Salam petang Ahad. Rasa sunyi dan sepilah pula bila keseorangan di rumah. Mata pun mula layu bila tengok pakaian berlonggok yang baru diangkat dari jemuran. Jom layan dulu Nasi Serai Pandan dengan Ayam Masam Manis Pedas yang terhidang di bawah. Nasi Serai Pandan ini pun ada ceritanya yang tersendiri. Dari kelmarin anak-anak minta Amie masak nasi lemak, katanya dah lama mummy tak buat. Memang Amie pun berangan untuk masak nasi lemak bubuh air pandan supaya warna nasi lemak jadi hijau dan wangi. Bila masuk dapur rasa macam malas semacam untuk sediakan pelbagai aksesori nasi lemak. Untuk tidak menghampakan selera anak-anak, Amie pun mula mereka cipta nasi terbaru hasil pengalaman masak-memasak pelbagai nasi beraroma dengan menggunakan apa sahaja bahan yang ada di dapur. Akhirnya jadilah Nasi Serai Pandan, yang sememangnya tidak mengecewakan anak-anak. Belum pun sempat nasi dihidang, semua menyerbu ke dapur....Mummy masak apa? Wanginya! Memang wangi Nasi Serai Pandan! Serai memang banyak khasiat selain menaikkan aroma dalam pelbagai masakan. Kalau kita cerita tentang khasiat serai, sejuk jadinya Nasi Serai Pandan menunggu untuk dijamah. sesiapa yang ingin menambah informasi tentang serai, bolehlah klik DI SINI. Begitu juga dengan daun pandan, sila klik DI SINI untuk mengetahui tentang kebaikan penggunaan daun pandan.
Dan bukan sahaja Nasi Serai Pandan yang menjadi hidangan istimewa tetapi olahan Ayam Masam Manis Pedas turut mendapat tempat di hati anak-anak! Sebenarnya resepi Ayam Masam Pedas Manis ini Amie menderhakakan dari resepi Ayam Masak Pedas Manis dari Koleksi SAJI yang Amie masak tempohari. Amie tambah asam jawa dan sedikit sos tomato.
Resepi : Nasi Serai Pandan
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
3 cawan beras Taj Mahal - cuci dan toskan
5 batang serai - dititik
5 helai daun pandan - kisar bersama secawan air - saring untuk dapatkan jus pandan
3cm halia - hiris halus
3 biji bawang putih - hiris halus
1 sudu besar serbuk pati ayam maggie
250gram mentega
air secukupnya
Cara:
1. Panaskan mentega di dalam kuali sehingga cair. Pada masa yang sama didihkan air di dalam periuk pengukus.
2. Masukkan halia, dan bawang putih serta serai. Goreng hingga wangi.
3. Masukkan beras serta jus daun pandan, dan kacau sebati.
4. Masukkan air melebihi paras beras - beras Taj Mahal memerlukan 3 kali ganda jumlah air dari sukatan beras untuk melembutkannya. Sekiranya anda ingin mengukus beras seperti yang Amie lakukan, masukkan separuh sahaja sukatan air.
5. Masukkan serbuk pati ayam Maggie. Kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan air mengering.
6. Pindahkan beras kembang tadi ke dalam periuk pengukus. Tutup rapat.
7. Masak di antara 15- 20 minit atau sehingga nasi menjadi lembut.
Sesiapa berminat untuk mengetahui resepi asal Ayam Manis Pedas bolehlah klik DI SINI. Amie tuliskan semula resepi yang Amie ubahsuai seperti di bawah ini.
Resepi : Ayam Masak Pedas Manis
Sumber : Koleksi SAJI
Bahan perap:
500 gram ayam - Amie gunakan 700 gram dan potong 6
4 ulas bawang putih - kisar
3cm halia - kisar
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar serbuk kari
Bahan sos:
1 1/2 sudu besar cili kisar - Amie tambah (10 biji cili kering)
1 sudu besar minyak masak - Amie tambah
3 sudu besar gula
3 ulas bawang putih - hiris
2 labu bawang besar - hiris
2 sudu sos tomato - pilihan Amie
1/2 cawan air bancuhan asam jawa - pilihan Amie
garam
Cara:
1. Cuci ayam dan toskan airnya. Perap dengan bahan pemerap selama 30 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk menyediakan sosnya, panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar. Masukkan cili kisar, sos tomato dan tuangkan sedikit air (Amie gunakan air asam jawa). Kemudian masukkan gula, tambahkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.
4. Kemudian masukkan ayam. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
P/S : Amie tambah 2 biji kentang. Dikupas dan dipotong baji kemudian digoreng hingga masak. Apabila kuah hampir pekat, Amie masukkan kentang goreng tadi dan gaul sebati.
Selamat menikmati hujung minggu. Moga ceria selalu bersama yang tersayang. Jumpa lagi! Senyum..... anda pasti riang sepanjang waktu!
pergh!!menggoda... walaupn kain baju melambak tak berlipat tp rajin juga masak2 yg spesel begini...hehehe samalah kita...
BalasPadamGee,
BalasPadammalam-malam karang...duduk depan tv, mata tengok skrin, tangan dok melipat kain ha ha hahhh
bila la ena nak rajin mcm akak kan... hari2 masak sempoi sangat2.. eh! bukan hari2 pun.. tu pun M jugak... haishhhhh!!
BalasPadamAssalamualaikum Amie.. aduhai sedap nya santapan hari minggu.. sangat menyelerakan.. soal kerja rumah mmg tak pernah habis.. sabar je la kan ;)
BalasPadamHello Amie, wow! Ini da tentu tiga pingan nasi lichin, ha ha.
BalasPadamLooks really delicious!
You have a nice day, keep a song in your heart.
