah ngan nasi kukus lapik daun pisang lagi,bestnyer,mesti harum semerbak kan baunya..Rajin akak mncuba pelbagai resepi.
BalasPadamMyda,
BalasPadamtambah info ye Myda.
Dapurmerahibu,
di lahad Datu, ooo di Labuan... dah sampai sana beberapa kali, naik feri, naik Foker 50.
Qasey Honey,
Melayu Cocos ni tak ramai, komuniti kecil saja...
Ayam Begana ni biasanya dimasak untuk kenduri & baca doa selamat.
Dana cayanggg...
lain padang lain belalang, lain tempat lain makanan ha ha hahh
Salam Amie...dah sampai tak ke perak?...mesti penat berenang merentasi lautan cina selatan tu ya.hihi
BalasPadamTakpe..ada lg mangga tu atie simpan tuk Amie.
Ayam begana?nampak sedap...cam org jawa gak ada nasi ambengnya bila time kenduri.:D
nampak sedap aje ayam tu kak amie, kalau saya masak ni mesti gempak. awak bekal ke sekolah, nasi dengan ayam begana...mau ternganga member2 semua... :)
BalasPadamjauh jua tu kak lahad datu di tawau sana tu kan.belum lagi bah sampai di sana..selalu juga akak ke labuan next trip bolehlah kita jumpa.
BalasPadamBagusnya menu Akak hari ni, memang tak pernah dgr Nama melayu cocos tu kak, di samping blaja masak dpt tau pasal sejarah jugak
BalasPadamNampak sedap,ayam pulak besar macam ayam turkey. Semoga recepi ini dapat dipraktikkan selalu.
BalasPadamAyam tu mesti sedap dan wangi, ada kerisik dan serai lagi,gabungan yang mantop!. Sedap sungguh nampaknya Amie..
BalasPadamBaru pertama kali dgr melayu cocos...ketinggalan jugak saya ni pasal sejarah...
BalasPadamTapi ayam begana tu mmng nmpak sangat menyelerakan.....nanti kalau rajin nak try buat jugaklah....
Assalam amie,
BalasPadamwaw nampak sungguh sedap ayam begana ni..ada ala2 rendang kot rasanya..
tentu istimewa lauk ni ya amie..bolehlah masuk list..terimaksih for sharing dear..
terimaksih juga for being my friend ya amie..rasa terharu kita tau..
rajinnya kak Amie,
BalasPadammenambat selera..
Atie,
BalasPadamalhamdulillah... setiap kali merenangi Laut China Selatam, memang lepas tak lemas tenggelam... he he heh
Cheq Sue,
Amie buat tak berapa menjadi ni... maunya yang masak ni orang Melayu Cocos sendiri (sebab tengok yang mereka masak hasilnya cantk!)
Dapurmerahibu,
Kalau ikut jaan darat, Tawau jauh lagi melebihi 155km dari Lahad Datu.
AjuMohit,
memang ada masyarakat Melayu Cocos, MIL & FIL memang Cocos tulin dari Pulau Cocos-Keeling.
Kak Zaitun,
BalasPadambiasanya orang Cocos potong saiz besar untuk dibuat Nasi Begana.
Ummiross,
memang wangi, ada rasa masam air limau nipis sedikit... itulah keaslian & keunikan masakan ini.
MP,
tidak banyak taburan penduduk Melayu Cocos, tapi sebenarnya ada penduduk Singapura bberketurunan yang sama, sebab sewaktu kapal kargo yang mereka tumpang dari Pulau Cocos singgah di Singapore, ada di antara mereka ambil keputusan menetap di pulau itu dan ada juga yang menetap di Malaya. Fandi Ahmad (pemain bola sepak) & Ebby Saiful (pelakon) dipoercayai keturunan Melayu Cocos.
Ayu,
BalasPadammemang ala-ala rendang, tapi mereka tidak gunakan santan.
Rohah,
Amie cuba meneruskan resepi warisan tradisi sebelah suami.... supaya tak luput dek zaman.
Bagus mengetengahkan resepi warisan supaya tidak dilupakan.
BalasPadamAs'salam Amie
BalasPadamKiranya ct baru kenal nama masakan ni, memang tersangat jakun rasanya. Tapi apa yang menjadi kesukaan ct bila singgah dapur Amie ni, kerana menunya semua amat berlainan. Dan ada yang tak pernah ct tahu dan dengar sebelum2 ni.
Tapi tengok dari bahan2 ayam ni seakan masak kari tapi dikeringkan kuahnya erk..ya ker..hehehe
Assallamualaikum Amie..
BalasPadamBila Amie cakap pasal Cocos Island, teringat rakan2 pakcik dan makcik melayu yang tinggal dan menetap di Perth. Dulu Naz pernah merantau ke Perth.. Di sana ramai org melayu kita yg kebanyakannya org Melaka yg datang dari Cocos island dan crismas island. Mereka ke pulau2 tu pun sbb merantau bawa anak isteri datang dari M'sia..
