Pages

Ahad, 8 Januari 2012

Red Pear Smoothie

Sudah makan tengahari? Sesiapa yang tak makan tengahari atau belum makan tengahari, bolehlah mencuba segelas Red Pear Smoothie di bawah ini. Seperti biasa, perkataan yang Amie gunakan untuk menghuraikan tentang smoothie sudah tentulah selain sedap, ia sihat dan penuh khasiat! Buah pear tidak kira pear hijau atau merah adalah antara pilihan buah yang enak untuk dikisar menjadi smoothie!


Resepi: Red Pear Smoothie
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 biji pear merah - anggaran 600gram - buang biji dan potong kecil
200 ml susu segar
100ml yogurt asli
3 sudu besar gula

Cara:
1. Sejukbekukan pear merah selama 4-5 jam.
2. Masukkan pear merah bersama susu segar, yogurt asli dan gula ke dalam pengisar.
3. Kisar hingga halus.
4. Tuang ke dalam gelas.
5. Sedia untuk dinikmati

~Tempoh sejukbeku yang ideal ialah selama 4 atau 5 jam tetapi sekiranya lebih dari itu tidak menjadi masalah, hanya mungkin sedikit keras apabila dikisar~

6 ulasan:

  1. Smoothie apa2 pun memang sedap kan Amie, tengok pun dah sejuk tekak ummi ni...

    BalasPadam
  2. susu segar desa memang sedapppp! lemak berkrim betol..x ingat dh pernah beli kat mana dlu. nani x try lagi buat air buah mcm ni.

    BalasPadam
  3. Perghhh memang nampak yummy sangat.

    BalasPadam
  4. Ummi,
    sedap...memang sedap Ummi,nak buat tu yang kadang-kadang rasa malas.. he he tapi senang saja buatnya kan Ummi!

    Nani,
    anak-anak kakan suka betul susu segar desa terutama yang perisa coklat! Cubalah buat smoothie Nani, diet yang baik untuk kesihatan.

    Kak Sam,
    sedap Kak Sam, rasa nak buat lagi ni.

    BalasPadam
  5. kak amie,, baru je ternampak red pear ni kat mall ..tapi x terlintas nak beli pon ... sebab asyik angkut buah limau lokam.. hihi.. nak cuba jugak buat ....

    BalasPadam
  6. cuaca panas ni sedapnya kalau dpt smoothie red pear tu..hu2x..

    BalasPadam