Pages

Khamis, 8 Disember 2011

Lala Masam Manis

Assalamualaikum. Mari temankan Amie yang sedang keseorangan meratah lauk lala. Oleh sebab anak-anak dan Encik Suami menghadiri majlis bertahlil di kampung, tinggalkan Amie sendiri di rumah. Amie masak gaya koboi lagi untuk malam ini..... Lala Masam Manis. Ada macam-macam jenis lala, tapi Amie tak tahu di bawah ini jenis lala apa. Dulu masa keci-kecik, bonda suka masak lala rebus dengan serai tapi hari ini Amie tidak ada stok serai di dapur. Jadi Amie pun masaklah seadanya dengan menggunakan bahan yang tersedia.


Resepi: Lala Masam Manis
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1kg lala - rendam seketika dengan air bersih supaya tidak terlekat pasir halus
1 biji bawang besar - mayang
2 biji bawang putih - ketuk
3 tangkai daun kemangi - ambil daunnya
7 biji cili padi
1 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
50ml bancuhan air asam jawa
gula secukup rasa
secubit garam
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
3. Masukkan lala dan biarkan seketika.
4. Masukkan bancuhan air asam jawa. Biarkan sehingga lala masak dan kuah menjadi pekat.
5. Masukkan daun kemangi, cili padi, garam dan gula.
6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Amie gunakan daun kemangi sebagai ganti kepada serai. Di bawah ini Amie kongsikan gambar daun kemangi seperti yang dipinta oleh beberapa orang rakan yang memberi komen untuk resepi Ikan Merah Sup Daun Kemangi. Oleh kerana daun kemangi Amie sudah hampir layu, jadi kalau Amie ambil gambarnya juga memang tak kenallah rupa sebenar daun tersebut. Gambar di bawah Amie ambil dari ehsan Encik Google.


Daun Kemangi
Ehsan: Google


18 ulasan:

  1. Salam Amie,
    Kalau akak kat sini, selalu beli aja, tak pernah buat lagi, anak2 suka meratah begitu saja, terkadang tu tinggal kulit aja dalam mangkuk

    BalasPadam
  2. kat sana mewah dgn seafood kan amie...bestnya :)

    BalasPadam
  3. Salam Wattie,
    memang sedap ratah2 gitu...tak sedar semangkuk besar habis!

    Kasih
    dulu boleh dikatakan mewah, tapi akhir2 ini banyak dijual ke luar negara, jadi harga dalam negeri melambung naik...

    kalau spesis kerang-kerangan kurang sangatlah berbanding di tempat kita, terutama di tempat Amie di Jeram.

    BalasPadam
  4. ya Allah kak....teriur mira tengok...waaaa,,dah lama rasanya mira x makan lala..sedapnyaa

    BalasPadam
  5. Amie ..ummi memang suka sangat lala ni,tp kat sini payah nak dapat, sedapnya nak ratah2 jugak rasanya

    BalasPadam
  6. Salam Kak Amie...Rahel pun peminat lala yang kecik2 macam ni...sedap masak lemak cili...bikin lapar jak tengah malam ni..

    BalasPadam
  7. wahhh...sedapnya lala....saya pun pminat lala jugak.....

    BalasPadam
  8. Kak Amie,sy datang memalam buta nih,da lagi ke lala,sedapnyer kalo dpt meratah kan,nasi tolak tepi dulu,pastu baru nmpk nasi,hehe..Baru tau camner rupa daun kemangi..

    BalasPadam
  9. WC biasa makan kat kedai jer, buat tak pernah sebab tak penah beli lala ni

    BalasPadam
  10. Lalallaaaa..pg2 buta dtg nyanyi umah org..hihiii..bestnya dpt ratah lala.. dh lama xmkn..kna p beli jugak nii :=)

    BalasPadam
  11. bestnyer lala....suka ratah gitu juga..lama dah tak mkn kak sini tak jumpa lagi:)

    BalasPadam
  12. memang ada jual daun ni kat pasar ye kak....

    sedapnya lala..fav saya ni..tambah2 kalau dimasak lemak...hirup kuah dia paling best...kekeke

    BalasPadam
  13. sedap!
    kalo makan ngan nasi pun ayu makan last best syok nak meratah.

    BalasPadam
  14. Miera,
    kakak pun masak sesekali je lala begini, makan pun sorang-sorang je.

    Ummi,
    di sini banyak lala begini tapi agaknya tak banyak permintaan, jadi sesekali saja ada di pasar.

    Rahel,
    memang sedap masak lemak cili api, kuahnya tu yang sedap bau lala ye Rahel.

    BalasPadam
  15. MP,
    ramaipeminat lala ye...dari kecik2 lagi memang dah biasa makan lala.

    Dana,
    oleh kerana meratah seorang, baki lala dah masuk peti ais... nanti kakak panaskan dulu ye.. he hehehh

    haaa... itulah rupa daun kemangi.

    WC,
    di sini memang tak ada di jual di kedai, kalau seafood jenis kerang-kerangan memang tidak menjadi pilihan di sini.

    Yana,
    seronok ratah ramai-ramai, rebut2 lagi...itu yang buat tambah sedap lala ye Yana.

    BalasPadam
  16. Nieza,
    tak apa Nieza... nanti balik sini boleh makan puas2.

    Quinnie,
    kalau di Sabah memang ada dan menjadi pilihan utama terutama masyarakat Bugis yang menggunakannya dalam resepi mereka.

    Lady Ayu,
    memang syok makan lala ye Ayu, lain kali nak masal lemak cili api pulak!

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. lalalalala bestnya kak amie dah lama saya tak masak lalalalaa

    BalasPadam