Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung yang dihargai. Walaupun hari masih pagi, dan sepatutnya Amie sediakan sarapan di sini tetapi lain pula yang Amie hidangkan. Lauk-pauk di bawah ini merupakan hasil masakan petang kelmarin untuk makan malam kami. Memandangkan masalah talian internet yang amat perlahan malam tadi, jadi Amie tangguhkan entri hingga ke pagi ini. Amie sediakan menu biasa sahaja iaitu Ikan Cencaru Sumbat Sambal, dan bukannya sumbat sambal kelapa. Sambal yang Amie masukkan ke dalam perut ikan cencaru ini ialah sambal belacan tetapi Amie bubuh udang kering. Minggu lepas Encik Suami beli 3 ekor ikan cencaru yang besar-besar, jadinya salah seekor Amie sumbat dengan sambal kelapa dan boleh klik di Ikan Cencaru Sumbat & Sup Bebola Ikan. Ada lagi dua ekor dan kelmarin Amie putuskan untuk sumbat lagi pereutnya dengan sambal pula! Dan seekor lagi, belum pasti bila hendak dimasak sebab kalau terlalu lama dalam peti sejuk, kesegarannya semakin berkurangan.
Resepi : Ikan Cencaru Sumbat Sambal
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ikan cencaru saiz besar - bersihkan, belah belakang, cuci dan toskan
Bahan untuk sambal:
7 biji lada merah
7 biji cili padi
2cm belacan
4 ulas bawang putih - belah 2 dan goreng
5 biji bawang merah - belah 2 dan goreng
1 labu bawang besar - belah 4 dan goreng
1 cawan udang kering - rendam
1 sudu teh pati asam jawa
garam / gula / perasa pilihan secukup rasa
Cara:
1. Campurkan kesemua bahan untuk sambal dan kisar kasar-kasar.
2. Masukkan bahan di atas ke dalam perut ikan.
3. Panggang ikan hingga masak - Amie masukkan dalam oven.
Oleh kerana tulang rusa belum berusik lagi, jadi Amie masak sup untuk petang kelmarin. Mungkin hidangan sup Amie berbeza sedikit dengan sup yang dihasilkan oleh rakan-rakan yang lain kerana Amie suka mencampurkan pelbagai bahan termasuk buah labu kundur. Ada rakan blogger yang bertanya kepada Amie tentang labu kundur, kerana katanya selama ini dia tidak tahu atau tidak ada idea untuk masak labu kundur. Memang buah labu kundur tidak memiliki rasa tertentu tetapi sebenarnya mempunyai beberapa khasiat untuk kesihatan. Bagi masyarakat Cina (sebab Amie selalu melihat resepi sup kundur di rumah kakak ipar - keluarga Cina), buah kundur dipercayai boleh menyejukkan badan. Selain itu buah kundur yang dimakan juga boleh menghilangkan dahaga dan merangsang pembuangan air kecil. Di negara Cina misalnya, kulit buah, isi buah, jus dan biji kundur digunakan sepenuhnya untuk merawat pelbagai penyakit. Bukan sahaja masyarakat negara Cina, masyarakat di negara Filipina juga memasak buah kundur untuk dijadikan sirup dan ubat bagi masalah pernafasan. Mereka juga mendapati air kundur boleh digunakan untuk mencuci mata yang merah dan bengkak. Sila klik DI SINI untuk mengetahui khasiat buah kundur dengan lebih lanjut.
Resepi : Sup Tulang Rusa
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
6 ketul tulang rusa - mana-mana bahagian
5 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar - belah 4
1 batang lobak merah - potong 6
2 biji kentang - potong 2
1/4 buah labu kundur - potong 8
bonggol daun sup - diketuk
2cm halia - diketuk
1/2 sudu lada putih - tumbuk
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 kiub pati tulang
sedikit garam / perasa jika perlu
air secukupnya
Cara:
1. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih.
2. Masukkan kiub pati tulang, bunga lawang, kulit kayu manis, bawang putih, bawang besar, bonggol daun sup, halia dan tulang rusa. Biarkan sehingga daging rusa hampir empuk.
3. Masukkan lobak merah, labu kundur dan kentang. Tutup periuk dan perlahankan api.
4. Apabila kentang empuk, masukkan lada putih, dan garam / perasa.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
6. Hidangan ini sangat enak dimakan dengan taburan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan sambal kicap.
Salam Kak Amie.. sha orang pertama yang singgah ni... nak ikan caru tu untuk pak habibi.. nak kacang bendir tu untuk sha.. suke!
BalasPadamAmie sedap tu..
BalasPadamasslm Kak Amie...sedapnya lauk tu...tp QH nk ikan caru sumbat tu ehhh...geram tgk...kembung ikan tu bile disumbat sambal...mesti bertambah mkn ni...myelerakan...
BalasPadamkita nk ratah ikan caru sumbat tu boleh x?......
BalasPadamMak aiii, ikan cencaru sumbat sambal belacan, sodap tu Amie..
BalasPadamsup tulang payau la pulak...adoi...dah lama tak pekena sup tulang ni...kalo mak nani pun suka buat cencaru sumbat macam tu..goreng garing2, makan dengan nasi panas.
BalasPadam