Pages

Isnin, 26 Mac 2012

Ikan Lumahan Sumbat Serunding Udang

Salam petang Isnin. Sesiapa yang datang ke Amie's Little Kitchen malam ini Amie hidangkan Ikan Lumahan Sumbat Serunding Udang. Sekiranya rakan-rakan pengunjung ingin menambah kosa kata atau perbendaharaan kata mengenai nama-nama ikan, Amie perkenalkan sejenis ikan yang memang ada dijual setiap hari di mana-mana pasar di tempat Amie atau pun di tempat rakan-rakan. Ada setengah tempat menamakannya sebagai ikang belaling. Ayahanda Amie memanggilnya ikan termenung. Tapi kebanyakan orang memanggilnya sebagai ikan kembung! Masyarakat di sini memanggilnya dengan nama ikan lumahan. Idea untuk membuat Ikan Lumahan Sumbat Serunding Udang muncul selepas berkunjung ke dapur sifu Che Mat Gebu kita. Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah klik terus ke  Ikan Kembong Sumbat Kelapa - Dapur Tanpa Sempadan untuk melihat hasil air tangan beliau. Kelmarin Amie sengaja menyimpan sedikit Serunding Udang untuk disumbatkan ke dalam perut ikan lumahan. Pelik ke bunyinya..... sumbat perut ikan dengan serunding udang? Apa pun, kita lihat sahaja hasilnya seperti di bawah ini.


Amie hanya sediakan 2 ekor ikan lumahan sahaja untuk resepi kali ini.  Selepas di bersihkan, Amie pun sumbat penuh-penuh perut ikan lumahan sampai kembung. Kemudian Amie panggang di dalam kuali non-stick dengan daun pisang sebagai alas. Untuk inti ikan sumbat ini bolehlah lihat entri  Amie yang lepas di SINI. Bagaimanapun Amie salin di bawah ini untuk tatapan bersama.

Resepi: Ikan Lumahan Sumbat Serunding Udang
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 ekor ikan lumahan  seberat 550 gram - bersihkan dan belah bahagian belakang
garam dan kunyit secukupnya untuk melumur bahagian luar ikan lumahan
sehelai daun pisang - Amie suka jadikan alas ikan panggang untuk mendapatkan aroma daunnya

Bahan untuk Serunding Udang:
1 cawan udang basah - cincang
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu teh pati asam jawa
garam & gula secukup rasa
minyak

Bahan kisar :
1 biji kelapa parut
10 biji cili kering
1 cawan udang basah
1 cawan udang kering
5 biji bawang putih
2 labu bawang besar
7 batang serai
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
3cm halia

P/S: Sukatan yang digunakan untuk Serunding Udang di atas Amie gunakan untuk hidangan bersama pulut. Amie hanya gunakan 1 mangkuk kecil untuk menyumbat perut ikan lumahan.

Cara:
1. Masukkan Serunding Udang ke dalam perut ikan lumahan.
2. Panggang Ikan Lumahan Sumbat Serunding Udang di dalam kuali non stick dengan alas daun pisang.
3. Jangan panggang terlalu lama kerana ikan akan menjadi keras dan hilang rasa manisnya.

P/S: Biasanya kalau Amie panggang ikan, Amie lihat kalau mata ikan sudah putih tersembul, isi ikan pun masak.




Ikan Lumahan Sumbat Serunding Udang dihidangkan bersama Sayur Pucuk Paku Masak Lemak. Apalagi... jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama ..... tak dapat bahagian! Ha ha hahh....

16 ulasan:

  1. salam amie.Memang gandingan yang mantap.masak lemak pucuk paku...yum yum..satu lagi kena ada Amie..sambal belacan:)

    BalasPadam
  2. Salam kak amie!! aaaaahhhhh! sedapppnyer pucuk paku! kita lama tak makan pucuk paku, suke betul sayur pucuk paku, tp yg paling suke sekali pucuk paku perak tempat lain namnyer tak tahu :D yg satu jenis pucuk paku yg daunnyer ada kaler merah2 sikit tu kita suke jugak tp yg lagi suke yg hijau nii :D

    BalasPadam
  3. asslm kak Amie...mmg betul2 sedap ni...kecur tgknye...

    BalasPadam
  4. pucuk paku peberetku.....mkn ulam pun sedap,wt urap pun sodap...

    BalasPadam
  5. berbunyik2 perut kite tengok resepi ni...pasni nak carii ikan jugak la... dah lama tak makan ikan...

    BalasPadam
  6. assalam
    masak lemak pucuk paku, sedapnya ahai k. Amie he he hidangan ni blk kg nun baru jumpa kena petik2 kat belakang umah he he

    BalasPadam
  7. assalam amie..kalaulah rumah mama dkt dgn rumah amie..dah lama mama tadah pinggan..nak minta skit makanan yg sedap2 ni..hu2x..thanks..

    BalasPadam
  8. Kak Zai dah lama tak masak lemak pucuk paku.Memang gandingan yang serasi.

    BalasPadam
  9. salam kak amie..he hee rasanya bahagian tuk zila dah lama habis kot..jarang dgr nama ikan lumahan..klu kembung dan ikan termenung tue..mmg tau dah..sedap tu kak..

    BalasPadam
  10. Ooh ikan kembung rupanya, glamer pulak bunyinya ikan lumahan tu Amie.
    Kena pulak pucuk paku masak lemak tu dengan ikan sumbat serunding udang ni,lapar pulak rasa malam-malam ni.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum Amie

    Sedapnya nampak ikan ni...cantik masaknya...tapi ikan lumahan tu ikan apa? mcm ikan cencaru jer...

    Kak Lin mmg suka pucuk paku dah lama tk masak...

    Salam Kasih Sayang dari
    KakLin

    BalasPadam
  12. Sedap nih kak di sumbat dengan udang lagi.. sayur paku nya melly suka.. pokok nya doyan semua.. slurrp

    BalasPadam
  13. salam kak amie..sedapnya semua lauk tu..terliur saya..ikan kembung kat sini sangat mahal..jadi sanagt jarang beli..hehe
    pucuk paku..feveret jugak..masak lemak mcm tu memang sedap.:)

    BalasPadam
  14. salam amie...
    wa.. memang sedap makan tenggahari ni macam ni.

    BalasPadam
  15. agak2 ikan semalam tu ada lagi tak kak..kalau ada tolong panaskan balik, ucu lapar lah...

    BalasPadam
  16. sedapnye..dah keyang pun rase lapar balik.haha

    BalasPadam