Assalamualaikum rakan-rakan pengunjung Amie's Little Kitchen yang dihargai. Pagi tadi Amie sediakan Bebola Donut Kentang untuk sarapan anak-anak. Biasanya Amie buat donut biasa saja tapi kali ini teringin pula mencuba resepi donut berkentang pula. Oleh kerana agak lama tidak mendonut, tak jumpalah pula acuan donut Amie. Entah di manalah benda kecil itu tersembunyi. Akhirnya Amie putuskan untuk membentuk bebola sahaja.
Resepi ini Amie ambil dari dapur Quinnie@Qasehququinnie dan menurutnya pula resepi asalnya daripada Ros@Jintan Manis. Terima kasihlah kepada kedua-dua penyumbang dan penyambung resepi yang enak dan gebu ini. Bentuk asalnya tentulah seperti donut yang sebenar, tapi minta maaflah Dik Quinnie dan Kak Ros sebab melakukan penderhakaan terhadap reka bentuk Donut Kentang. Yang penting rasanya sama saja..... sedap!
Sesiapa yang berminat untuk mengetahui resepi ini dengan lebih lanjut bolehlah berkunjung ke dapur Quinnie di SINI. Minta izin ye Quinnie,Kak Amie tulis semula resepinya di sini untuk rujukan rakan-rakan yang lain.
Donut Kentang @ Bebola Donut Kentang
Sumber I: Ros @ Jintan Manis
Sumber II: Quinnie @Qasehququinnie
Bahan-bahan:
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek - Amie kisar kentang dengan susu segar
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar - boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
( Ros letak susu sikit-sikit. 80ml sudah memadai, dan kalau doh agak keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain. Kena pandai agak-agak supaya doh tidak lembik sanngat, kerana hasilnya nanti donut meresap minyak bila digoreng.)
Cara:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan uli selama 8 hingga 10 minit.
2. Perap doh selama 40 -60minit dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap. Biar doh naik dua kali ganda.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. - Amie banting / lempar doh untuk keluarkan angin.
4. Bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda - Amie bulat-bulatkan saja sebab tak jumpa acuan donut.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba..
Di bawah ini Amie sertakan sekali doh yang dibuat oleh Quinnie. Walaupun kata Quinnie sekadar untuk rujukannya sendiri, tapi Amie rasa mungkin ada rakan yang lain yang ingin mencuba cara Quinnie termasuk Amie sendiri. Minta izin ye Quinnie....
Bahan-bahan:
400 gram tepung gandum
4 biji kentang saiz kecil- direbus empuk dan lenyek
4 sudu besar susu pekat manis dicampur dgn 100ml air dikacau rata
1 biji telur ( dipukul sedikit)
2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
1 1/2 + 3/4 sudu kecil yis
Cara:
1. Mula-mula Quinnie masukkan tepung dan gula dalam mangkuk dan digaul rata. Kemudian buat bulatan di tengah-tengah tepung sampai nampak dasar mangkuk.
2. Kemudian Quinnie masukkan yis, masukkan air susu dan kacau guna garfu biar yis itu berbuih. Kemudian kacau-kacau rata dengan tepung, masukkan telur dan kacau lagi. Quinnie masukkan margerin dan kacau lagi hingga rata. Seterusnya Quinnie masukkan pula kentang. Uli hingga doh sebati.
3. Tutup doh dengan tuala basah dan biar biar naik 2 kali ganda.
4. Menurut Quinnie, adunan di atas agak lembut dan akan menghasilkan donut yang gebu.
5. Bila doh sudah menggebu, Quinnie tumbuk-tumbuk untuk keluarkan anginnya.
6. Kemudian Quinnie sediakan loyang yang disapu dengan sedikit minyak untuk meletakkan donut yang diterap.
7. Quinnie juga sapu minyak pada tapak tangannya untuk memudahkan membentuk donut tapi kalau tak mahir katanya, bolehlah tabur sedikit tepung pada adunan semasa hendak menerap.
8. Cara Quinnie goreng donut pula ialah masak dengan api perlahan - Amie pun goreng dengan api sederhana panas juga.
9. Quinnie salutkan donut dengan gula biasa yang dikisar kering.
Bebola Kentang Donut di atas ini merupakan hasil kreativiti si bongsu. Sebagai penghargaan terhadap minatnya, Amie rakamkan di sini buat kenang-kenangan.
Jom makan Bebola Donut Kentang. Ikut sukalah nak pilih mana satu, salut gula atau salut coklat.
Lapar Pulak Tengok Donut Bola Tu..
BalasPadammakan panas2 ni best kak amie!!! minum petang ngan kopi lak tu pehhh
BalasPadamlamanya tak makan donut ni...
BalasPadamqema suka yang biasa je kak, coklat muak sikit :)
aduiii yg ada coklat tu yg x thn di buat nyer..
