Pages

Ahad, 8 Januari 2012

Sup Tulang Lembu

Salam petang Ahad. Sepanjang hari cuaca mendung, hujan sekejap-sekejap dan matahari pun main sembunyi-sembunyi di balik awan. Gambar pun kelihatan malap semacam! Tak nampak serinya. Rasa agak malas untuk berlama-lama di dapur. Lebih kepada keinginan untuk tarik selimut saja! Apa pun aktiviti hujung minggu tetap dilaksanakan. Peti sejuk perlu dikemas dan keluarkan bahan yang tidak sepatutnya berada di dalamnya. Seperti biasa, jalan terakhir untuk menghabiskan stok sayur-sayuran selama seminggu tentulah dengan menggunakan kreativiti ketika memasaknya. Jadi, siaplah hidangan Sup Tulang Lembu dengan pelbagai aksesori yang dijumpai dalam peti sejuk! Oleh kerana sudah berhasrat untuk kemas kini Amie's Little Cottage dari masa ke semasa jadi foto untuk masakan pun tertulis Amie's Little Cottage sama! Biasanya Amie tumis terlebih dahulu bahan-bahan untuk sup tetapi kali ini Amie rebus semua! Rempah jintan putih dan jintan manis Amie tak bubuh!


Resepi : Sup Tulang Lembu
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg tulang lembu
1 batang jagung  manis- potong 4 bahagian
4 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang dan belah 2
1 batang lobak merah - buang kulit dan potong 4 belah 2
1 paket rempah sup bunjut
1 batang kulit kayu manis
3 kuntuk bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
10 biji bawang putih - pecahkan
1 labu bawang besar - belah 6
3 cm halia - ketuk
1 sudu lada putih - tumbuk
1 tangkai daun kemangi @ selasih
garam / perasa
air secukupnya

Cara:
1. Masukkan tulang ke dalam periuk. Tuangkan air secukupnya. Didihkan.
2. Masukkan bawang putih, bawang besar, sup bunjut, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan halia. Perlahankan api dan tutup sehingga daging tulang empuk.
3. Masukkan lobak merah, cendawan shiitake, kentang dan jagung manis. Tutup periuk selama 10 minit.
4. Masukkan garam dan perasa serta lada putih dan juga daun kemangi@selasih.
5. Tutup api.
6. Sup Tulang Lembu sedia untuk dihidangkan.



Jangan lupa hidangkan sekali dengan Sambal Kicap. Amie tak bubuh daun sup atau daun bawang sebab sudah gunakan daun kemangi! Jomlah kita panaskan badan dengan menghirup kuah Sup Tulang Lembu! Bismillah.

29 ulasan:

  1. Salam Amie,
    Belum pernah letak daun kemangi dalam sup. Kuat tak baunya?

    BalasPadam
  2. Hazila,
    takkuat baunya...lembut je, aroma naik selera!

    BalasPadam
  3. saya pun tak pernah letak daun kemangi dlm sup, nanti boleh cuba :)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum amie...
    sedapnya sup tulang, nasib baik nani baru je makan sup tulang hari rabu lepas.. eheheh wat sendiri gak, puas makan..

    BalasPadam
  5. waaa... tak cukup ni semangkuk.. mau bermangkuk2 tambah ni..

    daun kemangi pun akak tak pernah lagi guna dalam masakan.. nanti boleh cuba ni.. suka sangat daun yg beraroma..

    BalasPadam
  6. amie..
    feberet maklong ni..
    bestnya masuk dapur amie.. hari2 ada2 je yang dimasak.. rajin betullah amie ni..

    BalasPadam
  7. salam..tak pernah lagi sup letak daun kemangi..lebih sedap dr daun sup ke amie?..hu2x..

    BalasPadam
  8. Salam Kak Amie...bikin gue lapar lagi nie..ada sup tulang la...dan yg paling suka tang jagung tu...dapat yg tu pun dah ok...hehe..Rahel suka daun kemangi..kat Tawau berlambak daun kemangi kat pasar..

    BalasPadam
  9. singgah jap sebelum tido, cari sup semangkuk ni Amie..

    BalasPadam
  10. sup tulangg...kegemaran anak saya yg no 3...

    daun kemangi..tak pernak cuba lagi..sedap ye amie kalau campur daun tu...

