Selamat bertemu kembali di dapur maya Amie. Kali ini kita cerita tentang lokan pula. Ada dua jenis lokan yang Amie temui di Sabah. Yang pertama, lokan isi besar dan yang kedua lokan isi kecil tetapi saiz cengkerangnya besar. Amie pernah makan lokan bakar di Jalan Sulaman, Kota Kinabalu. Saiz isi lokan bakar kecil sahaja. Menurut penjual lokan di situ, lokan tersebut di pungut di paya bakau, dan muara sungai berhampiran laut. Sesiapa yang pernah singgah di gerai lokan bakar di situ tentu sempat menikmati kelapa bakar dan puding kelapa. Okey, kita cerita pula tentang lokan saiz besar. Lokan saiz besar dipungut dari sungai. Sebenarnya suatu masa dahulu, ketika kami mempunyai banyak masa terluang, kami beramai-ramai mencari lokan di anak sungai. Bukannya di dalam sungai! Kadang-kadang kami terjumpa lokan ala-ala kupang! Rupanya ada kupang juga dalam anak sungai. Warna kupang yang kami jumpa tidaklah segelap kupang laut, tetapi bentuk dan rasanya selazat kupang laut! Cerita balik tentang lokan besar tadi itu, memang sungguh mengasyikkan bila beramai-ramai meragau lantai anak sungai yang cetek. Walaupun jari tangan tercucuk duri kelapa sawit, tapi bila tersentuh lokan, rasa seronok yang teramat sangat dan tak tersedar hingga berlonggok-longgok banyaknya lokan yang terkumpul. Memang rasa teruja dengan hasil lokan kecil dan besar dari anak cucu sampai ke nenek moyang lokan. Pernah sekali, adik ipar Amie terjumpa lokan yang sangat besar dan bila sampai ke rumah kami timbang! Terpulanglah untuk percaya atau tidak. Lokan yang ditemuinya itu beratnya hampir 500 gram! Dan yang pastinya kulit cengkerangnya yang besar dan tebal itulah sebenarnya yang terlebih berat! Itu cerita dulu, cerita ketika Amie beranak satu. Sekarang tidak pernah lagi berkesempatan untuk meragau lokan dalam sungai. Biasanya lokan yang banyak dan besar-besar itu Amie akan belah 2 atau tiga dan masak rendang. Ada dalam kalangan rakan sekolah yang pakat-pakat bawa nasi himpit. Kami pun makanlah ramai-ramai! Kami ajak kawan-kawan yang boleh makan lokan, sementara yang tidak pandai makan lokan itu, kami tak boleh buat apa-apalah. Sebab bukan semua orang boleh makan lokan! Ada yang kata berbaulah, ada yang kata liatlah! Macam-macam lagilah..... entahlah, ikut tekak masing-masinglah..... he he hehhh.
Masih belum habis cerita tentang lokan. Pagi tadi Amie bersama seorang rakan sekerja menghadiri mesyuarat sempena Pesta Pantun Peringkat Daerah di SMK Silabukan. Oleh kerana sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru (yang kami belum pernah lihat) dan kurang pasti pula lokasinya, akhirnya kami terlepas pandang dan tersasar berpuluh kilometer jauhnya hingga ke Bakapit menuju ke Tungku! Banyaklah ikan-ikan segar yang baru naik dari laut di jual di gerai-gerai tepi jalan tapi tak dapatlah nak beli sebab nak pergi mesyuarat. Rakan Amie berminat untuk membeli lokan yang sudah siap direbus dan dibuang kulit. Amie pun beli juga sebungkus dengan harga RM5 dan kata penjual lokan, beratnya 1 kilogram. Sampai rumah Amie timbang, beratnya hanyalah 700 gram! Terfikir-fikir pula resepi apa yang boleh digunakan untuk masak lokan ini. Akhirnya Amie putuskan untuk masak sambal saja. Senang cerita.
Resepi : Lokan Masak Sambal
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
700 gram isi lokan - potong jika terlalu besar
1 batang serai - dititik
1 sudu teh pati asam jawa
400ml air
garam / gula / perasa
minyak
Bahan kisar:
15 biji cili kering
5 biji bawang putih
10 biji bawang merah
1.5cm belacan
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar dengan api perlahan sehingga naik minyak.
