Pages

Khamis, 12 Januari 2012

Ikan Sulig Goreng Berlada

Agak lama juga Amie tidak masak ikan sulig. Amie tidak tahu apa nama ikan ini kalau di semenanjung. Kurang pasti pula adakah ikan ini dijual di sana. Apa pun kepada sesiapa yang berminat untuk melihat rupa ikan sulig yang sebenar bolehlah klik di SINI. Nanti bolehlah beritahu Amie apa nama lain bagi ikan sulig ini. Ekor ikan ini berwarna kuning dan kecil tapi badan ikan sulig penuh isi, putih dan lembut! Goreng saja pun sedap. Memang Amie goreng ikan sulig di bawah ini tapi Amie tuangkan sambal lada hijau ke atasnya. jadilah Ikan Sulig Goreng Berlada.


Resepi: Ikan Sulig Goreng Berlada
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan sulig seberat 500 gram
4 helai daun limau purut
1 keping asam gelugur
1 batang serai
1 sudu budu
serbuk kunyit
garam / gula / serbuk pati ikan bilis
minyak

Bahan kisar kasar:
15 biji cili hijau
3 biji bawang putih
1.5cm belacan
1/2 labu bawang besar

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan yang dikisar kasar hingga naik bau.
3. Masukkan asam keping, serai dan daun limau purut serta budu. Jika agak kering, tambah sedikit air.
4. Masak sehingga pecah minyak.
5. Perasakan dengan garam / gula / serbuk pati ikan bilis.
6. Tuangkan ke atas ikan sulig yang digoreng tadi.
7. Sedia untuk dihidangkan.

13 ulasan:

  1. Singgah malam pulak Amie, cari apa yang ada kat dapur Amie.Ikan sulig rupanya, ummi tak pernah makan, nampak sedap sangat ikan goreng berlada tu.

    BalasPadam
  2. hmm..enak kak ikan nya, ikan jenis ini juga ada di kuching,tapi melly ngga tau namanya, kalo mau beli di tunjuk aja.. mana nasi hangat nya kak, boleh lah unutk supper malam ini.. hehe

    BalasPadam
  3. Ummi,
    ikan sulig memang sedap Ummi, goreng pun sodap!

    Melly,
    memang enak ikan ini ye Melly, nanti Kak Amie ambilkan nasinya ya.

    BalasPadam
  4. ehem keluarga amie memang suka ikan ya?..dlm kelarga mama 2 org tak mkn ikan dr kecil..mama & adik mama !!..hu2x..

    BalasPadam
  5. Selamat malam Kak Amie,Rahel singgah skejap bab nampak ikan sulig yg berlada...adoii..sedapnya isinya tu..

    BalasPadam
  6. tak pernah tengok la pulak ikan sulig tu kat sini .. eh x tau la pulak takot wani je yg terlepas pandang.... hihi... tapi nampak sedap menu tu ...

    BalasPadam
  7. lum pernah mkn lagi ikan sulig ni kak...byk tulang tak?goreng gitu pun sedap ni.

    BalasPadam
  8. Mama Aini,
    keluarga tak banyak memilih, apa dihidang semua boleh masuk.

    Rahel,
    lagilah kalau yang besar! Pebuh isi saja!

    Myda,
    terima kasih jalan ke sini Myda.

    BalasPadam
  9. Wabi,
    tak semua tempat ada ikan ini Wani.

    Nieza,
    tak ada tulang macam terubuk, isinya penuh, lebih sedap dari jenahak yang agak tawar tu.

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum akak amie cayaang...
    pe kbar hari nie? moga sihat sejahtera hendaknya .. ermm.. tgk ikan nie mmg menyelerakan sungguh ler akak.. ikan nie mmg sedap kan akak... diana selalu juga masak ikan nie tp x tau nama ikan.. :D

    BalasPadam
  12. salam Amie..slmt pg.Nampak sedap ikan sulig tu bila dimasak goreng berlada.
    habih dah ker?

    BalasPadam