    BalasPadam
  11. salam kak amie...tertarik bila tengok akak masukkan jagung dlm sup...apa rasanya ye...hehehe..jakun tak pernah masak cam gini..kekeke

    BalasPadam
  12. kak amie... sedapnya sup tulang tu. lagi2 dgn sambal kicap.

    kami pun kalau makan sup tulang ni tunggu lembu arwah FIL yang disembelih... fresh dari ladang gitu...

    BalasPadam
  13. salam kak amie..samala resipi kita semalam,tp tulang dia takdela sebesar dan sebanayak akak punya ni..
    wuuu,ada jagung sekalai tu,mesti sedap ni.

    BalasPadam
  14. Kasih,
    Amie suka bubuh sebab dah banyak kali hirup sup di kedai ada bubuh daun kemangi.

    Jassnani,
    memang puas makan kalau masak sendiri.

    Azlita,
    terpulang kepada penerimaan deria bau masing-masing... mungkin ada sesetengah yang tak biasa dengan bau daun kemangi.

    BalasPadam
  15. Maklong,
    takde anak dara... hu hu huuu memang wajiblah hari-hari Amie masuk dapur!

    Mama Aini,
    taklah lebih sedap tapi Amie suka aromanya, berbeza dengan aroma daun sup.

    Rahel,
    memang berlambak daun kemangi di Pasar Tanjung... murah lagi!

    BalasPadam
  16. Ummi,
    sempat datang ambil semangkuk sup sebetul tidur ye Ummi... he heheh

    Ain,
    rasa sup jugalah... daun kemangi tu cuma ubah aromanya saja.

    Quinnie,
    ada bau jagung segar, selebihnya tu rasa sup tulang macam biasalah dik.

    BalasPadam
  17. Izan,
    kalau tak ada sambal kicap rasa tak lengkap hidangan sup tulang ye...

    Kamalia,
    bestnya dapat hjirup kuah sup time sejuk begini kan Kamalia!

    BalasPadam
  18. Sup tulang Amie buat kak Zai terliur.Tak pernah tahu daun kemangi mungkin nama lain kot.

    BalasPadam
  19. salam Amie,

    Kegemaran Kak Ros nih....Kak Ros tengok ada kelainan sup tulang Amie ni...nanti boleh la Kak ros try resepi ni....tq ya....

    BalasPadam
  20. kat sini lagi sejuk beku kak..kalau dapat hirup sup ulang ni memang best ni...slurpp..hehe

    BalasPadam
  21. Kak Zaitun,
    kalau tak silaplah... nama lain kemagi tu selasih.

    Kak Ros,
    aksesorinya kot yang lainnya tu... he hehehh nak perabih stok mingguan.

    BalasPadam
  22. Nieza,
    betul tu... sup tulang dapat panskan badan!

    BalasPadam
  23. as-salam
    sedapnye sup tulang..selalu ady masak sup tak pernah letak daun kemangi..blh cuba ni..

    BalasPadam
  24. sedapnyeeee..
    tp sy x makan tulang,daging pon x makan..
    huhu....

    BalasPadam
  25. nk nyampok lagi..
    ms sy g vietnam pon makan kutiew sup die letak daun kemangi..mmg best..mcm ulaman jek..;)

    BalasPadam
  26. Papa Mifz,
    tunggu ye depan pintu...pos laju datang bawa sup tulang hahahahhh

    Ady,
    sesekali ubah aroma...

    Nens,
    aromanya berbeza dengan bau daun sup.

    BalasPadam
  27. As'salam Amie

    ct baru ni berkesempatan singgah dapur kesayang Amie ni. rasa cemburu pulak sebab teman2 semua dah dapat merasa sup tulang yang sedap tu. ct hanya dapat cium bau2 yang tertinggal jer... hehehe

    selalunya sup2 macam ni memang sentiasa laris. Tambah2 kalau dihidang semasa masih panas. hirup atau dicecah dengan roti..wallahhh sedapnya Amie :)

    BalasPadam
  28. CT,
    musim hujan, sejuk.... masak sup untuk bagi panas badan... ha hahahh

    BalasPadam