2. Masukkan lokan dan gaul sebati.
3. Masukkan pati asam jawa dan air.
4. Tutup masakan dan terus gunakan api perlahan. Masak sehingga lokan menjadi lembut atau sehingga kuah menjadi pekat.
5. Masukkan garam dan gula / perasa.
6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Lokan Masak Sambal
Salam kak amie! lokan kita makan! kecuali kupang.. sedap pulakkk lah nmpk lokan akak niii, mana nak carik lokan kat sini ya? hihihi... yg byk kerang, pastu lala2 kupang pun byk lamaaaa sgt dah tak makan lokan..
BalasPadamnmpk sedap n myelerakan...tp QH xmkn lokan...klau gnti dgn kerang pon bleh ni kan...
BalasPadamSeronoknya dengar cerita Amie cari lokan ramai-ramai tu, tak sangka ada lokan sebesar tu ye.
BalasPadamHmm ummi ambik sepinggan buat balik Bangi,hehe..
Salam Kak Amir.. aduiii terasa2 kenyal lokan tu kat mulot.... kecur dah niiiiiiiiii
BalasPadamSedapnya kak terliur menengoknya, x pernah makan lokan kikiki
BalasPadamKak Amie..salam rindu...tak sempat mieza nak berkunjung ke blog kawan2...akak apa khabar? Akak ada fb? Add mieza kak http://www.facebook.com/asliza
BalasPadamTerpandang lokan ni..terus singgah..mieza suka makan lokan..dapnyer kak..wahhh lapar la pulakk akak goda mieza dgn lokan nih...terliurrrr
Kak Amie,Rahel suka sangat makan klu lokan kena sambal..aduii..nda' tahan gue...
BalasPadamlokan pun akak tak penah makan amie..nampak sedap!
BalasPadamlokan pun akak tak penah makan amie..nampak sedap!
BalasPadamsalam kak amie
BalasPadamdah beberapa hari x tgok blog akk..dh malam2 baru menyinggah..saya pun x pernah makan lokan..kalau ada yg dh siap kopek nak jugak mencuba..:) nampak sedap kak..
lokan tu mcm kepah ke kak Amie?....
BalasPadamx tau mcm mane bentuknya ,kalau kupang tu pernah lah tgk....
Ika,
BalasPadamrugi tak makan kupang tau... dia jauh lebih lembut dan sedap berbanding kupang... he he he itu taste Kak Amie.
Qasey Honey,
boleh saja.
Ummiross,
memang lokan tu besar, cengkerangnya yang besar & berat,
baik-baik bawa pinggan lokan tu ye Ummi, jauh perjalanan dari Lahad Datu ke Bangi tu... he he heh
Shahriah,
BalasPadamkenyal-kenyal liat gitu ye.
Aju Mohit,
kakak sesekali je makan lokan kalau ada.
Mieza,
salam rindu juga.... nanti kak Amie cari kat fb ye
Rahel,
BalasPadamlu bisa makan lokan jugak ya...
WP,
memang ada orang yang tak pernah makan lokan.
Zila $ever,
lokan ni liat-liat sikit, kena ada gang makan baru sedap.
Myda,
BalasPadamlokan bukan kepah.
akak saya ingatkan lokan ni buah mula2...hahahhaha...bila dah baca baru tau rupanya sejenis seafood..kekekek
BalasPadamAs'salam Amie
BalasPadamSalam pagi selasa yang ceria, berapa hari tak berkesempatan nak menyinggah. Ni ada sedikit terluang cepat2 datang singgah. geram dan rasa kecur yang amat melihat lokan yang besar2 tu...ngencessss! tau..hehehe
kalau nak dicerita zaman ct dulu pun lebih kurang sama aje Amie, mencari lokan, kepah dan kupang sambil menitit gigi laut mencari rezeki yang Allah berikan ni. sekarang rasanya payah dah nak jumpa sebab kawasan tu dah pesat dan naik membangun dengan bangunan dahhh..hihi
Semoga Amie sihat2 selalu kalau makan sedap2 tu ingat2 lah ct juga eh :)
Salam Amie..
BalasPadammmg suka mkn lokan tapi kalau kat sg nie nk cari yg fresh susah sikit..kalau dpt rasa sambal Amie nie.. alangkah indah dunia nie hehehe
Salam Amie,
BalasPadamKak Ani pernah makan lokan ni. tapi masa muda belia dululah.
Sekarang dah susah nak jumpa.
kak amie..lama sy x kesini..bz sgt 2 bulan ni ngn pojek baru..skang je slow skit..dh serah tugas pelan2..hehe..bestnye lokam tu..besar2 isi die..sy slalu masak lala camni..tp lala isi kecik2 x puas hati makan..
