Jom makan Sup Ekor. Jangan lupa bubuh sambal kicapnya sekali. Sekali lagi Amie masak ikut cara orang lama, cara bonda dan cara orang kampung Amie masak. Biasanya orang kampung kami akan tumis terlebih dahulu samada daging, tulang atau ayam yang hendak dimasak sup. Menurut bonda, tujuannya ialah untuk menghilangkan bau hamis atau hanyir pada haiwan tersebut. Kadang-kadang Amie terlajak rebus terus kalau masak sup tulang atau ayam, tapi kalau bonda nampak mesti kena tegur. Lepas tu, rempah-rempah seperti ketumbar, jintan putih dan jintan manis hendaklah ditumbuk, tapi jangan terlalu halus. Bonda tak gunakan sup bunjut atau rempah sup.Tak apalah kan... itu cara bonda dan orang kampung Amie masak sup. Orang lain di kampung lain atau di tempat lain tentu ada caranya yang tersendiri. Eh! Sibuk mengarut, tak sedar nanti sejuk pula Sup Ekor di bawah ni..... Jom makan!
Resepi: Sup Ekor
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
500 gram ekor lembu
2 biji kentang - potong 2
1 liter air
1 kiub pati tulang
minyak
garam / perasa pilihan
daun sup - hiris
daun bawang - hiris
bawang goreng
Bahan tumisan:
5 biji bawang merah - mayang halus
3 biji bawang putih - mayang halus
1.5cm halia - ketuk
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3cm kulit kayu manis
1/2 sudu lada hitam - tumbuk
1/2 sudu biji ketumbar - tumbuk
1/2 sudu jintan putih - tumbuk
1/2 sudu jintan manis - tumbuk
1 bonggol (3cm) pokok daun sup - tumbuk
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.
2. Masukkan segala rempah ratus dan bahan tumisan yang lain. Kacau rata hingga sebati.
3. Masukkan ekor lembu dan gaul bersama bahan tumisan sehingga ekor lembu kelihatan layu.
4. Masukkan air dan tutup periuk. Biarkan ekor sup mendidih sehingga empuk.
5. Masukkan kentang, pati kiub tulang, dan sedikit garam.
6. Setelah kentang empuk, masukkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang. Tutup periuk dan matikan api.
7. Sup Ekor sedia untuk dihidangkan bersama Sambal Kicap.
Jangan lupa sediakan sekali Sambal Kicap.
Bahan-bahan:
12 biji cili padi
3 biji bawang putih
4 sudu kicap manis - Kicap Cap Kipas Udang (Habhals)
1 sudu kuah Sup Ekor
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
Cara:
1. Tumbuk cilipadi bersama bawang putih.
3. Campurkan dengan kicap manis, kuah sup dan jus limau kasturi.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Jumpa lagi! Salam sayang buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen.
bestnyer kalau dpt hirup sup ekor di kala cuaca sejuk beku ni kak...nieza pun suka masak sup yg ditumis dulu..rasa harum jer kuah sup tu nanti.
BalasPadamperghhhhhh....kalau la dpt sup ekor time ujan2 cam ni...fuhhhh memang layan abiss......haih..lapar la pulak
BalasPadamNieza,
BalasPadamtime sejuk beku memang sedap hirup kuah sup cicah roti ye Nieza...hi hi hii macamlah kita pernah duduk di tempat sejuk beku pulak,
memang harum kuahnya sebab dan sebati dengan bahan tumisannya.
Gula Merah,
layan sup..hirup...slurrpppp!
Amie..ummi bawak roti sekali ni, nak cicah sup, hehe..
BalasPadamAmie..acik suka sup ekor..tapi memang belum pernah buat sendiri.sebab susah betul nak dapat beli ekor yang belum dimasak.dh habis dibooking kedai makan katanya.
BalasPadamUmmi,
BalasPadammemang sedap cicah dengan roti...silakan Ummi.
Acik Erna,
betul tu Acik... harganya pun kalahkan harga daging batang pinang.
fuhhh...sedapnya sup ekor.....kalau dapat makan ni tentu bertambah nasi...
BalasPadamsedapnye sup ekor...makan dgn nasi panas2 ...
BalasPadamSalam Kak Amie..
BalasPadamsedapnya hirup kuah sup ekor time hujan-hujan ni..
Tengah berangan hidup kuah sup,antara makanan feveret hanis..yum!
BalasPadamMP,
BalasPadammakan dengan mee hoon pun sodap!
Mama Sara Nur,
mehlah makan sama-sama.
Rahel,
betul tu Rahel, di sini pun hujan juga.
Hanis,
jemputlah hirup sama-sama Hanis.
kak amieeeee..sedapnyer sup ekor..ada sambal kicap lak tu...mau sedap dihirup sruppppp kuahnya..mieza kalau nak makan ekor time raya haji je kak..kalau hari biasa kejap je ekor lembu dah abis dijual tak sempat mieza membelinya..perah asam limau dalam sup tu..dappppp!
BalasPadamterliur tengok sup ekor ni..feberet Pak Su ni..tpi sayang seribu kali sayang ..ucu blm pandai2 lagi makan sup ni..sekadar kuah sahaja yg ucu hirup....rasa rugilah pulak...
BalasPadamMieza cayanggg....
BalasPadamkak Amie pun jarang jumpa ekor ni, lama dulu (dah bertahun dah) kali terakhir kak Amie makan di Hotel Sangri-La Rasa Ria di Kota Kinabalu...Asam Pedas Ekor!
Ucu cayangggg,
ini yang besnya kawan dengan ucu, bolehlah Kak Amie belanja makan sup ekor...jadinya Ucu hirupkuahnya saja, kaka Amie makan ekornya... he heheh
Salam Kak Liza..he he he he....Sue guna tulang Then Kak Liza guna ekor..sama-samalah kita hirup sup....sedappp nyaaaaaa....
BalasPadam