Lee.
salam amie..nasi seri ni acik belum pernah cuba..nak cuba jugak nanti ni
BalasPadambilalah diri nk jd terajin mcm kak Amie....kdg2 blk keje pikir nk tido tp x tido2 gak,dh dok kt depan desktop...lama2 x jd nk tido....bila dh ptg ...ms dh singkat...time tulah nk rehatkan bdn...mlm lak time nk gi keje....mcm tulah rutin harianku....kdg2 time x keje,barulah pikir nk msk tu,nk msk nie....
BalasPadamWaduh! tak tahan tengok nasi tu..fresh sangat kaler dia..hijo gitu...ambo jadi lapar..
BalasPadamNyaman! yummy!
BalasPadamAssallamualaikum Amie.
BalasPadamTq atas ucapan tahniah di blog tu ye.
mmg lah wangi nasi tu sampai ke sini harumnya.. Sedap nya hidangan di hujug minggu...
p/s: tgh tunggu mesin lipat kain baju keluar di pasaran..hehehe...
Salam kak amie!! sukeeee tgk kaler nasik akak.. mmg sedap lerr nasi2 mcm ni, kita palinggg sukeeeeee dgn set2 nasi mcm niii tp nak membuatnyer tu malas, kena tunggu mood betul2 rajin baru buat tp nakkkk sgttt makan hihihi... tgk ayam dia tuu yg sedap sgttt! eeeee.... mcm tak ngap ajerrrr :D
BalasPadamBegh..pagi pagi uda lihat nasi pandan yang wangi nya sampai ke sini.. sedap sekali nampak nya. Melly tumpang sarapan di rumah yah kak Amie.. hehe
BalasPadamcolour nya cantik dan menyelerakan
BalasPadamsedapnya kak nasi serai...suka nasi wangi2 ni..makan dia pun dah sedap...:) cantik la warna hijau...menarik...
BalasPadammemang menyelerakan betul la kak tgk nasi dan set lauk ni...ishh sabar jer la..hehe
BalasPadamAromanya sampai ke Bangi dari semalam lagi, tapi tak sempat singgah,mesti dah tak berbaki kan Amie..
BalasPadamCantik sungguh nasi tu, sebiji2,ditambah warna hijau, nampak lagi menyelerakan.
assalam amie...
BalasPadammengancamnya hidangan tu... mmg pasangan yg serasi nasi serai, ayamnya & acarnya.. waduh2.. bikin perut ku lapar minta diisi.. hehe..
p/s: kita pun dah masak sup homemade fishball gara2 tak tahan terliur & rindu nak mkn sup calong.. hehehe... tq ye amie berkongsi idea...
Salam Amie..klu masak guna beras taj mahal ni,nasi kita cantik berderai jer kan.Kaler nasi pon mengoda rasa..hihi
BalasPadamDgn muka xmalunya..atie dah dok simpuh,nk tumpang mkn..hihi
salam kak amie..terliur tengok nasi serai pandan tuh..
BalasPadammemnag nampak sedap bolehla dicuba lepas ni..tq kak kongsi resipi ni..:)
Salam Kak Amie, nampak menariklah nasi ni, tapi adalah satu hari tu saya masak nasi lemak ada buh serai, cik hubby plak komen.tapi bab buh mentega tu macam manarikkkk je..boleh cuba ni...
BalasPadamEna,
BalasPadamsempoi pun sempoilah Ena... yang penting berkhasiat dan memberi tenaga.
Choco Ani,
waalaikumussalam...betul tu...the never ending story!
Uncle Lee,
wow! Uncle Lee makan sampai 3 pinggan... boroiii he he hehh
Acik Erna,
BalasPadamringkas aja Acik, tak guna banyak bahan.
Myda,
kami hentam saja... masak apa yang ada ikut suka hati sendiri, sebab ahli keluarga Kak Amie makan saja apa yang dihidang... he he hehh
Rahel,
hijo is warna kegemaranku.
Shahriah,
BalasPadammemang yummy!
Naz,
Waalaikumussalam... ha betul tu, kitalah yang mula-mula sekali yang pergi beli!
Ika,
mana pula tak rajinnya dia ni... tu yang deret-deret resepi pelbagai macam di dapur dia tu... hasil orang rajin bah itu.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamMelly,
BalasPadamsilakan....jangan malu-malu.
Kasih,
memang menyelerakan.
Quinnie,
harum aje baunya kan Quinnie.
Nieza,
BalasPadambersabarlah ye Nieza... he heheh nanti Nieza boleh cuba buat.
Ummiross,
kuatnya bau nasi serai pandan tu ye Ummi...boleh menyeberang Laut China Selatan ye...
Madiha,
sesekali masak di hujung minggu... ooo calong ye, memang sedaplah fishball homemade.
Nieza,
BalasPadambersabarlah ye Nieza... he heheh nanti Nieza boleh cuba buat.
Ummiross,
kuatnya bau nasi serai pandan tu ye Ummi...boleh menyeberang Laut China Selatan ye...
Madiha,
sesekali masak di hujung minggu... ooo calong ye, memang sedaplah fishball homemade.
Atie,
BalasPadammalu bertanya sesat jalan, malu makan perut lapar he he hehehe
Kamalia,
silakan...cara penyediaannya pun mudah saja.
Sue @ Nenie,
sebenarnya Amie terbubuh mentega.... salah ambil... tapi memang sedaplah!
Alamak akak sudah miss...sodap ni.....kalau dah makan mak mertua lalu pun tak sedar
BalasPadamSalam
BalasPadamSy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπ’π
BalasPadamAssalamualaikum salam sejahtera warga groupπ’
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺ππ»
3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πͺπΌ
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
....................................................................................................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4
En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.
Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570