Salam Jumaat yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Anak-anak sudah bersiap sedia untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat lewat pukul 12 tengahari ini. Lepas solat Jumaat nanti, barulah Amie hidangkan makan tengahari. Sementara itu mari kita sama-sama menikmati Smoothie Mangga Harum Manis Dengan Anggur yang sangat lazat ini! Kali ini Amie kisar bahan smoothie secara berasingan. Bagaimanapun kalau dicampur pun tidak mengapa, tidak mengubah rasa enaknya. Mangga harum manis yang Amie gunakan ini sebenarnya pemberian jiran sebelah yang dipetik dari pokoknya di sudut halaman rumahnya. Anak-anak teruja dengan rasa buah iklim khatulistiwa bercampur dengan buah iklim sederhana menjadi smoothie gabungan timur dan barat!
Resepi: Smoothie Mangga Harum Manis Dengan Anggur
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 biji mangga harum manis - kupas kulit dan potong-potong
30 biji buah anggur - sebaik-baiknya anggur tanpa biji
200ml susu segar
100ml yogurt asli
3 sudu gula
Cara:
1. Sejukbekukan mangga dan anggur selama 4-5 jam.
2. Kisar mangga bersama 150ml susu segar, 75ml yogurt asli dan 2 sudu gula hingga halus. Ketepikan.
3. Kisar anggur bersama 50ml susu segar, 25ml yogurt asli dan 1 sudu gula hingga halus.
4. Tuangkan smoothie mangga hingga 3/4 paras gelas.
5. Tuangkan smoothie anggur di atas smoothie mangga.
6. Siap untuk dinikmati.
Boleh gunakan apa juga jenis anggur tetapi sekiranya menggunakan anggur yang berbiji, pastikan buang terlebih dahulu bijinya. Selamat mencuba bagi yang berminat terutama untuk Ummiross@Salam Borneo kesayangan Amie di Kuching!
yahooo..ucu org paling awal sampai...
BalasPadampecah rekod ni..hihihi...
hai... tak kan anak2 jer teruja dgn buah iklim khatulistiwa + iklim sederhana...ni hahh..org campuran iklam dah depan pagar...minta se'jug'..haus lah kayuh tongkang tadi....
Assalam amie, nyaman tekak dapat rasa smoothie mangga harum manis ni bersama anggur...sedap bila tergigit anggur yg tak hancur sangat tu hehhe
BalasPadamUcu,
BalasPadamaduh aduh tijah! kasihan sungguh datang kasuh tongkang... sib baik sampai depan pintu tak terbongkang... siap pegang juga kosong lagi depan pagar... ha hahahh...jom kita nikmati smoothie campuran mata bitu dengan mata coklat tua ye Ucu.
Rosa,
Waalaikumussalam,
memang sedaplah Rosa... tu pasal kalau boleh hari-hari kena pastikan ada stok yogurt plain dengan susu segar (tapi kata Dana apa-apa susu pun boleh, hentam sajalah... he he heh)
yogurt asli ni amie beli yg brand apa atau buat sendiri?
BalasPadamAmie, cantiknya jadi dua lapis pulak ye, ala-ala teh c special, kreatif sungguh Amie. InyaAllah akan dicuba nanti, anak ummi tentu suka ni. Tq ye Amie, ummi bawak balik segelas ni..
BalasPadamAduh kak amie tergudanya tengok smoothie akak tu
BalasPadamdah terasa keenakannya di tekak.......
BalasPadamWC,
BalasPadamAmie beli brand Akasia Natural Yogurt, keluaran negeri Sabah.
Ummi,
seronok buat smoothie ni Ummi, boleh ketengahkan kreativiti sendiri selain bermain dengan warna dan buah pilihan.
Chik Mimi,
tergoda ye Chik Mimi... rasanya sangatlah lazat!
MP,
memang enak, memang sedap!
sedapnya smoothie tu ye kak amie, mesti sesedap namanya tu emmp
BalasPadamAs'salam Amie
BalasPadamNak mintak cuma segelas jer tu. Kalau tak sibuk bolehlah buat satu jug pulak boleh ct merasa smootie Mangga tu..masuk tekak emmm sedapnya dengan cuaca yang panas di KL ni :)
Amie, buah anggur kat umah Amie dah berbuah ker. suka skodeng2 blog yang lagi satu tu dalam diam..hihihi
Aju,
BalasPadammemang sedap Aju, masam manis lemak...mmmm.
Ct,
Waalaikumussalam,
tahun ni dah buah 3 kali, buah terakhir sempat merasalah makan 2-3 biji yang dah masak,
ni dah lama tak jengok belakang, tak tahulah ada putiknya lagi ke belum.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamwah sedapnya kak..berbelang2 smothie nya...patut la dpt harum manis..ingatkan tengah musim rupanya org kasik..hehehe..saya pernah makan yg dari pokok ni memang sedap ya amat....manis lak tu..berbiji2 boleh makan...hehehe
BalasPadamAssalamualaikum aimie,
BalasPadamkecur tengok smoothie yg enak nie...waduh sedap nie amie kalau dpt segelas free....hehehe...mcm2 ada dlm gelas tu...paling suka mangga...aduh dh mcm terasa kat tekak pulak nie.