Sedap nampaknya ayam ni.. Cam nak seluk tangan nak amik seketul jer..
as-salam kak AMIE
BalasPadamNPK SEDAPLAH AYAM BEGANA NI..MASUK LIST DULU..
ayat baru belajar hari ni BEGANA ...new word
BalasPadamsedap nmpk kaka
wahhh uniknya kak cara hidangan dia...nanti nak cuba lah..:)
BalasPadamakak saya dah buat lawar akak tu tapi saya guna timun...hehehhe..nanti saya post ek...maybe isnin kot..hehehhe
lambat datng dah habis dah..
BalasPadamsedap kalau makan dengan nasi tumis ni.
ayam begana dipadankan dengan nasik ambeng mesti lagi meriah kan...
BalasPadamUwaaa...Ayam begana..sedap tu...my jiran ni ada orang cocos gak...harus diterai ni Kak Amie,terima kasih utk resepi turun temurun ni...mesti sedap digandingkan dengan nasi minyak..adeiii..laparnya gue..mau mau pandu kereta laju2 sampai lahad datu..
BalasPadamKakak tak pernah lagi merasa itu yg buat teringin nak merasa. Baca bahan resepi memang sedap tu Amie..
BalasPadamwow! mengancam u.... enak sekali...
BalasPadam1st time dgr ayam begana dgn melayu cocos..best blog k.Amie..dpt blaja resepi baru smbil blaja sejarah hihiikk..ayam begana ni msk list dulu..harus cuba ^_^
BalasPadamjuga tak pernah makan ni..
BalasPadamEh amie, dulu masa kecil2 wc pernah tinggal di Pamol tau. bersekolah dari darjah satu sampai darjah 4 kat sana.
BalasPadampertama kali dgr ayam begana ni..cantik gulungan timun tu..
BalasPadamaslmkum amie.. cam lama tak mjengok ke sini.. sihat2 n ceria selalu hendaknya.. kt rumah saya kalau ayam goreng jer baru laris.. klau masak2 canggih camni saya n eh hb lah kene mgadap bagi perabih.. jakun tul anak2 saya tu amie..
BalasPadampertama kali tahu, kalau dtg blog kak amie mmg byk dpt byk info ttg masakan yang tak pernah dengar sebelum ni, tapi bab nak cuba tu, salin resipi kemain lg bila nk buat tak confident pulak huhu...
BalasPadamp/s: hanis suka sakura mankai :)
salam kenal amie..tenkiu visit blog akak..kt sini pun mcm2 menu sedap ada..i followww!!
BalasPadamHazila,
BalasPadamitulah kelebihannya kecanggihan teknologi hari ini ye Hazila, boleh didokumentasikan dengan mudah untuk tatapan generasi masa kini dan akan datang.
Ct Delima,
memang sebelum datang ke sini pun Amie tak tahu ada resepi begini, dah kahwin baru tahu sebab kenalah kenal dan faham budaya masyarakat belh suami mereka dari segala segi, supaya boleh sesuaikan diri.
Naz,
memang ada yang merantau, tapi kebanyakannya kerana terpaksa berhijrah selepas peperangan dunia ke2 akibat ledakan penduduk di pulau dan terputusnya bekalan makanan asas seperti beras dari Singapura.
Ady, silakan cuba Ady, Kak Amie tak berapa cun menghasilkannya berbanding orang asal empunya resepi ini he he hehh
BalasPadamLady Ayu,
ada juga yang sebut bogana.
Quinnie,
tentu sedp lawar timun tu Quinnie, kak Amie nak cuba daging bakar dan juga jantunglah pulak!
Kak Na,
BalasPadamkuahnya yang pekat tu rasa gurih.
Ucu,
betul tu Ucu... memang ikut asalnya pun dari Teggal, Jawa Tengah.
Rahel,
pelan2 bawa kereta tu Rahel...jalan Kunak ke Lahad Datu tu macam ular kena palu... he heheh
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKak Zakie,
BalasPadamringkas saja bahan-bahan penyediannnya. Cubalah kak.
Gee,
memang sedap Gee.
White Cappucino,
sempat tak jumpa orang Cocos di situ, masakan ini terkenal dalam majlis doa selamat, dibekalkan seorang sebungkus untuk dibawa pulang.
Mama Ema,
BalasPadamooo timun begulung-gulung tu boleh diguling-gulingkan pulak ha hahah
Dzana,
alhamdulillah sihat,
anak-anak kami makan saja apa yang dihidangkan, ayam goreng pun dimakan, masakan ayam selain goreng pun habis juga.
Hanis,
alahamdulillah Hanis, sekurang-kurangnya dapatlah buat dokumen dan kongsi pengetahuan dengan pengunjung.
Inahar,
selamat datang ke dapur Amie, terima kasih sudi follow.
kalaulah satu hari nanti nani dapat singgah di rumah kak amie, memang nani nak request kak amie masak makanan melayu cocos...nampak sedap2 semuanya...
BalasPadamNani,
BalasPadamha ha hahhh... MIL dan family belah suami kuat gunakan jus limau nipis Nani, terasa kemasamannya... itu yang bezanya masakan mereka dengan kakak.