Salam petang Jumaat. Selamat menjamu mata dengan hidangan ringkas dari dapur Amie. Sebenarnya Amie baru saja pulang dari mengiringi peserta dari kalangan pelajar ke Kem Waja Diri yang mengikuti aktiviti di Batalion 17, PGA Lahad Datu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan mudah-mudahan program anjuran bersama Unit Disiplin dan Unit Bimbingan Kaunseling sekolah kami ini akan berjaya. Petang tadi Amie masak dua jenis hidangan tetapi berasaskan bahan yang sama iaitu ikan tenggiri. Tiba-tiba rasa teringin sangat untuk makan lauk Tenggiri Masak Taucu..... menu yang tak mungkin Amie dapat lupakan kerana semasa tinggal di asrama, memang ikan tenggiri dimasak begini! Biasanya kami makan menu ini pada tengahari Selasa.
Resepi: Tenggiri Masak Taucu
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
3 keping ikan tenggiri - perap dengan garam dan sedikit serbuk kunyit
3 biji bawang putih - mayang halus
3 biji bawang merah - mayang halus
3cm halia - hiris halus
1 labu bawang besar - mayang kasar
2 biji lada merah - hiris
2 biji lada hijau - hiris
4 sudu besar taucu manis
1/2 sudu gula pasir
1/2 cawan air
minyak
Cara:
1. Goreng ikan tenggiri hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih, bawang merah serta halia hingga naik bau.
3. Masukkan taucu dan sedikit air. Gaul rata.
4. Masukkan lada hijau dan lada merah serta gula pasir.
5. Jika kuah terlalu pekat, tambah sedikit air dan biarkan mendidih mengikut kepekatan yang diingini.
6. Masukan ikan tenggiri goreng dan gaul rata bersama kuah taucu.
7. Tutup api dapur dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.
Sejak Encik Suami keluar dari hospital, kenalah berpantang dalam penyediaan hidangannya. Itu pun atas kerelaannya sendiri. Encik Suami lebih suka makan lauk sup campur dengan pelbagai sayuran.
Inilah rupa Tenggiri Masak Sup sebagai lauk untuk Encik Suami. Dua hari lepas, ketika berada di hospital Encik Suami menimbang dirinya. Katanya, pembantu perubatan di situ memberitahu bahawa berat badannya sudah menepati ketinggian tubuh badannya. Sebelum ini memang badannya berisi dan agak boroi pada bahagian perut tetapi sekarang berat badannya..... 72kg! Alamak.... kalah Amie! Rakan-rakan sekerjanya pun ramai yang menegur tentang perubahan yang memang ketara pada tubuh badannya! Syukurlah... dan apa yang penting ialah kesihatannya sentiasa terjaga. Cuma, Amie tidak pasti sampai bila Encik Suami sanggup makan masakan berebus!
Salam Kak Amie...Rahel nak sup ikan tenggiri tu..picit lada biji..pergh..berpeluh-peluh makan oo..
BalasPadamas-salam
BalasPadamAdy suka yg tenggiri masak taucu..
npk sungguh menyelerakan..
fuhhh...ada tenggiri rupanya....dua2 tu Mp suka..
BalasPadamMasa suami mp sakit dulu pun mcm tu jugak...keluar spital, berat turun mndadak...tapi kejap jer...lepas tu naik kembali...
Amie..dapur dah mula berasap ye.Ummi nak dua2, dua2 ummi suka..
BalasPadamsalam amie
BalasPadamsedapnya
tergoda...salah masuk mlm2 ni
laporrr
salam amie..
BalasPadamsalam rindu.. lama maklong tak berkunjung kerumah amie ni.. maklong terliur dengan tenggiri masak sup tu..
lepas ni bolehlah maklong selalu menjenguk amie.. sebab amie dah kembali bersiaran..
tenggiri ini lauk saya waktu pantang huhu, mak je yang tau masaknya, kalau tgk resepi kak amie ni mudah je, tingin jugak nak mencuba
BalasPadamsedapnya kak amie,ikan tenggiri tu..saya suka ikan tenggi ri jugak..
BalasPadamSalam Rahel,
BalasPadamooo...sedap juga makan ikan rebus ye Rahel!
Salam Ady,
Amie pun suka sangat tenggiri masak taucu, memang sedap!
MP,
Memang kena masak 2 jenis sajian... he he hehhh...macam senang je berat badannya turun ye MP, itulah... nanti kalau dah dia berselera makan segala benda, agaknya naik jugalah kot he he hehh
Ummi,
BalasPadamiya Ummi...Amie dah mula turun ke dapur, Amie pun suka dua2nya... sambil makan masak taucu, tangan pun ambil juga sup suami.
Salam Kasih,
tak salah masuk malam2... he he hehh boleh joint sekali.
Salam Maklong,
terima kasih sudi jengok dapur Amie ye Maklong, Amie pun rindu sama Maklong.... lama tak kunjung ziarah ke rumah Maklong, jemput makan ye Maklong.
Salam Kak Amie..sedapnya sup tenggiri...sup ikan kegenaran saya tuuu...Wahhhhh bestnya hostel kak amie..ada ikan tenggiri lagiii..saya dulu ikan kembung jeeee...hu hu hu hu
BalasPadamAju,
BalasPadamikan tenggiri memang pilihan yang bagus untuk kesihatan, mudah saja memasaknya ye Aju.
Kamalia,
memang sedap ikan tu, lagi pun bukan jenis yang gatal, sesuailah untuk orang yang berpantang selepas pembedahan macam suami Amie.