BalasPadamlain kali akak kena bw handbag yg besar utk simpan penimbang digital (utk kek)supya tak kena tipu lagi..pastu timbang betul2 kt dpn si penjual tu..nak lagi logik akak timbang sebelah menyebelah dgn timbang dia...
BalasPadamhik....terasa pula..
BalasPadamnora memg tak makan benda ala ala gitu..mcm kerang...kupang..tapi family nora termasuk en.hubby sendiri memg jadi makanan feveret mereka..
Quinnie,
BalasPadammemang ada sejenis buah asam lokan, yang ini lokan kerang besar!
CT,
Memang selalu ingat Ct! Kalau dikenang zaman kanak-kanak atau zaman duduk di kampung, seronoknya tak terkata... tak boleh nak patah balik ke zaman itu, semuanya manis dalam kenangan ye CT.
Mama Hawa,
di sini memang masih banyak hasil sungai & laut, cuma kadang-kadang tak tahu nak pilih mana satu.
KunangKunang,
BalasPadamAmie pun jarang jumpa lokan di sana, tapo kepah selalu ada.
Nens,
sedapnya lala... walaupun kecil tapi lembut manis, cuma tak puas makan ye Nens... lokan ni besar tapi liat sikit he hehehh
Ucu,
terima kasih Ucu... nanti Kak Amie beli beberapa set penimbang ye,bawa ke mana-mana!
Nora,
memang ada sesetengah orang tak makan benda2 tertentu, he he hehh selera masing2 tak sama ye Nora.
masak sambal pun sedap!
BalasPadam*akak saya dah buat apam mentega resepi akk tu. tq!
Salam Kak Amie...rasa macam pernah dengar lokan tapi tak pastilah saya pernah jumpa ke tak..bukan ke ia macam kepah tapi lebih besar?...haiiii bnyk sangat suku sakat kepah, lokan, lala, remis dan seangkatan dengannya yang saya keliru mana satu tuan punya badan ngan namanya...ha ha ha ha
BalasPadamAsmara,
BalasPadamada lagi tak apam mentega tu... mesti berbaloi2 sebab banyak boleh dapat dari adunan tu.
Sue @ Nenie,
lokan lain, kepah lain.... tapi kadang-kadang ada yang tafsirkan benda yang sama.
Nampak sedap tapi sayang kak Zai tak pandai makan lokan dan yang seangkatan dengannya.
BalasPadamAssalam kak, Lokan memang sedap..dah lama saya tk mkn ni terliur sudah...sini tak ada jual. kupang ada la.
BalasPadamlokan dan kepah benda yang sama ke Amie?Cm kurang paham dan tak pernah makan kecuali siput sedut je.
BalasPadamnanti nak kena cari lokan pulak ni.
malam Kak amie, lokan itu kerang kah..? hmm semesti nya sedap nih,di masak sambal..nasi putih mana kak..hehe
BalasPadamKak Zaiton,
BalasPadammemang ada orang yang tak pandai makan lokan kak.
Nieza,
tak ada lokan kupang pun jadilah ye Nieza... di sini jaranglah pulak ada kupang!
Cik Manggis,
Ada beza lokan dengan kepah ni CM walaupun keduanya dari spesies kerang-kerangan atau kulit bercengkerang. Lokan sejenis kerangan besar, berkulit keras dan tebal, banyak terdapat di sungai dan muara, isinya besar dan agak liat. Kepah pula (menurut Kamus Dewan) sejenis remis. Kalau di laut remis tentunya terdiri daripada lala dan sebagainya, isinya kecil walaupun cengkerangnya besar tetapi tidaklah sampai melebihi besarnya cengkerang lokan.
Melly,
lokan sejenis kerang-kerangan tapi bukanlah kerang laut yang biasa kita makan, lokan jauh lebih besar dan kenyal serta liat sedikit.
salam kak amie .. bestnya lokann .. wani suka betul jesni2 seafood cam ni ... selalunya kalau jenis lokan wani suka goreng tumis sekali dengan kulit macam tu .. x pernah lak buat sambal cam ni .. cam sedap tu kak amie :))
BalasPadamtertinggal pulak cerita lokan ni... nani pernah yg di sepanggar tu...tak tahulah tempatnya sama ke tidak dengan yang kak amie cakap tu..memang sedap cicah dengan sambal asamnya tu...adoi! sampai sekarang terbayang2 lagi...
BalasPadam