Salam rindu yang teramat rindu buat semua teman blogger dan rakan pengunjung Amie's Little Kitchen yang disayangi! Oleh kerana agak lama tidak bertemu, rasanya agak kekok sedikit untuk memulakan bicara..... namun apa yang ingin Amie sampaikan di sini sudah tentulah rasa berterima kasih yang tidak terhingga di atas doa, semangat dan kata-kata perangsang dari rakan sekalian sewaktu Amie berhadapan dengan situasi kelam kabut tempohari. Alhamdulillah Encik Suami telah beransur sembuh dan cuti sakitnya berakhir pada 12 Mac ini. Bagaimanapun setelah keluar dari hospital, kena berulang setiap hari ke hospital untuk mencuci luka pembedahannya. Amie mulakan pertemuan kali ini dengan berjalan-jalan keliling rumah setelah meninggalkannya selama tempoh sakit Encik Suami. Nampaknya pokok mata kucing yang ditanam bersebelahan dengan pokok epal bidara telah berbuah untuk pertama kali.
Oleh kerana saiznya yang agak besar, ada yang mengatakannya bukan buah mata kucing. Jadi buah apa pula ye?
Nampaknya kena tunggu sehingga buah di atas matang sedikit barulah boleh nampak jelas benarkah ia buah mata kucing! Kita pergi belakang dapur... kita tengok buah mangga udang yang bergayut-gayut sehingga mencecah tanah. Selama ketiadaan Encik Suami, memang rumput tumbuh subur dan terus bermaharajalela..... menjadi semak samun pula!
Oleh kerana pohon mangga udang yang masih kecil, tetapi buahnya besar, terpaksalah disokong dengan kayu supaya buah mangga tidak terbenam dalam tanah.
Ada beberapa biji mangga udang yang masak di pokok. Jom kita tengok di bawah, agaknya berapa berat sebiji mangga udang kami ini.
Yang di atas ini hampir mencecah 1400 gram sebiji!
Yang ini pula hampir 1600 gram!
Oleh kerana mangga ini masak di pokok, sudah tentulah isinya manis! Jom makan sama! Sebiji mangga udang boleh dimakan untuk seisi keluarga Amie yang kecil bilangannya!
Buah epal bidara sudah matang di pokok dan boleh dimakan. Rasanya manis dan rangup! Rasa seronok melihat sanak saudara datang berebut-rebut memetik buah yang lebat bergayutan di ranting!
Buah epal bidara di atas ini terlebih masak dan ada juga yang terlebih kandungan air akibat banjir tempohari.
Insya-Allah, tidak lama lagi pohon epal bidara akan mengeluarkan bunga dan putiknya lagi.
Cuba teka..... masak atau buruk!
Amie terbau harum ros kampung setiap kali membuka pintu dapur! Memang bunga ini sengaja Encik Suami tanam di depan pintu dapur..... baunya semerbak!
Anggerik tanah telah mengeluarkan bunga tetapi kerana kedudukannya terlindung oleh pohon epal bidara. Amie potong bunganya dan letak di depan pintu dekat anjung rumah.
Tidak lupa..... buah anggur yang tinggal! Semasa ketiadaan Amie, burung-burung telah memakan buah anggur yang mulai masak. Tak apalah... sudah rezeki burung! Hmmm.... insya-Allah, esok lusa Amie buka pintu dapur... he he he jumpa lagi!
miss u too, 3 4 5 6 7 8 9 :
BalasPadamrindu kak amie!! lama x baca coleteh akak. hehhe.. bestnya byk pokok buah2an. nnti nak gi rumah akk la. ehehe.. moga akk dan keluarga terus dikurniakan kesihatan yg baik. amin..:)
BalasPadamRindu Kak amie jugak...!!!!
BalasPadamAlhmdulillah...suami akak dah semakin pulih....
Besarnya buah mngga tu....Aduhhhh tgk buah mngga yg masak tu ..mmng terliur...dah dapat byangkan kemanisan buah tersebut...
cheq nk buah pelam tu
BalasPadamuwaaaaa meleleh ayaq lioq ni
qindu akakkkkk
Pertama sekali syukur pada Allahswt suami Amie dah beransur sihat.. Ani doakan Amie sekeluarga di dlm lindungan Allah sentiasa.. keduanya nak mangga tu kirim ke seremban sebiji bole? hehe :D
BalasPadamSalam kak amie!!!! laaaaaaa akak pun senyap jugak rupanyer! ingatkan kita ajerr sorang yg tenggelam hihihi.... BESTTTTTTTnyerrr umah akak! mcm2 buah ada! tp kan yg paling geram pelam dgn epal yg bergayut gayut tuuuu..eeeeeeeee... kalau ada depan mata kita ni abis kita petik ehehe...
BalasPadamSalam Amie..
BalasPadamKami pun rindukan Amie... seronok baca celoteh Amie yg sentiasa punya cerita & info yg menarik...
