Pages

Ahad, 25 Mac 2012

Pulut Serunding Udang

Jom makan Pulut Serunding Udang. Biasanya kalau orang rajin boleh dijadikan pulut panggang tapi ini hasil kerja tangan orang nak cepat siap dan terus masuk mulut. Cara menyediakannya pun cepat dan mudah. Amie tidak rendam semalaman beras pulut seperti kebiasaannya. Oleh kerana hendak dimakan segera, jadi Amie masak dengan santan sehingga beras pulut kembang dan kukus sehingga masak. Serundingnya pula tidak juga Amie masak sehingga kering, sebab kami lebih suka yang basah lembap. Lagipun, belum sempat untuk mengeringkannya di kuali, bujang-bujang sudah beratur dengan piring sebab tak tahan menanggung aroma serunding yang sangat sedap!


Resepi: Pulut Serunding Udang
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg beras pulut - cuci dan toskan
1 liter santan daripada 1 biji kelapa
1 sudu garam

Bahan untuk Serunding Udang:
1 cawan udang basah - cincang
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu teh pati asam jawa
garam & gula secukup rasa
minyak

Bahan kisar :
1 biji kelapa parut
10 biji cili kering
1 cawan udang basah
1 cawan udang kering
5 biji bawang putih
2 labu bawang besar
7 batang serai
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
3cm halia

Cara:
1. Didihkan beras pulut bersama santan dan garam sehingga kering dan kembang. Kemudian pindahkan ke dalam periuk pengukus. Kukus sehingga masa.
 2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar kecuali kelapa sehingga naik bau.
3. Masukkan serbuk kunyit,  kelapa kisar, asam jawa dan gaul sebati. Kacau selalu supaya tidak melekat di lantai kuali.
4. Apabila serunding hampir kering, masukkan udang cincang dan gaul sebati.
5. Kacau lagi untuk beberapa ketika dan tutup api.
6. Sedia untuk dihidangkan bersama pulut kukus.



Kenyang.... alhamdulillah!

16 ulasan:

  1. sedapnye...xtahan la tengok..huhu

    BalasPadam
  2. Jemput makan... buat banyak ni

    BalasPadam
  3. Assalamualikum Amie.. aduhai.. Ani suka ni hmm lama tak makan..sedap nya..bila la nak buat ek..

    BalasPadam
  4. wow!sedapnya..dh lama xmkn pulut,lg2 ngan serunding...biasanya mkn pulut panggang je...

    BalasPadam
  5. Assalam Amie..terima kasih..amie dah bagi acik idea ni..

    BalasPadam
  6. Singgah malam..ada lagi ke pulut serunding udang tu Amie..

    BalasPadam
  7. alahaiii sedapnya kalau dapat berbaris sekli ngan anak2 bujang akak.. lamaaa tak makan pulut. best nyer bila akan buat ganding pulut n serunding gitu ;-)

    BalasPadam
  8. salam kak amie..
    samalh dgn saya..klu tang serunding tue mesti nak yg lembab2 sikit..baru sedapp jew kt tekak nie..sedap la kak..tergoda..:)

    BalasPadam
  9. adei....rasa lapar pulak tengok ni....nani pun suka juga pulut serunding ni...tapi kami di kelantan pulut bakar kami letak serunding ikan.pun sedap!

    BalasPadam
  10. ala lama tak makan. sedap! selalu mkn dgn serunding daging. ;)

    BalasPadam
  11. Kak Amie...mieza suka pulut mcm gini..ekceli mieza ni suka pulut..sedapnya kak..dan serunding tu mmg kompom sedap! Bila la nak dapat merasa air tgn kak amie ni..bila la boleh jumpa ni kak?? teringinnya nak jumpa :)

    BalasPadam
  12. sedapnya kak pulut..lama tak makan...saya tak pernah makan serunding udang kak...teringin jugak nak buat..:)

    BalasPadam
  13. ehem sedapnya pulut serunding udang tu..terliur pulak..he2x..

    BalasPadam