Pages

Jumaat, 30 Mac 2012

French Loaf & Lamb Curry

Salam petang Jumaat. Amie sudah hidangkan roti perancis dengan kambing bebiri masak kari di dapur. Nampaknya hidangan petang ini hanya Amie seorang yang makan. Sewaktu Amie ambil si bongsu dari sekolah kerana selepas mengikuti aktiviti kokurikulum, katanya perutnya lapar. Amie cepat-cepat buatkan kambing bebir masak kari sebagai pencicah roti perancis. Sewaktu Amie sedang masak, sempat pula Amie terlihat si bongsu memotong sekeping roti perancis dan dimakan begitu saja. Kemudian Amie nampak dia mengayuh basikal di luar pagar. Oleh kerana Amie buka pintu dapur, sempat juga Amie jeling-jeling ke luar melihat gelagatnya. Risau juga di hati mendengar pelbagai kes tentang kehilangan kanak-kanak kebelakangan ini. Amie pun panggil si bongsu masuk ke rumah. Setelah siap masak, Amie pun hidangkan atas meja. Macam sunyi sepi saja keadaan rumah. Yang sulung memang keletihan dan sedang tidur dalam biliknya. Amie panggil si bongsu.... Manja ooo Manja! Tidak ada jawapan. Bila Amie ke ruang tamu, kelihatanlah si bongsu terbongkang  tidur depan televisyen. Bukan dia menonton televisyen tapi televisyen yang menonton dia. Ada sesiapa nak temankan Amie minum petang? Encik Suami pula pulang lewat senja. Marilah kita menjamu selera. Nanti kalau kari jadi sejuk, tak sedap pula.


Jemput minum petang. 



Lamb Curry yang Amie buat kuahnya pekat. Memang kami suka kuah kari yang pekat, sedap cicah dengan roti yang liat-liat sikit macam roti perancis. Kalau rajin, pangganglah dulu roti. 

Resepi: French Loaf & Lamb Curry
Sumber : Amie's Little Kitchen

French Loaf - beli di kedai

Lamb Curry
Bahan-bahan:
600 gram kepingan kambing biri-biri muda (potong ikut suka)
5 biji kentang (buang kulit dan belah 2)
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat.
3 biji bawang putih (cincang)
1 labu bawang besar (cincang)
3cm halia muda (cincang)
4 biji tomato (potong dadu)
4 sudu besar lada kisar
3 kuntum bunga lawang
5cm kulit kayu manis
1 sudu biji sawi
50 gram serbuk kari daging
1 sudu teh pati asam jawa (bancuh dengan sedikit santan cair)
beberapa helai daun kari
garam & gula @ perasa
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis halia, bawang putih dan bawang merah serta kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lada kisar serta tomato. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan daun kari dan serbuk kari diikuti dengan bancuhan air asam jawa..
4. Masukkan kambing dan tumis sehingga daging menjadi layu.
4. Masukkan kentang dan santan cair. Masak sehingga kentang hampir empuk.
5. Masukkan santan pekat diikuti dengan garam dan perasa.
6. Biarkan kari kambing masak dengan sempurna dan tutup api setelah kentang & kambing empuk. (Biasanya kambing biri-biri tidak perlu mengambil masa yang lama untuk lembut)
7. Sedia untuk dihidangkan bersama roti perancis.


9 ulasan:

  1. kalau cmni lah gaya mkn ptg, sampai keesokanlah Liza kenyang....hihiihi
    dh lama xmkn lamb curry tu, sedapnyaaaa...

    BalasPadam
  2. Amie..acik memang tak pandai makan daging kambing.

    BalasPadam
  3. Assalam kak Amie, wahh sedap ni kak..saya pun suka mkn roti cicah kari gitu..lamb memang dah jadi my fav sekrng ni:)

    BalasPadam
  4. laparnye tengok roti ni...walaupun hanya roti perancis, tapi kalo dapat cicah dengan kari, memang ummmphhh!

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Amie,

    syoknya roti perancis pekena ngan kuah kari...hmmm sedapnya...Nur suker..roti perancis tu kan biasa kalau beli diluar Nur akan masukkan dlm oven sebentar...garing sikit baru cicah ngan kuah kari...hmmm mentua lalu pun tk nampak...hehehe.

    BalasPadam
  6. Salam kak amie! kita nk kuah curry ajerr sbb kita tak makan kamben hihihi... roti perancisss nak sebatang yg kat dlm bakul hihihi...

    BalasPadam
  7. sedapnya bile dicicah kari cmtu...nyummy..

    BalasPadam
  8. Wpun diana x reti makan daging kambing... Tp tgk nie mmg nampak sedap ler akak...

    BalasPadam