Seronoknyer tgk pokok buah2an tu semua..... kalaulah ada rezeki sy ke Sabah...teringin nak singgah ke rumah Amie nak petik buah2 yg ada keliling rumah Amie... hehe... buat muka tak malu aje... seronok tgk buah yg bergayut2 tu... terliur tgk buah mangga udang tu... teruja tgk buah epal bidara.. mcmanalah rasanya ye? buah mata kucing tu gamaknya spesis longan kot sbb tu buahnya besar sikit.. kalau mata kucing ia sedikit kecil & isinya nipis...
ya Allahhh.. macaam2 buah ada. geramnyaaaaaa.. seronoknya nengok hasil bumi kan. kepuasan pulak nengok sanak saudara makan. alhamdulillah..s emuanya kurniaan Allah maha besar..
BalasPadamsemoga akak terus tabah dan miss u too
aslmkum amie.. syukur en hb dah semakin sembuh.. seronoknya bila keliling rumah dipenuhi dgn pokok buah2an yg subur berbuah.. paling best buah mangga tu.. i like it..
BalasPadamsalam kak..
BalasPadamAlhamdulillah.. dah beransur baik yeh..
bestnyer.. semua bergayut dipokok.. mcm2 ada..
Salam rindu juga buat Kak Amie..
BalasPadamAlhamdulillah suami akak semakin sembuh semoga lepas nni kembali seperti biasa..
Wahhhh Kak Amieee..bestnya ada mini kebun kat belakang rumah...Rezeki alam....
salam amie..maaf tak tau pun suami amie sakit..semoga dia akan sembuh segera..wah! seronoknya dapat nmakan mangga fresh tu.
BalasPadamIxora,
BalasPadam2 3 kucing berlari,
mana nak sama kucing seorang.... he he hehh
Asmara,
kak pun sangat rindu kat As.... memang seronok kalau hasil tanaman menjadi,
insya-Allah mudah-mudahan diberi kesihatan yang baik.
MP,
sama-samalah kita rindu ye MP....
insya-Allah akan terus pulih,
mangga tu hasil tanaman Encik Suami... agaknya tangannya sejuk kot... he he hehh
Lady Ayu...
BalasPadampelam masak di pokok memang sedap Ayu! mehlah makan sama.... kak Amie pun windu sama kat Ayu!
Choco Ani,
alhamdulillah syukur kepada-Nya yang memberi kesihatan...
boleh...boleh pos ke Seremban...sebiji aje ye... cukup ke he he hehhh
Ika,
he he he... bila dah tenggelam, susah sikit nak timbul balik ni,
memang seronok petik buah-buah tu Ika... kalau nak petik jangan lupa bawa bakul besar ye he he hehh
Madiha yang Amie rindui...
BalasPadamrasa buah epal bidara tu... manis dan rangup! Memang seronok tengok sanak saudara datang petik dan makan sebab baru pertama kali datang beramai-ramai ziarah Encik Suami tempohari...
Buah mangga udang tu sebenarnya baru belajar berbuah tapi tak sangka pula boleh jadi besar dan masak manis isinya pula,
oh buah longan ye... agaknya kot sebab saiznya memang besar!
Izah,
miss you too.... kalau makan sendiri tentulah tak habis, jadi bila datang saudara mara memang rasa seronok sebab melihat mereka seronok berebut buah epal!
Dzana,
waalaikumussalam... alhamdulillah,
tanah sekangkang kera aje tapi tangan gatal nak tanam macam2 pokok he he hehh alhamdulillah, ada hasilnya...
Ena,
BalasPadamalhamdulillah...bertambah baik,
jom datang sini panjat pokok petik buah gayut2 tu he he hehhh
Sue,
syukur keadaannya semakin pulih,
memang seronok kalau tanaman menjadi & membuahkan hasil... tapi tanah yang ada pun seco'et je.... tak dapat nak tanam macam-macam yang diingini he he hehh
Whitecappucino,
alhamdulillah semakin sihat,
mangga fresh memang sedaplah WC.... jom makan!
salam rindu kak Amie! saya pun lama juga sepi tak bw memang tertinggal ketapi dah ni. harap akak sekeluarga sihat-sihat yer. bestnyer umah akak mcmx2 ada tu.
BalasPadamAlhamdulillah,suami kak amie dah beransur pulih ye..
BalasPadamrindu jugak dengan kak amie, saya pun skrg i jrg BW jugak..hehe
betsnya tengok buah2 tu semua..ni yg terasa n ak pi rumah kak amie jugak ni..:)
Nieza,
BalasPadamselamat bertemu kembali Niea.... kak Amie pun rindu sama, tak apalah... bila ada kesempatan kita boleh bw,
memang best kalau pokok yang ditanam mengeluarkan hasil.
Kamalia,
Kak Amie lagilah sangat2 rindu! Jom datang rumah kakak... mangga udang pun masih banyak bergayut di pokok!