Hari ini khidmat Amie diperlukan di sekolah. Atas nama yang menurut perintah Amie pun hadir sehinggalah lewat pukul 12 tengahari. Sampai ke rumah, terus buka peti sejuk dan keluarkan bahan yang disejukbekukan untuk buat smoothie. Kali ini Amie gabungkan 3 bahan iaitu nenas, mangga dan madu - Honey Red Dates Tea. Yang tak biasa dengan menu smoothie begini, jangan cuba ye.....takut mabuk pula. Sebenarnya Amie banyak mempelajari cara-cara menyediakan smoothie dari beberapa buah buku termasuk Smoothies & Juices - The Essential Recipe Handbook dan juga Smoothies and Shakes oleh Susannah Blake. Oleh kerana buah yang digunakan dalam buku-buku tersebut bukan buah-buahan tempatan kita atau buah tropika, jadi Amie pun kenalah belajar menyesuaikan beberapa jenis buah tempatan untuk menghasilkan smoothie yang lazat. Satu lagi, Amie teringin buat smoothie berasaskan sayur dan buah seperti dalam buku tersebut, tetapi setakat ini Amie belum lagi untuk mnecubanya. Smoothie di bawah ini tidak terdapat dalam mana-mana buku resepi, kerana ia adalah ciptaan Amie sendiri. Kalau ada pun, mungkin itu secara kebetulan sahaja.
Resepi: Smoothie Nenas, Mangga & Honey Red Dates Tea
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
200 gram nenas
300 gram mangga
3 sudu besar madu - Amie gunakan Honey Red Dates Tea
240 ml yogurt asli
240ml susu segar
Cara:
1. Sejukbekukan nenas, mangga dan madu selama 4-5 jam.
2. Masukkan kesemua bahan sejukbeku bersama yogurt, susu segar dan madu ke dalam pengisar.
3. Kisar bahan tersebut sehingga hancur.
4. Tuang ke dalam gelas.
5. Sedia untuk dinikmati.
Gambar di atas ialah hasil smoothie yang dikisar secara berasingan. Di bahagian bawah sekali ialah mangga, madu di bahagian tengah dan nenas di bahagian atas. Gambar di bawah pula merupakan hasil smoothie yang dikisar sekali gus. Amie gunakan lebih kuantiti yogurt dan susu segar untuk smoothie Amie kali ini.
Setakat ini Amie belum lagi mabuk atau pengsan setelah menelan pelbagai jenis smoothie yang Amie hasilkan. Bagaimanapun, dari masa ke semasa memang Amie cuba mencari informasi tentang buah-buahan yang sesuai untuk dijadikan campuran smoothie. Wokey.... sesiapa yang tak takut mabuk...jom nikmati smoothie di atas.
seronoknya hari2 minum berlainan smoothie..
BalasPadamrasa skrg juga nak rsa smoothie kak amie ni. menariknyaaa kat anak tekak izan ni.
BalasPadamsimpan resepi dulu kak...nnti dtg amik ye.
Sedapnya, tertelan2 airliur setiap Kali masuk blog Akak ni hihihi
BalasPadamAs'salam Amie
BalasPadamSinggah jap selepas melipat kain yang menimbun tu..biasalah bab2 melipat ni ada slow sikit..hehehe.
ehh..ada ker orang yang akan mabuk bila minum smoothie ni Amie. kalau ct terjah jer sedap lagi adalah :)
Wah..nyaman tekak minum tgh2hari. Klu minum kt kedai mau dekat 10 hinggit tu.
BalasPadamHey Kak Amie.. salam kenal juga dari Melly.. ;)
BalasPadamtengah mabuk skrang ni k,amie...mabuk nk smoothie yg mcam2 dri k.amie...
BalasPadamWC,
BalasPadamwalaupun selalu buat smoothie, kena berebut juga dengan anak-anak...he heheh
Izan,
kalau dah sekali buat smoothie rasanya sedap, memang nak buat selalu.
Aju,
mehlah telan smoothie Aju...takkan telan liur je..hi hi hiiii
Ummi pun dah jadi penggemar smoothie ni Amie. Sedap pulak nampak ada 2 perisa buah macam ni..
BalasPadamCT Delima,
BalasPadamhehe hehhhhhee ada yang tak biasa makan buah-buahan campur-campur, tu yang buat mabuk tu Ct.
Mawar Merah,
kalau buat sendiri lebih jimat, lebih sedap & lebih terjamin bersihnya,lagipun boleh kurangkan pengambilan gula/manisannya.
Melly,
terima kasih sudi mampir, selamat berkenalan ya Melly.
Ucu,
hu hu huuuu kalau Ucu dah mabuk2 tu maknanya Kak Amie nak timang cucu le... nanti kakak buatkan banyak2 smoothie ye supaya tak ngences yang kat dalam tu...ha ahahhhaaa
Ummi,
BalasPadamAmie pun nak memperdalami ilmu buat smoothie ni Ummi...nak belajar buat buah-buahan campuran..ha hahah supaya tak tercampur buah yang boleh memabukkan (pening kepala)
tak pernah cuba smoothie ni nanti boleh cuba resipi Kak Amie...
BalasPadamsedapnye..terus rase dahaga..kalau dapat minum skrg kan syok..he3
BalasPadamterima kasih atas doa amie itu..semoga kita sama2 dilindungiNya.. woww sedapnya...terancam selera kusss
BalasPadamSelamat petang Kak Amie..hausla..penat kayuh basikal dari Tawau ke Lahad Datu...bayangkanlah..jauh tu..hehe..
BalasPadamsalam kak amie...wowww menu diet ni...
BalasPadamhmmm...sedap...cam nak teguk air tu...rajinnya......
BalasPadamSEDAPNYE TGK SMOOTHIE NI KAK...DAHAGE LAK RASANYA :) DAPAT SEGELAS SEDAP NI :)
BalasPadamP/S: THnx kak sudi wish bday kat sy... nak sy antar seslice RV cake.. jemupt mkn :)
Hanis,
BalasPadamboleh cuba...sedap!
Kunang-Kunang,
sejuk aje kan KK.
Ilahjy,
sama-sama kasih,
takpe...untuk diet pun okey juga smoothie ni.
Rahel,
BalasPadamnaik basikal pulak dah... mesti dari pukul 6 pagi ni sebab sampai sini pukul6 petang...ha hahahh
Liza,
memang bagus untuk diet... tapi makin berselera makan pulak!
Yumida,
mari teguk sama-sama....
Noorsha,
seronoknya ada orang sudi hantar RVC kat kita....mmmm yummy!
Amie..air nenas tu mesti sedap sangat kan
BalasPadamAcik Erna,
BalasPadammesti sedap sebab masak ranum...manis!