BalasPadammenggoda la pulak donut yg telanjang tu....ekekekeeke
BalasPadamcantik dan gebunya
BalasPadamanak2 sure suka
biasa beli di jco je
Shafiq,
BalasPadammari makan di dapur kami.
Aju,
betul Aju,memang best makan panas-panas buat minum petang...dahlah asyik hujan saja ni.
Qema,
anak-anak yang suka coklat, kakak makan biasa saja.
KhaiRin,
BalasPadamyang coklat tu si bongsu punya deko.
Liza,
memang menggida Liza... belum sempat salut gula, dah masuk mulut 2-3 biji.
Kasih,
puaslah anak-anak makan donut sepagi ini.
subhanallah....mengancam!!
BalasPadamsalam kak amie cayang..mak aihhhhhh comey comey sungguh donut ball kak amie..bulat comey sgt..lamanya mieza tak mendonutkan diri..mak suka mkn donut..kena buat juga la donut kentang ni..siap ada cekelat tu waaaa nak seketul dua kak amie nak makan sambil wat kerja kat opis ni :)
BalasPadamSalam Kak Amie..kreative dan cantik betul bebola tu.....Jangan kata budak2, saya pun teruja bila tengoknya.....
BalasPadamada lagik x akak???
BalasPadamsua kat ayu sket
comey2 jer bentuk nyer
nk try sebab adam suka donut ni
Assalamualaikum Amie,
BalasPadamWahhh mendonut pulak yer, klu akak diberi pilihan, yg no 1 idaman kalbu, klu anak anak pulak yang bercoklat tu la depa berebut...... Anak2 pun sebenarnya suruh gak mama buat donut tp mama malas nak menguli sbb takder bm, bila tengok sini, jadi teringin pulak
comel2...cute-miut bebola donat tu....alaihai teringin pulak nk buat,tambahan pula anak2 mintak dibuatkan....
BalasPadampetang2 mcm ni rasa macm nk cari donat la pulak bila nmpk akak punya....
BalasPadamucu cop yg no.1 tu...
As'salam Amie
BalasPadamBola2 donut yang sangatlah sedapnya. Baru makan macam nak buat lagi. Kalau setakat satu cucuk tu tak cukup lah Amie kena 3 cucuk donaut tu baru puasa makan..hehehe
bestnya donut salut coklat tu...
BalasPadamSalam Amie, mesti anak2 Amie happy sgt kan dapat emak yg rajin dan pandai memasak mcm Amie ni. Nampak sedap dan gebu donut tu.
BalasPadamSangat comel itu donut...weekdays memang sy x rajin nk buat semua ni...sy hanya merajin kan diri pada weekend saja.. :)
BalasPadamSALAM AMIE..SUNGGUH MENGIURKN DONUTMU ITU :D
BalasPadamcantiknya rupa donut akak ni..bolatx2 comel jer. senang nak ngap kan..hehe
BalasPadamSedap sungguh nampak donut tu Amie, ummi boleh bayangkan kegebuan dan keenakannya.
BalasPadamKak Amie..Yana nk yg salut cekelet 3 bijik..comel2 jer donut tuu..mst sedap..dh lama yana x mendonut.. nnt nk bt jgk lah :=)
BalasPadamGee,
BalasPadamterancam selera ye.
Mieza cayangg..
jom makan sambil sembang-sembang, jangan lupa kopi panas secawan!
Sue,
sesekali gentel bola donut Sue.
Lady Ayu,
BalasPadamhaa... kena buatkan Adam, makan panas-panas..sedap!
Wattie,
Amie baru semenjak dua menjak ni bermain dengan tepung.... belajar2 menguli.. hi hi hiii
Myda,
buat... jangan tak buat Myda ye..
Ucu,
BalasPadamjemputlah makan hasil air tangan kak Amie yang keras kejung ni Ucu... hahahahhhh
CT,
boleh makan banyak cucuk... donut bola-bola ni banyak jumlahnya sebab kecik2 je..
MP,
itu kesukaan anak-anak.
Kaz,
BalasPadamsesekali je uli tepung Kaz, Amie ni tak berapa reti bab tepung and the gang, tahu buat sikit-sikit je cenggini.
Gula Merah,
kebetulan cuti sekolah, adalah masa untuk menguli...hi hi hiii
Azatie,
oooh... tergodakah Atie? mari sini Atie...kita makan sama-sama...:)
Nieza,
BalasPadammemang senang nak ngap Nieza...baru angkat dari kuali, anak-anak dah copet!
Ummi,
makan ramai-ramai sedap ni Ummi. Kejap je habis!
Yana,
boleh...abillah lebi sikit, bagi -bagi kat anak-anak.
cantiknya kak amie donut dia..bulat2 je...nanti nak buat bulat2 cam gini lah..berselera tengok..rajinnya hias2 dgn coklat cair tu...saya suka makan donut salut coklat..sedap..:)
BalasPadammenarik...nak cuba nanti Kak Amie :)
BalasPadam