Pages

Jumaat, 30 Disember 2011

Ikan Putih Masak Tom Yam

Biarpun waktu amat terbatas, namun Amie tetap berusaha menyediakan hidangan untuk tengahari ini. Kalau diikutkan rasa letih, memanglah semua orang letih. Kalau asyik difikirkan tentang kesibukan, orang lain pun sibuk. Baiklah kita fikirkan hari ini, dan selesaikan tugasan untuk hari ini sebelum memikirkan hari esok yang bakal menjelma dengan tugas baru. Tengahari tadi puaslah menghirup kuah tom yam yang kurang pedas tapi akan lebih pedas kalau Amie pecahkan cili padi merah hijau ke dalam kuahnya! Oleh sebab anak-anak tidak tahan pedas cili padi, jadi Amie biarkan cili padi bulat-bulat begitu saja.


Resepi: Ikan Putih Masak Tom Yam
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 keping ikan putih seberat 600 gram
1 kuntum bunga kantan - belah 4
1 mangkuk kecil kubis bunga - potong ikut suka
1/2 batang lobak merah - potong bulat
10 batang anak jagung - belah 2
1 labu bawang besar - mayang
5 helai daun limau purut
4 batang serai - ketuk
3 keping asam keping
2 biji limau nipis - ambil jusnya
4 sudu pes tom yam - Amie buat pes sendiri
garam / perasa / gula
minyak
air secukupnya
7 biji cili padi - pilihan

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis pes tomyam bersama bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan serai, bunga kantan dan air secukupnya. Biarkan mendidih.
3. Masukkan asam keping dan lobak merah. Masak lagi selama 3 minit.
4. Masukkan ikan. Biarkan terus mendidih anggaran 4-5 minit.
5. Masukkan daun limau purut, anak jagung, kubis bunga, garam / perasa / gula.
6. Tutup periuk dengan penudungnya selama 1 minit.
7. Matikan api dapur.
8. Ikan Putih Masak Tom Yam sedia untuk dihidangkan.

Sebenarnya sewaktu mesyuarat di Tawau, Amie bersama rakan-rakan sempat makan malam di Restoran Titingan, sebuah restoran makanan laut yang terkenal dengan kesegaran segala hasil lautnya. Salah satu menu yang kami pesan ialah Ikan Putih Masak Asam Pedas. oleh kerana perut sudah terlalu penuh dengan segala macam lauk-pauk yang lain, tak dapatlah Amie menghabiskan semangkuk Ikan Putih Asam Pedas tetapi sempat menghirup kuahnya beberapa sudu. Amie rasa seperti kuah tom yam walaupun namanya asam pedas. Jadinya, untuk melepaskan kempunan malam tersebut, Amie buat sendiri hari ini berpandukan deria rasa Amie pada asam pedas itu. Hmmmm.... hasilnya bagaimana? Tentulah lebih sedap kalau kita masak sendiri! Perasan ke? Tidak..... sesungguhnya memang sedap terutama kuahnya!

17 ulasan:

  1. segar nih kak makan tom yam.. mau tumpang dinner kat rumah kak Amie lah.. ;)

    BalasPadam
  2. Kalau Amie kata sedap,mesti sedap betul lah ni, sampai ummi pulak teringin.Pes tomyam tu buat macamana Amie, selalu kalau beli yang siap tak berapa sedaplah..

    BalasPadam
  3. selamat petang Kak Amie..
    sedap sangat nampaknya ikan putih masak tom yam ni...berselera betul..

    BalasPadam
  4. ikan putih tu ikan ape ek kak amie?
    sukaa sgt tomyam..sedappp;)

    BalasPadam
  5. Melly,
    silakan Melly... pintu dapur ku sentiasa terbuka luas.

    Ummi,
    insya-Allah ada masa nanti Amie tunjukkan pes tom yam buatan sendiri ye Ummi.

    Rahel,
    kuahna tu yang sedap Rahel! hirup banyak2...slurrpppp...slurrppp

    Nens,
    apa nama lain ikan putih ye...tak tahu pulak Kak Amie!

    BalasPadam
  6. a ah, nak juga tahu pes ciptaan Amie..

    BalasPadam
  7. ala amie.. nape tak bagi resepi pes tomyam nya sekali.. kalau yang beli tu kadang2 ada rasa pahit2lah..
    maklong suka juga tomyam..

    BalasPadam
  8. salam kak amie ...

    sihat ke ? nampak menu2 menarik dah mula ditayang neh hihi... sedapnya ikan putih masak tom yam... baru je lepas buat ayam tom yam ... ikan putih tom yam neh tak pernah merasa lak ...

    BalasPadam
  9. perggghhh..kalau dpt hirup kuah tomyam tu pun jadi la....hihihhi

    BalasPadam
  10. Che Mid,
    insya-Allah kalau masak tom yam yang berikut, Amie tunjuk sekali pes yang Amie buat ye...

    Maklong,
    Amie lebih suka buat pes sendiri berbanding yang dibeli, sebab macam kurang sikitlah seleranya...

    Wani,
    sedap bahagian kuahnya tu, ikan tu biasa saja... rasa ikan juga!

    Liza,
    sedapkan Liza kuah tom yam.

    BalasPadam
  11. amie mama tak makan ikan bolih tukar dgn ayam ke?..hu2x..

    BalasPadam
  12. As-salam
    Wow, gerenti menyelerakan tu. Nak makan tomyang kena pandai, kan Amie? Kalau tidak, tercekik dan terbatuk-batuklahlah kita, apa lagi kalau kita termamah pula cabai kecil bulat tu!

    Teringat pula Ayah akan arwah bapa yang amat sukakan cabai burung. Meleleh-leleh hidungnya dek kepedasan cili kecil tu, tapi masih sanggup mengunyahnya hidup-hidup! Mungkin orang Jawa (dia berasal dari sana) suka berulam cabai burung. Penduduk Bukit Hijau, Jeram, tempat asal Amie tu, ramai orang keturunan apa?

    BalasPadam
  13. assalam amie..lama rasanya acik tak masuk sini..masa tukar backgroud baru bloglist pun hilang..jenuh nak maskkan semual..

    BalasPadam
  14. salam kak amie... slama ambang 2011 ..smga akak berada di bawah lindungan allah swt,,, sedap nmpk tomyam tue,,,

    BalasPadam
  15. Salam Amie,

    Favourite Kak Ros la tomyam ni Amie...kalau pedas lagi la sedap Emmm....

    BalasPadam
  16. Mama Aini,
    boleh tukar ayam tu.

    Ayah Temuk,
    memang betul tu, takut tersedak sakit tekak kita nanti.

    Orang kampung Amie kebanyakannya Jawa dan Banjar. Best!

    Acik Erna,
    alhamdulillah... panjang jodoh kita, masih dipertemukan Allah!

    Azu,
    selamat tahun baru 2012!

    Ros,
    memang sedap Ros!

    BalasPadam
  17. Agaknya asam pedas kat sana memang rasa tomyam kot, Kak Amie, hihi.

    BalasPadam